Throwback Part 1 – Rawatan Kesuburan

Nov 1st, 2015 by Yanna in Cik Akak, Dunia Kami

Baby_Mama_FingerAssalamualaikum & Salam Sejahtera Semua…
Fuuuuhhhhhhhhhhhhhh bersawang2 dah blog kami nie kan. Maaf sangat2 tak berapa nak aktif sekarang & InsyaAllah kami akan aktif semula lepasnie.. 🙂

Tajuk entry kalinie pasal Rawatan Kesuburan. Emmmm 5 tahun lebih dah kami kahwin,tapi masih lagi belom rezeki kami di kurniakan cahaya mata. (ALLAH sebaik2 perancangan kan…REDHA) Siapa takmo anak kan?? Tipulah cakap dah kahwin takmo anak..

1st & 2nd years kahwin,kami cuba usaha dengan cara Tradisional dulu…bukan makan jamu segala tau,tapi kami minum air dari buah zuriat dan saya g berurut. (pasal buah zuriat ada dalam entry sebelom nie). Masih juga belom sampai rezeki kami.. Sehinggalah cik abang bertukar kerja ke JB selama setahun kami ikhtiar secara normal pulak. Tapi masih lagi belom sampai rezeki untuk dapat anak.

Masuk 4th years kami kahwin,Cik Abang dapat pulak peluang kerja yang sekarang nie..di Kajang. Bermastautinlah kami disini hingga sekarang. Kami pun sambung semula niat kami hendakkan anak.

10/4/2014~ 1st day kami pergi jumpe Pakar Sakit Puan, di Klinik Pakar Wanita An-Nur,Bangi. Kami pilih Doktor Fatimah Binti Mustafah. (kami google & baca blog2 yang bercerita pasal Klinik Pakar An-Nur nie & pasal doktor Fatimah juga.. Hheheheee). Tapi memang sangat2 bersyukur dengan pilihan kami nie,sorang Doktor yang sangat2 lemah lembut,understanding,Islamik & yang paling penting Doktor Fatimah sorang Doktor yang sangat2 positif orangnya. Sangat2 sejuk mata memandang.

Macam biasalah bila 1st time jumpe tu, Doktor mesti nak tahu background family kami suami isteri. Bila dah bercerita tu,Doktor cakap…kecik jer family awak berdua yer. 🙂 .. Iyerlah mana tak nya,Cik Abang 2 beradik jer & saya pulak 3 beradik. Dah abis consultation dengan Doktor,kena pulaklah buat Pap Smear, Scan melalui bawah untuk check samada ada cyst,fibroid & etc.. Pastu ingatkan dah abis, sebelom keluar tu, kena pulak amik darah untuk hormon apa dah lupa dah.. Hhahahhaa. Ada lagi,Doktor bagi surat untuk buat HSG di KPJ Kajang..Bila tanya situ Doktor Perempuan or Lelaki,Doktor Fatimah cakap situ Doktor Lelaki & dekat KPJ Seremban ada Doktor Perempuan. Kami terus decide pergi KPJ Seremban.. Ehhhhh lupa lak nak citer totalnya berapakan.. Rm300 jugalah untuk 1st time jumpe nie. Ok…pasal HSG nanti saya sambung kat entry berikutnya yer.. Tungguuuuuuu tau. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: