Kisah ‘Supermodel Kuning’ dan hampir dihambat..

Jan 22nd, 2011 by admin in Hot Topic, Yang Lain

Hari ini saya dan isteri pergi ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur untuk membeli sedikit barangan elektronik. Waktu di jam tangan lebih kurang pukul 2.00ptg. Lagipun isteri saya pun belum pernah sampai di Jalan Pasar cuma pernah lalu sahaja. Hampir 3 kali pusing keliling kawasan Jalan Pasar, barulah dapat satu parking space tapi di belakang berdekatan dengan SK(L) Jalan Pasar 2. Setelah berjalan menuju ke kedai elektronik di jalan utama, saya terpandang satu ‘supermodel kuning’ yang saya cari selama ini.

Tapi saya biarkan dahulu ‘supermodel kuning’ tersebut dan saya berjanji akan bertemunya kembali setelah saya selesai membeli komponen elektronik. Hampir satu jam kemudian saya kembali menuju ke kereta dan juga menunaikan janji saya untuk bertemu semula ‘supermodel kuning’ idaman Malaya ini iaitu pili bomba. Apa yang saya ingin katakan ialah ada sebuah kereta yang diletakkan berhampiran dengan pili bomba tersebut dan juga saya/kita boleh nampak turapan telah dilakukan dari hadapan sebuah kedai hingga memasuki jalan utama termasuk kawasan rizab untuk pili bomba ini.

Kalau diperhatikan betul-betul, penutup besi bersebelahan dengan pili bomba ini juga hilang sebenarnya. Penutup besi itu digunakan untuk menutup pili yang berada didalamnya. Pili ini akan dibuka untuk menyalurkan air dari pili bomba ini jika berlaku kebakaran dikawasan tersebut. Bayangkan jika ada benda asing  didalam ruang pili tersebut, mungkin ini akan menyukarkan pihak bomba untuk membuka pili tersebut. Nasib baik juga tiada benda asing didalam ruang pili tersebut, tapi tidak tahulah bagaimana esok atau lusa pula. Tetapi apa yang menyebabkan saya terkilan ialah saya hampir dihambat oleh pemilik kedai berkenaan dan mereka tidak memberi kerjasama yang sewajarnya. Niat saya untuk mengambil gambar dari dekat juga tidak disenangi oleh mereka dan saya dihalau, Terpaksalah saya mengambil gambar dari jauh secara curi-curi dan zoom sebaik yang mungkin.

Mentaliti dan kesedaran sivik sesetengah rakyat Malaysia masih lagi berada di tahap yang sangat tidak memuaskan. Bukan sahaja berkaitan dengan pili bomba ini malahan sikap pengguna jalanraya yang saya nyatakan di entry Sikap Pengguna Jalanraya Di Malaysia. Orang lain tidak akan dapat mengubah sikap kita, tetapi HANYA kita sendiri yang dapat mengubah sikap kita sendiri. Anda mampu mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: