Gores dan “merana”!

Jan 29th, 2011 by admin in Cik Abang, Yang Lain

“Bang! Bang! Abang gores ni bang, tengok apa ada dekat dalam. Tadi ada kakak tu dapat kereta Suzuki Swift. Abang gores dulu, kalau ada, adalah rezeki abang. Kalau takda, cuba lain kali.”

Masih ingat lagi taktik-taktik serta ayat manis dari penyangak gores dan menang yang nak cuba mengambil wang dari keringat saya bekerja. Sungguh senang nak dapat kereta yer, cuma gores sahaja terus dapat kereta, Suzuki Swift pula tu. Saya masih ingat lagi bagaimana saya termasuk perangkap penyangak ini dan saya selamat keluar dari kandang mereka. Ia berlaku di Carrefour Ampang dan ketika itu saya masih bujang lagi. Saya beli barang dapur ketika itu dan barang agak banyak. Setelah saya membuat pembayaran, saya keluar dan terus didatangi oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas. Dia dengan bersopan meminta resit saya dan mengatakan saya dapat hadiah percuma dari Carrefour tetapi resit saya mesti dicop dahulu. Jadi tanpa rasa was-was saya mengikut sahaja lelaki tersebut dan saya jangkakan yang dia akan bawa saya ke kaunter khidmat pelanggan.

Tetapi lama kelamaan, dia melencong ke sebuah kedai yang penuh dengan barangan elektronik, perkakasan dapur dan sebagainya. Terdetik dalam hati, ini bukan khidmat pelanggan Carrefour ni. Lelaki ini suruh saya duduk sebentar dan terus mengeluarkan katalog serta satu kad gores. Ahhh.. sudah saya jangkakan memang merekalah orangnya. Lelaki ini terus memberikan saya satu beg kecil saguhati dari Carrefour. Kalau saguhati dari Carrefour, sudah tentu ada logo Carrefour. Tapi ini logo dari syarikat yang entah apa-apa. Terus lelaki ini berikan saya satu kad dan minta saya menggoreskannya. Alasannya ialah saya layak untuk mendapat hadiah tambahan. Saya tahu modus operandi mereka, tapi saya cuba nak melihat lebih dalam lagi. Jadi saya gores dan saya dapat sebuah vacuum yang sangat besar dan terdapat saya ayat yang saya layak untuk menggores satu lagi. Tanpa berlengah, lelaki tersebut terus memberi saya satu lagi kad gores dan saya telah memenangi satu set perkakasan dapur beserta sebuah dapur elektrik yang tiada gas/api.

Dengan muka yang kononnya terkejut, lelaki ini berkata saya adalah pemenang paling bertuah bulan itu kerana hadiah yang saya dapat ini terhad.  Terus dia membuat panggilan telefon kepada seseorang dan dari perbualan mereka saya dapat dengar kononnya lelaki ini tidak membuat cerita atau tidak menipu yang saya telah memenangi hadiah tersebut. Selepas tamat perbualan mereka, lelaki ini memanggil rakan-rakan yang lain dan mereka kagum dengan hadiah yang saya menangi. Tidak lama selepas itu, telefon lelaki berkenaan berbunyi dan orang yang membuat panggilan tersebut ingin bercakap dengan saya. Dengan nada suara yang serius, dia mengatakan dia agak terkejut kerana saya memenangi hadiah tersebut dan saya tahu dia cuba ‘memancing’ saya. Dia memberi tawaran kepada saya untuk tidak mengambil barang tersebut kerana jika tidak, dia akan rugi besar kerana saya telah memenangi hadiah tersebut. Dia mengatakan dia akan rugi hampir RM5000 untuk keseluruhan hadiah yang saya menangi kerana saya memenanginya secara percuma.

Tanpa berlengah saya katakan yang saya akan fikirkan dan berbincang dengan lelaki pertama yang membawa saya tadi. Setelah perbincangan dibuat, mereka ingin saya membayar harga keseluruhan barangan tersebut dengan harga cukup istimewa (kononya) iaitu RM1800.  Aik, tadi kata saya menang secara percuma, tapi tiba-tiba minta bayaran dari saya. Dengan sopannya saya bangun dan mengatakan yang saya tidak berminat dan meninggalkan mereka begitu sahaja. Kelihatan mereka terpinga-pinga dengan tindakan saya tersebut kerana mungkin menjangkakan yang saya hampir masuk perangkap mereka. Terima kasih kerana mencuba.. 🙂

Oleh itu, saya harap anda berhati-hati dengan sindiket ini. Jika ada yang cuba mendekati dan membuat tawaran sebegini, anda harus tegas menolaknya kerana jika anda terjerat, anda akan merana. Selang seminggu, saya kembali ke Carrefour Ampang dan kedai tersebut sudah tiada. Mungkin modus operandi mereka sudah diketahui.  Elakkan terjerumus perangkap mereka ini..

Video ini sekadar hiasan

<iframe title=”YouTube video player” type=”text/html” width=”480″ height=”390″ src=”http://www.youtube.com/embed/NRe1TI8ARRQ” frameborder=”0″ allowFullScreen></iframe>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: