Posts Tagged ‘selamat hari lahir’

7
Mar

Kenangan Bulan March

by Yanna in Dunia Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua.. 😉
Alahaiii lama tersangat2 saya tak update blog nie kan. Bukan apa,saya dan suami tersangat2 lah busy nya sekarang.

#Bulan March adalah segala2nya bagi kami berdua.
Dari saya dilahirkan pada arinie 7hb 3.. Kira2 33tahun yang lalu. Terima kasih sangat2 buat arwah emak yang melahirkan saya hingalah saya jadi yang sekarang nie. Sayang arwah mak sangat2.. Moga arwah tenang disana. Amin…

#Kelmarin pula Anniversary kami yg ke-3 tahun.. Alhamdulillah,Syukur kami masih bersama2 untuk mengharungi kehidupan ini. Semoga ikatan kami ini berkekalan hingga ke Syurga NYA. Aminn

#Esok pula 8hb 3 adalah hari pertunangan kami. 8hb 3 2009,sah lah kami menjadi pasangan bertunang. Hhehhehee

#Dan 11hb 3 nanti,adalah hari perkenalan kami selama 9 tahun. Time tu masing2 tengah sibuk study.

Alhamdulillah & Syukur sangat2 atas aturan hidup yang telah ALLAH aturkan untuk kami berdua ini. Doakan kami cepat2 timang cahaya mata pulak yer. 😉 Sesungguhnya kami masih baru dalam alam berumahtangga nie..banyak lagi yang belom kami tempohi nie kan. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. Amin Ya Rabbal Alamin…

16
May

Disebalik Tarikh 16 Mei…

by Yanna in Dunia Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua.. 🙂

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi kan.. Sekejap jer dah 16 mei 2012 dan tarikh 16 mei nie banyak kisah berlaku dalam hidup saya nie. Tarikh arinie juga adalah setiap tahun untuk meraikan pendidik2 kita yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa. Terima kasih buat insan2 yang bergelar cikgu,pensyarah ker, Kerana Ilmu2 kalian semualah yang menjadikan kami menjadi insan berguna sekarang. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya dan semoga hidup kalian semua diberkati olehNYA…  SELAMAT HARI GURU teristimewa buat along & adik serta kawan2 & juga bakal2 menjadi pendidik anak bangsa. 😉 “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”.

Dan tarikh arinie juga,adalah hari lahir mak mertua saya,Puan Timah Binti Hamdan. 😉 Selamat hari lahir mak mertuaku…Semoga sihat2 sentiasa,murah rezekinya dan berbahagia bersama2 dengan keluarga serta anak & cucu yer…

Diam tak diam tarikh arinie genap 3 tahun arwah abang ipar saya meninggal dunia. Al-Fatihah. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: