Ulam Daun Kaduk

Jan 13th, 2011 by admin in Dunia Kami, Hot Topic

Pernah dengar daun kaduk atau kadok?

Daun Kaduk ni adalah sepupu/adik beradik kepada daun sirih. Berbeza dengan daun sirih, daun kaduk ni menjalar di atas tanah. Nama saintifik daun kaduk adalah Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae. Banyak kebaikan daun kaduk ni dan antaranya ialah melawas kencing, demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. (kredit Wikipedia)

Pada selasa yang lepas, kami berdua pergi ke Pasar Malam Bandar Baru Ampang, biasa lah nak beli barang dapur. Beli buah sukun dan tempat yang sama jual pula daun kaduk ni. Apa lagi, belilah dua ikat. Satu ikat 80sen. Kira murah juga. Memandangkan malam tu dah ada lauk, jadi daun kaduk ni akan diulamkan untuk keesokan malam harinya. heheheh

Ulam dengan sambal belacan, fuhhhhh….. Cik Akak buat sambal belacan terpedas didunia, berair air mata.. heheheh.. Tapi makan sekali dengan daun kaduk ni, memang membuka selera. hehehe.. Jadi, peminat ulam, bolehlah cari daun kaduk ni yer. Memang sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: