Posts Tagged ‘shell’

20
Jul

Peluang kerjaya di bidang Oil and Gas untuk Fresh Graduate

by Man in Cik Abang

Oil and Gas

Assalamualaikum semua..

Saya cuma menyampaikan maklumat yang saya dapat diluar yer. Peluang kerjaya untuk bekerja di sektor Oil and Gas untuk Fresh Gradute sebagai Graduate Talent Development Program. Jadi latihan selama 12 bulan, kalau performance OK, diserap jadi staff terus. Jadi untuk mendapat info yang lebih lanjut, sila hubungi email/no telefon yang saya sertakan di bawah. InsyaAllah cuba lah yer terutama fresh graduate atau yang ada pengalaman 1 hingga 2 tahun seperti apa yang diiklankan dibawah ni. Read the rest of this entry »

4
Apr

Sisa-sisa terakhir..

by Man in Cik Abang

 

Assalamualaikum semua..

Hari ini adalah hari terakhir saya di syarikat yang saya bekerja ini… Kemaslah apa yang patut dalam meja ni ha.. fail-fail personal, dokumen personal dan sebagainya. Dengar-dengar pulak bos nak buat farewell makan-makan. huhuhuhuh..

Pengalaman di syarikat ni, ada yang gembira, ada yang sedih.. Kalau gembira tu, waktu mula-mula agak excited dapat kerja offshore. Memang itu adalah pekerjaan idaman ramai yang diluar sana. Tetapi bagi saya, dah puas dah untuk saya bekerja offshore ni. Dah hampir 5 tahun bagi saya sudah cukup. Sudah tiba masa untuk saya mencari sesuatu yang baru. Read the rest of this entry »

19
Dec

Tersangkut di Manila, Filipina

by Man in Cik Abang

Sekadar gambar hiasan..

Assalamualaikum semua..

Saya sekarang berada di Filipina dan seperti biasalah, atas urusan kerja. Sepatutnya hari ini saya akan berangkat ke Malampaya Shell Platform. Pukul 10.30 pagi sudah siap check in di hangar, tunggu punya tunggu punya tunggu rupanya delay memandangkan Life Boat dalam proses ujian selepas ‘schedule maintenance’. Delaynya sehingga pukul 2.30 petang, setelah hampir pukul 5.00 petang kami semua menunggu, akhirnya kami semua terpaksa dihantar semula ke hotel memandang air sedang surut dan Life Boat tidak dapat dinaikkan ke platform.

Tapi esok, insyaAllah nama saya sudah berada dalam senarai penerbangan pertama ke Malampaya Shell Platform. Penerbangan akan mengambil masa 1jam 30minit dan Malampaya Shell Platform ni berdekatan dengan Sabah sebenarnya, berdekatan dengan Palawan. Saya pernah ke sana pada tahun 2009 dahulu dan ini adalah kali kedua saya datang ke Shell Philippines.

17
Dec

Bekerja Offshore atau Pelantar Minyak

by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Oklah, banyak juga soalan dan pertanyaan yang saya dapat mengenai kerja Offshore. Ada yang bertanya bagaimana nak kerja offshore, apa syarat-syaratnya dan sebagainya. Oklah, disini saya beritahu serba sedikit apa yang diperlukan untuk bekerja offshore, setakat pengalaman saya.

Untuk yang ingin bekerja offshore, anda semua mestilah sihat tubuh badan, bersedia untuk menjalani ujian BOSIET (Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training). BOSIET adalah wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin bekerja di offshore, tidak kiralah apa jawatan sekalipun samada Engineer, Technician, Chef, Janitor, Imam Surau, Rigger, dan sebagainya. Tiada kompromi. Selain daripada itu, satu lagi kursus yang penting ialah Travel Safely by Boat. Kalau lulus ujian ini semua, insyaAllah anda boleh bekerja di Offshore.

BOSIET ini terdiri daripada HUET iaitu Helicopter Underwater Escape Training serta Sea Survival, contoh seperti dibawah; Read the rest of this entry »

10
Mar

Offshore di Bintulu, Sarawak

by Man in Cik Abang, Hot Topic

3 minggu yang lepas saya berada nun jauh dia Bintulu, Sarawak. Saya berada disana kerana tugasan selama hampir 2 minggu memandangkan ‘Major Shutdown’ oleh Murphy Oil Corporation Sarawak. Ketika  berada disana, saya berkesempatan melawat kawasan rekreasi di Bintulu dan yang paling popular ialah Pantai Tanjung Batu. Pada hujung minggu, kawasan ini penuh dengan penduduk Bintulu. Ada yang bermandi manda di pantai dan tidak kurang juga yang mengadakan barbeque bersama keluarga. Kawasan untuk barbeque sememangnya telah disediakan dan konsep ini sememangnya sangat menarik.

Kembali ke topik asalnya, saya sememangnya bekerja di sektor ‘oil and gas’. Kerja seperti ini sememangnya perlu keluar dan berjauhan dari keluarga agak kerap. Buat masa ni, agak kurang ‘outstation’ berbanding 2009 dahulu dimana hampir setiap bulan saya akan keluar merata tempat terutamanya Asia Pasifik. Mujurlah bidang tugas saya tidaklah memerlukan saya berada lama di ‘offshore’ berbanding rakan-rakan yang lain kadang-kadang perlu berada di platform berbulan-bulan. Untuk ke platform, ada platform memerlukan helikopter untuk ke sana dan ada yang hanya menaiki bot. Safety induction diwajibkan seperti BOSIET/Transfer by boat dan lain-lain lagi serta kesihatan anda mestilah ‘fit’ untuk bekerja di platform.

Di Bintulu tempoh hari, cuaca agak kurang baik. Ombak agak tinggi serta laut  bergelora, anda boleh tengok gambar diatas sewaktu bot menuju ke platform tempat saya bekerja. Yang mana tidak tahan, memang boleh muntah kerana mabuk laut. Jadi, sebaiknya anda jangan biarkan perut kosong sebelum kelaut. Kalau nak makan ubat mabuk laut juga digalakkan. Kalau cuaca buruk, yang dah ada pengalaman pun boleh muntah. 🙂

Jika cuaca sebegini, untuk berpindah dari crew boat ke platform/FPSO/FSO sememangnya sangat sukar. Oleh itu kaedah Basket Transfer digunakan atau ada juga platform menggunakan Frog. Sewaktu di Bintulu juga saya terpaksa menggunakan Basket memandangkan cuaca kurang baik. Disini saya sempat mengambil video bagaimana transfer by basket digunakan untuk pekerja offshore. Video ini diambil sebelum saya sendiriang kena t

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: