Throwback Part 2 – Apa Itu HSG?

Nov 8th, 2015 by Yanna in Cik Akak, Dunia Kami

Baby_Mama_Finger

Haiii semua…kita jumpe lagi. 😉

Ok nak tau pasal HSG kan?? HSG adalah singkatan untuk HysteroSalpingoGram

21/4/2014~ Pagi2 lagi kami dah gerak g KPJ Seremban. Perasaan time tu jangan citerlah kan,hanya Allah jer tau. Tapi anak punya pasal,ku gagahkan diriku ini jugaa.. Hhehehee. Iyerrr HSG nie kena buat lepas period & dalam ari ke 10-13 period. (maknanya time tu period dah keringlah).

Tujuan HSG

Nak tengok kedudukan tiub follopian isteri sama ada tersumbat atau tidak. HSG Dijalan di Unit X-ray.

Prosedur HSG

HSG hanya dijalankan pada ari ke 10-13 selepas period betul2 kering. (masa buat apoinment kat KPJ Seremban nie,nasib baiklah ada kekosongan)..

Sebelom HSG nie,suami dan isteri tidak boleh bersama tau..(iyerlah takutlah dah pregnant ker kan time tu,bole membahayakan kandungan).

Macam biasa juga tau,no giliran akan diberikan. So tunggulah sehingga no kita dipanggil..(adoiiii nebes tak ilang2 lagi time nie).. Bila dah sampai giliran tu,masuk jer dalam bilik tu,nurse suruh tukar baju…Uwaaaaaaaaa dah rasa macam nak operation lak kan…takutttttttttttt. Time nie suami kena tunggu luar..adoiiii lagilah seram sorang2..dah lah sejuk.

Dah siap tukar baju tu,nurse suruh baring atas katil yang disediakan. Ada 2 orang nurse,sorang Doktor (DR Norita Bt Mustapha) & sorang juru X-Ray. Tengah2 baring tu,nurse yang sorang tu asyiklah panggil2 saya..jangan takut katanya,selawat bebanyak yer puan. Aku mampu senyum n angguk jer.. Hhahahaaa

Ok kemudian nurse suruh angkat kaki macam orang nak bersalin tu. Pastu Doktor akan masukkan sejenis alat,haaaa time tu rasa senak sketlah kat perut. Pastu Doktor masukkan sejenis cecair ke dalam faraj. Cecair tu dipanggil ‘dye’.. Dah setel masukkan dye tu,Doktor monitor melalui skrin X-Ray tu..tujuannya nak tengok dye tadi melalui tiub follopio tadi tu & gambar akan diambil oleh juru X-Ray.. Nak dijadikan citer,boleh pulak juru X-Ray tu pasang terbalik filem ker apa ntah benda alah tu..dah lah kena betulkan balik & kat situ dah amik masa berapa minit..(dah lah tengah takutttkan,bertambah2 lak jadinya…Haiissshhhh). Selesai HSG.

Total kos untuk HSG = Rm 294.00

Kesan selepas HSG

Emmmm faraj akan luka sikit n nurse akan bagi pad. Memang akan ada sikit pendarahan..tapi takdr apa tu,biasa ajer. 🙂

Perasaan Lepas Buat HSG

Tentu2lah legakannn.. Hhehehee. Tapi nebes masih tak hilang lagi,al-maklumlah result belom dapat tahu lagikan.. Adeeeiiii.. Senak perut memang ada,tapi esoknya dah ok dah. Pergi depan tunggu result tu,bila nama kena panggil,alahaiiii risaunya…tapi nurse tu tak tunjuk pun result tu,dia suruh bagi kat Doktor Fatimah nanti. (Tapikan…disebabkan result tu dia letak dalam sampul X-Ray & tidak dilekatkan,saya dengan tidak sabar2 membaca result tu.. Hhahahaaa.. Time tu tengah jalan ke parking kereta. Bila baca tu,tunjuk kat suami,Alhamdulillah Syukur,dua2 tiub follopio saya normal. 🙂 Bolehlah saya g jejalan dengan senang hati.. Hehheheee

Ok bab malu tu memang malu sangat2,walaupun masa tengah buat tu semuanya nurse,Doktor & juru X-Ray semua perempuan. Al-maklumlah tak pernah lagi bersalinkan. Inilah pengalaman. Tak semua akan merasainya.

Ok selesai HSG..bawak result nie ke apointment akan datang dengan Doktor Fatimah pada 24/4/2014. Time tu nebes juga,sebabnya nak dapat result untuk 1) Ujian darah D21 dan 2) Pap smear.

Kita jumpe dalam entry akan datang pulak yerrrr.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: