Tarian Poco-Poco HARAM – Surat dari Mufti Perak.

Mar 28th, 2011 by Man in Yang Lain

sekadar gambar hiasan

 

Hari ini berlegar di internet mengatakan bahawa Tarian Poco-poco hukumnya haram. Walaupun masih ada yang menyanggah tuduhan ini, tapi surat ini berkata sebaliknya.

 

 

apa kata anda???

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)
Man
View all posts by Man
Dunia Kami's website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. Hari Raya Aidilfitri 2010
  2. Laptop perlahan dah jumpa penawarnya

33 Comments

  • seblum sya brkata ssuatu, sya ingin mnta maaf sekiranya ada yg akan membangkang kta2 sya… kta jgn trus menjadikan ia sbgai ssuatu prkara trsebut sbgai niat utk pemujaan… klu nk diikutkan negara kta sndiri klu btul nk mnegamalkan ajaran islam yg sebenar, byk yg kta prlu prbetulakn… dri sebesar2 zarah sehingga lah besarnya dunia yg kta duduk ni yg smntara… cuba tgk dsekeliling kta, adakah kta sndiri mengamalkan ajaran islam 100%???? prsoalannya mgkin tidak trjawab… klu btul kta ikut ajaran islam, kenapa prlu kta mngejar duniawi??? mengapa kta xkejar dunia islam sejati… tgk btul2 dlm Al-Quran… klu btul kta nih trlalu baik, knapa tidak mnjalankan ajaran islam yg sebenar.. so xperlulah kta trus meletakkan tarian tesebut sebagai haram… selagi kta brlandaskan ajaran islam, kta hnya guna tarian trsebut sbagai tarian poco-poco.. bknnya tarian yg memuja2… jd renung2kan tepuk dada tnya iman kta… sya mohon maaf skali lg whai sekelian umat islam sejati… Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

    • @shamkdh Pandangan pengharaman tarian poco2 ni dikeluarkan oleh pejabat mufti yang mana kajian teliti sudah dilakukan. Ia adalah pandangan pakar agama berserta input dari banyak segi dan sudut. Adlah tidak wajar untuk menolak hukum/fatwa yang tlh dikeluarkan. Jangan pula kita kaitkan dengan amalan yang lain, sedangkan isu disini melibatkan tarian poco2 sahaja. memang tidak ada semua benda perfect, tapi setidak2nya teguran telah dibuat dalam isu ini. Fatwa tarian poco dah dikelaurkan, dan jika ada pandangan yang bertentangan, mestilh bersandarkan hujah agama bersumberkan fakta yang sahih, bukan pendapat peribadi. Isu ini boleh saya kaitkan sebagaimana pengharaman senaman yoga yang menjadi hngat 2,3 tahun yg lepas

    • Alhamdulilah… Akhirnya haram juga hukum menari poco-poco nie.. Tarian nie dikaitkan dengan senaman lah konon.. Mengeratkan silaturrahim lah konon.. tahukah saudara atau saudari menari poco-poco nie mengundang masalah sosial? pakaian perempuan yang menari poco-poco bukan main sendat. dah lah status bini orang.menari bersama-sama orang jantan lain.. kononnya untuk mengeratkan silaturrahim lah konon… bagi mereka yang sangat suka bersosial beginilah bunyi mereka bila sesuatu yang mereka suka tu di haramkan. Sama seperti benda-benda lain juga yang telah diharam kan..ada-ada saja alasan untuk mempertikaikan. Biarlah ulama dengan kerja mereka. Sesungguhnya mereka lebih mengetahui ilmu dalam bidang mereka. tak perlu saudara/ saudari nak google search asal usul tarian ini atas tujuan untuk mempertikaikan.. sesungguhnya kebaikkan datang dari allah. kita hanya perlu mengikut ajaran islam walaupun tak sampai 100%.. tak payah nak cari benda lain selain islam.. wslm…

  • Sebelum keluar fatwa ini pun rasa malu dengan poco poco ni..malu melihat dan malu mengamalkan. Dlm kehidupan seharian pun tak terlibat dengan poco poco, jadi – tak adalah satu kejutan sangat dengan keputusan ini.

    Kadang2 tak perlu tunggu fatwa pun kita boleh nilai sendiri mana yang sesuai mana yang tidak.
    Kujie post cerita Masjid Besi Putrajaya, jom tengok!

  • Betul ke surat ni dari Jab Mufti Negeri? Takkan mereka tak peka dengan tarikh bulan Islam? Atau Kelender saya yg tak betul.

  • Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tarian poco poco ni dah makin menjadi satu trend masa kini. Tapi tak perasankah kita bunga tarian ini hanya 4 penjuru dan jika kita ikut gerakan tarian ini, akan terbentuk 1 salib dalam tarian. bukan dikira niat. Tetapi telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam

    “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

    diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

    Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):
    “Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau `cara`, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

    renung renungkan.

    Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda: “Sampaikan dariku walau satu ayat!”

    (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

  • sorry if i may voice out my opinion. tarian poco-poco diharam? sound so lame. bukankah semua tu bergantung atas nawaitu?if nawaitu kita just for senaman, tak kan haram. i know, menari kat public is haram for women but please la, treat equally. dulu fatwa kata rokok haram but ada ke korang nampak org yg merokok kena sabit kesalahan atas merokok?
    just my 2cent thought

    • Anna, rokok itu memang haram, sebab ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain, orang yang merokok tidak disabitkan kesalahan kerana masih bawah undang2 kerajaan, tiada lagi undang2 orang yang merokok kene denda (kecuali mengikut sesuatu tempat yang benar2 dilarang merokok) Haram disini bermaksud, haram dari segi agama, Haram yang boleh mendatangkan dosa, So, renung2kan, dan selamat beramal

    • betul anna, terpulang pada niat.. aku tak pernah wat tarian poco poco ni.. cuma pernah tengok jer..membe aku wat sebagai senaman.. itu niat dia.. kalau bunga tarian ada bentuk salib then taekwondo pun patut haram ler.. aku pernah blaja taekwondo ms kecik dulu.. langkah2 awal blaja pun ada membentuk cross.. so nape tak haramkan?? jalan raya yg 4 penjuru pun tak leh wat ler.. bentuk cam salib ape..

      membe aku takde plak cakap ada mentera pemujaan roh atau Haleluiah masa menari tu..dia pun menari dengan kawan2 pompuan jer.. apa yg aku tengok dia rasa sihat n berpeluh pas wat tarian tu.. salah jg ke??

      Kepada Azlan, berkenaan Yoga, Ni kisah benar, aku ada kenal org lepas eksiden, doktor da cakap dia akan lumpuh bawah badan dia seumur hidup.. takde harapan sembuh.. lepas praktis yoga beberapa tahun, bukan saja bole berjalan, berlari pon boleh.. dia tak amalkan yoga yg extreme sehingga memuja dewa..just yg melibatkan pergerakan n senaman sj.. salahkah kita wat senaman yoga klu ianya membantu? bukankah itu satu dr usaha n tawakkal? Aparaaa.

      Islam ni mudah, tapi kita yg rumitkan.. tats y org bukan Islam takut nak bg anak masuk Islam.. ni org bukan Islam yg cakap.. sebab depa takut diorang kehilangan anak.. padahal Islam tak bagi pon memutuskan silaturrahim antara anak n ibubapa walaupun berlainan agama.. ni anak takut nak datang ke rumah mak bapak n sedara bukan Islam.. takut nak guna pinggan mangkuk, kuali.. etc etc.. bila depa bawak pinggan mangkuk kuali sendiri, seakan menghina keluarga.. entahlah.. renung2kan..

      • Assalamualaikum……..beramal dgn hadis dan alqur’an

        “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

        diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

        Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):
        “Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau `cara`, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

        renung renungkan.

        Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda: “Sampaikan dariku walau satu ayat!”

        (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

    • nice opinion

  • apa yang saya tulis cuma dari apa yang saya dapat dari jabatan mufti perak. sebab saya ada hubungi berkenaan ini. sekarang ramai boleh meng-edit dengan sesuka hati. mengenai tarikh masihi dan hijrah, itu human error yang dinyatakan oleh ustat di jabatan tersebut. selain dari 4 penjuru yang mengulangi tanda penggunaan salib – atas ke bawah, kanan ke kiri. andai ada yang masih was2,boleh telefon mereka di talian, 05- 254 5332.

    bagi saudara hadi ada benarnya. hukum haram bukan datang dari sekeliling. tapi hukum haram dari segi dosa. bagi ana dan zul, semestinya bila sudah jatuh haram,maka haram la dia. mufti memegang satu amanah besar dalam menjatuhkan hukum haram dan halal. apa2 pun, seperti yang dibicakan oleh ustat di jabatan tersebut, ada dua jalan untuk setiap manusia pilih. maka buatlah pilihan menggunakan hati dan bukannya nafsu. Wallahualam bi shawab

  • Ok thanks Afiq.. aku akan pantau isu ni.. n dapatkan info lebih lanjut lg..

    n pastu aku nak tengok apa lagi isu yg boleh untuk kita cadang untuk diharamkan.. hehe.. gurau ar..

  • TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS
    Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
    (sertai facebook DrMAZA.com)

    S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

    i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.
    Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:
    Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.

    - Gambar Hiasan
    ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
    “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
    Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
    iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
    Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
    Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.
    iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.
    v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.
    vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.

  • not sure lah about this..i think the decision is too harsh..tapi memang patut respect keputusan majlis mufti perak..just it might be better if they include the facts that they use that leads to pengharaman poco poco tu..

  • Bravo Dr. Asri..

    Aku sokong! Islam itu mudah.. jgnlah kita merumitkannya..

    karang semua yg bukan ciptaan org islam da jatuh haram, taichi, chi kung, yoga, akupunktur, abih la.. apa nak jadi.. simpang empat pon haram gakla, da ropa mcm salib.. padahal niat nak lalu jer.. hehe

    silap2 kereta buatan bukan Islam pon kita cari alasan utk haramkannya.. hmmmm…

  • oh yea.. aku cadangkan – bola sepak pon kita haramkan..banyak unsur2 tak baik kat situ.. judi, maksiat dsb.. apa kata anda??

  • aku suggest kita belajar dulu apa mufti n team dia belajar. baru kita ada cukup pengetahuan untuk setuju atau tak setuju.

    kalau tak ada cukup ilmu nak beki kereta, nanti amik pandangan orang yg sama jugak tak reti beki kereta… jadi kapal terbang kang.

  • erm..sekarang ni best lak..kita lak jadi konfius. 2 mufti x sepakat. maaf akhi2 sekalian. sebab saya just ikut kalau hukum yang dah di wartakan oleh ahli2 fatwa dan ulama. tapi sekarang dah ada 2..maka..jika ada 2..tak ada sebarang hukuman tetap melainkan nawaitu..waaaaa…syabas pada 2 2 mufti yang dah buat bagi umat mula berasa was2..yezzz

    • konpius kan afiq.. hehehe.. senang jer.. sekali lagi aku nak cakap ISLAM ITU MUDAH..

      kena ingat selalu, ulamak bkn MAKSUM dan bukan jg TUHAN..jgnla kita jd org yg TAKSUB..ikuuuuuuuut jer kata ulamak membuta tuli.. susah kita nanti.. itu tak boleh ini tak boleh..kita jg kena kaji n kena pikir logic jg.

      Sedangkan Nabi sendiri membenarkan org Ansar berhibur selagi tidak bertentangan dgn hukum2 Islam. Nabi sendiri tidak mengharamkan banyak budaya Arab yg BERFAEDAH..sekali lagi nak sebut BERFAEDAAHHH.. jadi kenapa benda remeh macam ni nak kecoh bangat?? benda yg halal pun, eg. macam jogging,pg seminar, kalau menyebabkan kita leka, tak semayang.. jatuh haram jg. kan? kan? kan?

      (ntah ye atau tdk, aku pernah terdengar permainan bola sepak berasal daripada kaum yahudi yang di katakan menyepak kepala saidina ali selepas memenggal nya…jika benar, mengapa ulama yang mengharamkan poco poco ini tidak berani mengatakan permainan bola sepak itu haram?) Teringin aku nak tengok benda yg ramai org suka mcm bola sepak jatuh haram atas alasan banyak maksiat, judi, dicipta oleh org bukan Islam dsb.. aku nak tengok korang masih sokong ulama ke tak? melenting ke tak? HIPOKRIT ATAU TAK? hahaha

      Orang Islam kena bijak jg. Jangan tertutup mindanya.. Bukalah minda anda.. kesian tengok orang Islam, jika ketinggalan disebabkan ketaksuban yg tinggi.. org lain da pakai torpedo, kita masih nak pakai pedang..

      ps: kalau semua haram.. pendapatan kita pun susahla, banyak cina yg jd bos, depa invest kat mana?.. org Islam keje bank pun kena berenti la. huhuhu.. subahat riba wooo..

      Jangan mare ar.. realiti bukan fantasi

  • gaimana ngan badan yang menyerupai bentuk salib apabila kedua2 tangan didepa? haram juga ke? jadi kena potonglah tangan tu…hehehe.

    • tak bleh bersenam depangkan tangan ler.. karang kena tuduh haram plak.. dosa..huhuhu..

      kalau ikutkan semua, tak bergerak kita. keluar rumah pun susah.. nak tengok movie pun tak bleh.. jadi Taliban ler jawabnya..

  • wahai mereka yang bercanggah dgn fatwa yg telah dikeluarkan..bukalah mata anda..jgnlah anda terlalu naif sangat dan jgn la terlalu menunjuk kebodohan anda di khalayak ramai…niat? nawaitu..ye betul tu..kalau ikutkan pendapat anda yg berpendapat sedemikian maka terpesonglah akidahnya..jgnla kamu mempersoalkn tentang niat jika tidak arif tentang semua itu..silap2 terpesong akidah kamu wahai mahluk ciptaan Allah..rokok haram..ye mmg haram..kerajaan tak mengeluarkan hukuman? ada kerajaan mngeluarkan hukuman kpd mereka yg melakukan tarian poco-poco ke??? sedarlah wahai mereka yg membangkang..jgnla menunjukkan kebodohan kita di khalayak ramai termasuk mereka yg bukan beragama islam..dalamilah ilmu agama daripada anda membantah dan memberi pandangan yg songsang…sememangnye tarian itu memang haram..dari segi rentak tarian pun sudah jelas..bukalah minda anda..baru tarian poco-poco yg di haramkan..byk lagi yg masih tersirat yg masih dlm kajian para ulamak kita..

  • wahai mereka terutama saudara zul..bkn sahaja di haramkan sebab membentuk cross..ia juga atas sebab-sebab lain..Realiti yang berlaku dikebanyakkan tempat dalam negara Malaysia melaksanakan tarian poco-poco ini bercampur antara lelaki dan perempuan, dilaksanakan di tempat yang terbuka, perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, memasang lagu yang ada unsur-unsur keterlaluan dan melalaikan. Jika Keadaan seperti ini berlaku, maka saya lebih cenderung berpendapat haram kerana ia melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam sepertimana dinyatakan di atas. kenapala kamu terlalu berfikiran pendek..ini adalah satu usaha yg baik untuk mengelakkan kecenderungan akhlak..kamu akan sedar juga suatu hari nanti…bykkan lah bersolat..saya sebagai saudara dalam islam bimbang dgn cara anda semua memberi pendapat..kamu semua masih terlalu muda n berfikiran cetek lagi..ada juga asas-asas yg di utamakan oleh fatwa mufti Perak…

  • terima kasih saudara Azfar, atas nasihat nasihat yg diberikan..

    memangla kerajaan tak keluarkan hukuman.. tapi kalau nak dikaji sedalam2nya halal haram sesuatu itu, banyak benda kita tak boleh buat bro..

    nak tanya sikit, apa yg kamu buat sehari2? hanya dok rumah sjkah? tak kejekah kamu? tempat keje kamu takde org pompuankah? tak tengok sukan kah kamu? bukankah disana bercampur lelaki dan perempuan? bukankah mereka yg bermain bola atau badminton berpakaian membuka auratnya? bukankah ramai yg lalai di sana? kenapa tak dikaji? kenapa tak difatwakan haram jg? Ini yg double standard.

    Seperti yg Dr Asri katakan.. selagi kita tak menyimpang dari ajaran Islam, apa salahnya poco poco itu dibuat sebagai sesuatu yg menyihatkan tubuh badan. Banyak lagi bro.. yoga, taichi, chi kung dan seumpamanya, apa salahnya cuma elemen yg memuja, yg tak elok itu kita buang dan yg elok utk kesihatan itu kita ikut. Orang yg ada pengetahuan Islam bukan bodo nak ikut semua.. kata kena belajar sampai ke negara China..bukan semua benda yg org Islam cipta.. ada benda yg baik yg dicipta oleh org bukan Islam jg..takkan elemen yg tak bagus itu kita tak boleh buang dan amalkan yg bagus shj??

    betul tak?

  • tarian ni dah lama ada di Malaysia tp kenapa baru sekarang timbul isu?
    Shah Alam Dude post cerita Blue Mosque in Shah Alam, jom tengok!

  • memandangkan hukum pengharaman ini dikeluarkan oleh majlis fatwa maka sy stuju tarian poco-poco adalah haram. namun, saya pasti ada sebab mengapa majlis fatwa menjatuhkan hukumnya haram. mungkin pengharaman tersebut adalah berdasarkan asas tarian poco-poco yg diamalkan dan bukan merujuk kepada tarian poco-poco lain yg dh bnyk diubhsuai. walaupun demikian hukum tersebut boleh jadi harus sekiranya elemen yg diharamkan itu dibuang spt pmujaan, pergerakan2 yg dikatakan membentuk salib dll..kita boleh trima pkai tarian trsebut,mngkn prlu ubah bentuk tarian atau step tarian trsbut…dgn kata lain tukr je nm tarian poco-poco kpd nm lain dan cuba ubahsuai tarian trsbut agar tidak jatuh haram..kalau dah dapat ubah tu jgn plak cakap tarian poco-poco halal..nanti mengelirukan umat islam yg lain..ltak nm tarian picu-picu ke..huhu :) cth amalan merokok. hukumnya adalah haram sebab jelas ianya memudaratkan kesihatan..sekarang ni dah ada rokok elektronik yg tidak memudaratkan kesihatan. mereka yang kuat isap rokok kalau susah jugak untuk berenti boleh la isap rkok elektronik :) tarian poco-poco pn bgitu..kalau dah haram cubalah fkirkan cara bagaimana untuk membolehkan tarian trsbut dilaksanakan..jangan main bantah je pendapat ulamak dan teruskan tarian tanpa ketahui punca sebenar mengapa ia diharamkan..better tanya sendiri mufti Perak dan dapatkan kesemua sebab-sebab mengapa tarian tersebut diharamkan. buat kajian betul-betul..lepas tu duk sama2 ngan mufti bincang..klau mana2 pljar unvrsiti yg tengah pening fkir tajuk tesis rasanya tajuk tarian poco-poco adalah sesuai…hehe. sy xstju ad yg ckap main bola sepak tu haram. prmainan bola sepak tu xharam tapi yg haramnya adalah penonton tu sendiri duduk bercampur laki puan bukan mahram. pemain pun sama pakai seluar pendek nmpk lutut…so bagi mengelakkan ia jadi haram pemain berpakaian menutup aurat la, penonton plak xpyh duk brcampur laki puan..phak pngurusan stadium perlulah peka dan mungkin boleh asingkan seat laki n puan dll cara yg dfkirkan perlu..memg islam itu mudah tapi jgn smpai terlalu memudahkan sangat sehingga soal halal haram diabaikan..apa yg saya harapkan adalah agar majlis fatwa perlulah memberi penjelasan yg lebih detail supaya umat Islam tidak salah faham..sebaik2ny bersidang dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, barulah kita lebih yakin dengan kputusan tersebut. sekadar pandangan peribadi..mohon tegur salah silap :)

  • Apa yang dikatakan oleh En. Zul itu ada benarnya semuanya terpulang pada individu itu sendiri yang penting niat. Kalau nak dikatakan haram masih banyak lagi perkara yang boleh diharamkan seperti remaja yang dok tonggang tebalik di disco dan ada beberapa restauran arab yang mempersembahkan tarian gelek dengan pakaian yang seksi. Begitu juga dengan tarian dangdut yang masih ada sekarang. Kalau ada yang komen mereka-mereka yang menari poco-poca berpakaian ketat itu bukan isunya kerana dimana saya sekarang ini ramai yang berpakaian ketat dan sendat dan kita boleh melihatnya setiap hari, malah yang memakai tudung sekarang pun mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudung dengan memakai pakaian yang ketat dan sendat. Pun begitu yang memberi komen acara itu ada pergaulan lelaki dan perempuan jadi bagaimana dengan acara senaman areobik yang dilakukan oleh berbagai agensi kerajaan dan persatuan di tempat awam kini. Bukankan kini ia amat terkenal dan bercampur gaul tanpa mengira bangsa dan agama lelaki dan perempuan. Kalau nak di katakan tarian itu punya step berbentuk salib boleh dikatakan banyak lagi tarian melayu yang punya step begitu kalau kita perhatikan dengan teliti. Saya rasa bentuk tarian itu hanya secara kebetulan tapi tiada unsur2 yang menyebabkan kita keluar dari akhidahnya, cuma kalau ia agak keterlaluan boleh diubah stepnya agar tidak nampak seperti salib itu semua boleh di rancangkan kembali, kerana kita yang melakukannya.

  • klu cita bab2 haram ni byk…ok contohnya TV,nampak artis terdedah body sana sini..apa anda rasa haram ke?napa x haramkan ja penggunaan TV?klu nak tau TV la paling haram sekali klu di ikutkan..byk kejahatan dpda kebaikan yg kt perolehi..so apa mslahnya klu ngn poco2?hanya sekadar gerakan…tp klu TV bkn stakat gerakan ja yg kt tgk..malah byl movie atau drama dalam dan antarabangsa yg kt tgk. kejahatan,merompak,merogol,pkaian tak cukup kain,cita cinta yg boleh menjadi ikut2 anak skolah yg boleh membawa pada kehancuran akhlak pun kt boleh tgk..ok mcna plk akohol?ada sesetengah pewarna yg di gunakn dlm mknan yg mengandungi sedikit akohol..pewangi jgk ada akohol…napa tak di haramkan?

  • pada pendapat saya, kalau kita tak pasti ngan sesuatu, just diam2 jek and renungkan sendiri and try cari kebenaran dengan orang2 yagn betul.. x perlu la aku raser nk keluarkan blog ni.. confirm nanti pendapat ader bercanggah membawa ke perpecahan umat.. dah confiuskan masyarakat islam.. yang anggap haram, jangan buat.. yang anggap halal teruskan.. haram atau halal last2 diri sendiri akan tanggung di akhirat.. sekiranya fatwa salah, hukum jatuh kat orang yang keluarkan fatwa.. sekiranya fatwa betul, hukum jatuh kat orang yang melanggar fatwa.. wassalam..

  • [...] Related posts:Tarian Poco-Poco HARAM – Surat dari Mufti Perak. [...]

 

CommentLuv badge

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.