Selamat Berpuasa

Aug 1st, 2011 by Man in Dunia Kami

Salam semua…

Hari ini (pagi sebenarnya), saya dan isteri bangun sahur untuk puasa hari pertama pada tahun 2011. Lauk sahur pada kali ini ialah Ayam Masak Kicap dan telur rebus sos dan salad. Bangun-bangun jer, isteri dah kejutkan.. hehee.. tengok jam pun baru pukul 5.15pagi. Biasalah sahur, waktu sahur ni memang nafsu makan masih berada pada tahap low.. hehhee.. makan setengah pun rasa macam nak tak nak jer.. tapi nasib baik ada ayam.. heheeh..

Jam pukul 5.35pagi, minum air bebanyak.. baru teringat semalam ada air sunquick mangga.. balun sampai habis.. Jadi untuk berbuka puasa pula, tak tau lagi nak makan apa.. tak sabar lak nak singgah Bazar Ramadhan  Bukit Indah Ampang kali ini. Oklah, untuk hari pertama ni, waktu berbuka puasa ialah 7.30 malam.. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: