Motosikal punya pasal

Dec 1st, 2011 by Man in Cik Abang

sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum semua..

hai.. semalam balik dari office. Keluar je dari pintu gate office, motosikal dah mula meragam. Macam semput. Main minyak tapi masih macam nak mati enjinnya. Dalam 50 meter macam tu, terus mati motosikal dan tak boleh nak hidup dah. Terpaksalah tolak balik ke office, kena pula pusing satu pusingan memandangkan jalan agak sibuk dan satu hala.

Di pertengahan jalan nak sampai ke office, berhenti kejap di tepi dan  buka tempat duduk motosikal, ada spark plug lama, cuba lah tukar spark plug tapi masih tak boleh hidup. Motosikal ni dulu pernah jadi macam ni, sebab spark plug. Terpaksalah teruskan tolak motosikal sampai ke office, adalah juga yang sudi menolong untuk tolak motosikal saya. Tapi saya katakan yang nak tolak ke office dekat tu je. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi menolong tu.

Telefon lah Cik Akak, minta tolong ambilkan dari office. Nasib baik Cik Akak tahu memandu kereta, senanglah sikit. hehehehe.. Malam tadi pula, tergerak hati nak pergi tengok motosikal. Siap beli 2 spark plug baru lagi jenama NGK. hehehe.. Sampai dekat office, tengok moto. Cuba lah tukar spark plug, tapi masih tak boleh start. Tergerak hati buka tangki minyak.. laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. rupanya minyak dah habis… patutlah tak boleh start.. adoi.. clumsy betul.. hehehe.. Meter minyak dah rosak, memang tak boleh nak baiki dah. hehehehe. Malam tu juga, balik dari office, isi minyak dalam tong kecil.

Pagi tadi pergi office, Cik Akak yang tolong hantarkan. (malam tadi kena bebel dah pun dengan Cik Akak bila bagitau yang rupanya motosikal minyak dah tak ada) hehehhe..Isi minyak, dan cuba start. Alhamdulillah, boleh start dah motosikalnya.. hehehhee..  akhir kata, selalulah periksa tangki minyak motosikal anda.. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: