Posts Tagged ‘technician’

27
Dec

Jawatan yang ada di pelantar minyak offshore

by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Oklah, sambungan dari entry saya sebelum ini iaitu di sini. Tapi sebelum tu, saya ingin minta maaf sebab lama dah tak update. Maklumlah, agak sibuk. Pekerjaan apa yang ada di pelantar minyak yer?

Ok, pekerjaan atau jawatan di pelantar minyak sebenarnya ada banyak, bahkan berlainan dari pelantar-pelantar lain mengikut syarikat. Bahkan berbeza juga mengikut negara.

Pelantar minyak selalunya akan dikepalai oleh OIM atau Offshore Installation Manager. OIM adalah jawatan paling tinggi di dalam pelantar minyak, nama pun dah manager kan. Gaji dia paham-paham jer lah yer, puluhan ribu ringgit hhehehe. Nak jadi OIM ni bukan senang, kena tahu selok belok pelantar dari bawah sampai lah atas. Selalunya OIM ini adalah dari bawahan sekali, contoh nya ialah dulu dia Technician, lepas tu Senior Technician, naik lagi jadi Team Leader, Supervisor dan naik ke OIM. Tapi sebelum tu kena ada kursus dulu, bukannya naik OIM macam tu jer. Tapi seperti saya katakan, jawatan yang lompat-lompat tu berbeza daripada pelantar-pelantar minyak yang lain. Kebanyakan pelantar minyak akan ada seorang OIM sahaja, tetapi ada yang dua seperti di FPSO Ngujima Yin di Australia. Saya pernah ke FPSO ni beberapa kali dan mereka ada dua OIM iaitu seorang daripada Woodside dan seorang daripada Maersk. Maknanya setiap shareholder ada OIM masing-masing, dan sudah tentu tugas mereka berdua adalah berbeza supaya tak berlaku overlap antara satu sama lain. Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: