Posts Tagged ‘tasik limbongan bistro’

13
Feb

Nasi Briyani di Tasik Limbongan Bistro

by Man in Dunia Kami, Hot Topic

Tempoh hari, kami berdua balik ke kampung saya iaitu Masjid Tanah, Melaka. Jadi pada malam Sabtu, abah saya mengajak saya dan isteri serta emak pergi menikmati makan malam Nasi Beriyani di Tasik Limbongan. Mulanya saya pun tertanya-tanya lokasi Tasik Limbongan ni memandangkan nama ni agak baru bagi saya. Jadi perjalanan diteruskan malam tersebut sehinggalah sampai ke destinasi. Oh, rupanya kedai ni berada di kawasan yang baru di tambak. hehehee..

Ni lah Tasik Limbongan Bistro. Nampak ala-ala fancy jer signboard dia..

meriah betul warna dia.. hehehe

Sampai di sana, terus order menu special iaitu briyani Claypot. Yang specialnya ialah nasi briyani yang dihidangkan adalah di dalam claypot.

Ni Nasi Briyani Ayam..

Ayam dia besar betul..

Pada malam tu semua order Nasi Briyani Ayam cuma mak jer order Briyani Kambing.. heheheh..

dan inilah pengakhirannya… hehehehe.. lupa lak, mak order lagi rojak.. adoi.. nak pecah perut dah malam tu…  Jadi sesiapa yang datang ke Melaka, bolehlah menjenguk Tasik Limbongan Bistro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: