Posts Tagged ‘hari raya’

29
Sep

Aidilfitri di Penghujung Syawal 1432 Hijrah

by Yanna in Cik Akak, Dunia Kami

Bertemu kita lagi. 😉 Hujung minggu yang baru lepas nie kami sempat pulang ke JB untuk mengambil Uteh kami yang tinggal di JB semenjak kami beraya di Pulau Pangkor aritu lagi. Kesian Uteh,kami beraya dia kena tinggal dengan jiran abah saya pula. Uuuhuhuu.. Yang bestnya,Uteh dah dapat kawan baru dekat JB nun. Kucing adik saya,namanya Lucy.. Eehehhee.. Mula2 si Uteh nie sombong semacam jer adik saya cerita,tapi sekarang jangan tak tahu,bebudak bulu nie dah jadi kawan baik yer.. Ala2 BFF gitu… Aahahhaaa

Dunia Kami
Read the rest of this entry »

1
Sep

Beraya di Perth, Australia

by Man in Cik Abang

Pada hari raya tahun ini, giliran berhari raya di Johor Bahru pula setelah hari raya tahun lepas kami menyambut di Melaka. Hari Ahad yang lepas 28 Ogos 2011, saya dan isteri bertolak balik ke Johor Bahru. Dipertengahan perjalanan, singgah sekejap di Masjid Tanah, Melaka melawat keluarga saya.

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Johor Bahru dan sampai dalam pukul 6.00 petang. Alhamdulillah perjalanan tersangat lancar. Sehari sebelum hari raya, dapat email dari bos mengatakan saya terpaksa ke Perth, Australia pada hari raya kedua. Sepatutnya saya ke sana pada hari raya ketiga, tetapi atas permintaan client di sana, saya terpaksa pergi ke Perth, Australia pada hari raya kedua. Jadi mahu tidak mahu, terpaksalah dipendekkan percutian saya pada kali ini dan selepas melawat kubur arwah ibu mertua saya dan rumah datuk saudara, tepat pukul 2.oo petang saya balik semula ke Ampang.


Read the rest of this entry »

29
Aug

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

by Man in Dunia Kami

Di kesempatan ini, saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

 

10 jari disusun memohon keampunan jika ada tersalah dan tersilap bahasa sepanjang kami berblog dari 2007.  Akhir kata berhati-hati di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. 🙂

1
Aug

Selamat Berpuasa

by Man in Dunia Kami

Salam semua…

Hari ini (pagi sebenarnya), saya dan isteri bangun sahur untuk puasa hari pertama pada tahun 2011. Lauk sahur pada kali ini ialah Ayam Masak Kicap dan telur rebus sos dan salad. Bangun-bangun jer, isteri dah kejutkan.. hehee.. tengok jam pun baru pukul 5.15pagi. Biasalah sahur, waktu sahur ni memang nafsu makan masih berada pada tahap low.. hehhee.. makan setengah pun rasa macam nak tak nak jer.. tapi nasib baik ada ayam.. heheeh..

Jam pukul 5.35pagi, minum air bebanyak.. baru teringat semalam ada air sunquick mangga.. balun sampai habis.. Jadi untuk berbuka puasa pula, tak tau lagi nak makan apa.. tak sabar lak nak singgah Bazar Ramadhan  Bukit Indah Ampang kali ini. Oklah, untuk hari pertama ni, waktu berbuka puasa ialah 7.30 malam.. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: