Mari turunkan berat badan.

Mar 28th, 2012 by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Fuh.. akhirnya saya berjaya menurunkan berat badan dari 102kg ke 92 kg dalam masa 2 bulan. Tiada supplement diperlukan, serta tiada ubatan. Segala-galanya melalui kaedah natural, kawalan makanan dan juga pentingnya bersenam.

Sepanjang 2 bulan berdiet ni, rasanya cuma 3 kali sahaja saya makan nasi. Selebihnya cuma makan roti wholemeal, salad, isi ayam yang di grill (tiada kulit), ikan salmon/tuna. Tiada garam, tiada gula serta tiada minyak, tidak kiralah minyak kelapa sawit ke, minyak zaitun ke, minyak bunga matahari ke, minyak senyonyong ke. no! no! no! no!. Buah-buahan juga amat penting dan saya gemarkan epal hijau. Setiap kali makan, saya akan makan sekurang-kurangnya sebiji epal hijau.

Jangan sesekali tinggalkan sarapan kerana sarapan sangat penting jika anda ingin menurunkan berat badan. Sarapan mampu memberikan tenaga untuk kita hilangkan berat badan. Berjogging adalah satu senaman yang paling mudah tanpa kos yang tinggi. Sepanjang hampir 2 bulan ini, saya kerap berjoging sekeliling Tasik Ampang, lebih kurang 3 pusingan. Jika kepenatan, saya akan berjalan dengan laju. Jika stamina sudah meningkat sedikit, saya akan sambungkan larian saya.

Saya pernah lakukan diet express iaitu hilang 5kg dalam masa seminggu. Tetapi itu tidak digalakkan kerana akan merosakkan metobolisma badan kita. Apabila doktor tahu yang saya lakukan diet ekpress tersebut, meleleh juga telinga kena marah.. hehehehe.. Sorry Doc, tak buat dah.. sekali tu je..

Isteri saya pula, bila tengok saya bersenam, dia pun bersenam. Tengok saya tak makan nasi, kekadang dia pun tak makan nasi. hehehehe.. Badan dah ok pun masih nak ikut saya diet.. heheheeh

Bukannya atas apa diet ini dilakukan, cuma sudah ada keinginan untuk kembali kan bentuk badan asal saya dahulu. Dahulu ukur lilit badan cuma 33 inci, sekarang sudah 43 inci. Naik tangga pun dah termengah-mengah. Jadi atas kesedaran sendiri, tiba masanya untuk berubah. Perubahan yang baik untuk diri kita sendiri. Jom turunkan berat badan.. πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: