10 Muharram (Hari Asyura)

Dec 16th, 2010 by admin in Dunia Kami

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH S.W.T.. Atas limpah kurnianya..dapat aku n hubby meneruskan hidup dan sekaligus dapatlah kami menjalani puasa sunat 10 muharram hari ini… :).. 10 muharram ini juga dikenali juga dengan nama “HARI ASYURA”..

Kelebihan berpuasa

Baginda bersabda : “Berpuasa sunat pada 10 Muharram menghapuskan dosa setahun sebelumnya” Riwayat muslim..

Sejarah 10 Muharram

Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya,bahawa pada tarikh tersebut  :-

– Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di karbala

– Dicipta Adam a.s

– Dicipta arasy,kursi,langit,matahari,bulan,bintang

– Selamat Nabi Ibrahim drpd api Namrud

– Lemas Firaun

– Diangkat Nabi Isa ke langit

– Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy

–  Dikeluarkan Nabi Yunus dr perut ikan Nun

– Dikeluarkn Nabi Yusuf drpd telaga buta

– Hujan yang pertama turun dr langit ke bumi

Beberapa perkara yang sunat dilakukan

Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

– Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

– Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

– Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

– Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari      kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

– Menjaga kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

– Sembahyang sunat 4 rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

– Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

– Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

– Niat puasa. “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Salam hormat buat semua… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: