Posts Tagged ‘buah hawa’

9
Mar

Kisah tentang buah zuriat (atau Buah Hawa)

by Man in Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

Blog Duniakami.com mendapat kunjungan yang hot mengenai Buah Zuriat semenjak Ogos 2011 yang lepas melalui posting http://www.duniakami.com/buah-hawa-atau-zuriat. Atas dasar ingin membantu kepada mereka berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya dan Cik Akak telah membuka satu bahagian khas untuk  para penjual buah zuriat mengiklankan buah zuriat mereka. Iklan ini adalah secara percuma tanpa sebarang bayaran. Ikhlas kerana Allah Taala. Oleh itu, sesiapa yang ingin menjual produk buah zuriat serta yang ingin membeli, sila kunjungi bahagian ini – http://www.duniakami.com/iklan-percuma-buah-zuriat. Sebelum anda ingin mengiklankan, sila baca-baca syarat-syarat yang ada yer.

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk mendapat kan zuriat. InsyaAllah.

 

p/s : nak pergi sembahyang Jumaat dulu… 🙂

8
Aug

Buah Hawa (atau Zuriat)

by Man in Dunia Kami

Pernah dengar buah Hawa? Atau ada sesetengah orang panggil buah Zuriat. Buah ni salah satu ikhtiar orang cakaplah untuk mendapatkan zuriat. Buah ini tak terdapat di Malaysia pun, dekat Arab sana. Kawan cik akak aritu pergi menunaikan Umrah, jadi dapatlah kirim beberapa biji. Kalau tak silap saya lebih kurang 40sen sebiji kalau dekat sana.

Dekat Malaysia ni ada yang jual sampai RM60 sebiji, mungkin sebab susah nak jumpa kot. Ada juga yang cakap dekat medan MARA raja laut pun ada jual, sebiji RM40. Tapi tak pernah pun pergi sana.. Harapnya, ikhtiar yang kami lakukan ini beserta dengan doa, insyaAllah membuahkan hasil.

Oklah.. Bagaimana rupanya buah hawa ni? Inilah bentuknya..


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Nampak macam biasa sahaja buah dia kan.. Tapi masyaAllah, nak buka memang sangat-sangat mencabar. Mari kita teruskan.. Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: