Posts Tagged ‘Proton Iriz’

27
Nov

Proton Persona Campro IAFM tukar ke IAFM Proton Iriz?

by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak update blog.. Minta maaf sangat-sangat sebab profesion yang agak mengurangkan masa saya untuk berblog kebelakangan ini. Cuma ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai masalah Proton Persona Campro IAFM yang sangat popular iaitu masalah IAFM yang akan berbunyi (tak tak tak tak tak) bila tiba masanya. Kalau berbunyi tak tak tak yang sekata, insyaAllah ia boleh diperbaiki lagi.. Tapi kalau sudah berbunyi macam skru dalam tin yang digoncangkan, itu bermakna ia tidak dapat diperbaiki lagi dan harus ditukar.

Proton Persona saya ni adalah kereta pertama saya dan alhamdulillah telah berkhidmat dengan jayanya selama 7 tahun serta dah selesai hutang. Jadi ada sentimental value disitu sebenarnya, sebab tu saya akan cuba pastikan ia sentiasa mampu berkhidmat. hehehehe… Berkenaan dengan masalah IAFM ni, sebelum ni bunyinya tidak lah kuat sangat, tapi setelah saya guna sehingga tahun ke 4, IAFM dah mula berbunyi tapi perlahan… Jadi saya terus ke bengkel berdekatan dan alhamdulillah ia diperbaiki dan bunyi dah hilang. Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: