Taman Rama-Rama & Reptilia, Ayer Keroh, Melaka

Jan 9th, 2011 by admin in Dunia Kami, Hot Topic

Perposing sakan.

hehehehe.. pernah pergi ke Taman Rama-rama ni? haaaa.. kepada yang belum pernah pergi, silakan lah.. Taman rama-rama ni berada di Ayer Keroh, Melaka.. Kalau dari tol Ayer Keroh, lepas jer tol tu, dalam 500meter rasanya sebelah kiri ada signboard ke Taman Rama-rama ni. Kalau sesiapa yang datang Melaka nak melancong, tempat ni WAJIB pergi.. heheheh.. untuk harga tiket pula, boleh lah tengok dekat bawah ni..

haaaa… harga tiket dia RM8.00 untuk dewasa, kanak-kanak RM5.00 dan kamera dikenakan RM3.00 kalau tak silap.. Kalau dewasa bukan orang Malaysia, RM12.00 dan kanak-kanak pula RM7.00..

ni pintu masuk utama dia. Waktu ni ramai juga orang, yerlah, cuti tahun baru.. oh, lupa lak, ni baru je lepas cabut gigi tu… πŸ˜€

comel burung ni..

yang ni kena cari lah, apa yang ada pada daun/ranting ni.. kalau jumpa, bgtau kat komen.. πŸ™‚

geram betul tengok burung ni, selamba jer bertenggek kat dalam tempurung tu..

yang ni lagilah, memang dok bertenggek jer atas tunggul ni. Yang ni open ni, takda sangkar. Tapi burung ni boleh buat dek jer..

yang tadi tu adalah bahagian pertama didalam Taman Rama-rama ni, naik keatas barulah masuk ke tempat rama-ramanya.

ni tak pasti spesis apa, mungkin Rajah Brooke kot.. ada sesiapa yang tahu?

yang ni pula tengah cari manisan dari bunga.. unik..

yang ni pula berposing lepas keluar dari bahagian rama-rama, ni nak masuk ke bahagian reptilia..

buaya pun ada..

harimau pun ada..

arnab pun ada!!

yang ni ingat tak kartun Disney yang suka gigit dan ganas tu lepas tu suka berpusing tu.. lupa lak nama dia..

ikan naga pun ada.. giler besar..

ular pun ada.. ni ular sawa..

ni jangan main-main, inilah King Cobra!

nama binatang ni lupa lah.. memang asyik berenang jer…

setelah penat memusing Taman Rama-rama ni dengan muka kepenatan, kami semua baliklah. Satu pengalaman yang best.. πŸ™‚

oh lupa nak cerita. Gambar ni special sedikit.. heheheh.. sebelum nak masuk ke Taman Rama-rama dekat bahagian burung tadi tu, ada satu bahagian sebelah kiri, korang semua boleh ambil gambar dengan binatang-binatang ni dengan harga RM12.00. Gambar ni on the spot print dan diorang akan bagi sekali dengan frame kertas yang menarik. Nak bergambar dengan ular sawa albino pun ada.. hehehe.. mantap.. (btw, wife aku cukup takut dengan iguana.. hahahahahaha)

jangan tak pergi yer..

Website rasmi Taman Rama-Rama – http://www.butterflyreptile.com/

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi – 5.30 petang

Alamat:
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
Ayer Keroh 75450, Melaka

Tel: +606 232 0033
Faks: +606 232 9977

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: