Posts Tagged ‘aidilfitri’

29
Sep

Aidilfitri di Penghujung Syawal 1432 Hijrah

by Yanna in Cik Akak, Dunia Kami

Bertemu kita lagi. 😉 Hujung minggu yang baru lepas nie kami sempat pulang ke JB untuk mengambil Uteh kami yang tinggal di JB semenjak kami beraya di Pulau Pangkor aritu lagi. Kesian Uteh,kami beraya dia kena tinggal dengan jiran abah saya pula. Uuuhuhuu.. Yang bestnya,Uteh dah dapat kawan baru dekat JB nun. Kucing adik saya,namanya Lucy.. Eehehhee.. Mula2 si Uteh nie sombong semacam jer adik saya cerita,tapi sekarang jangan tak tahu,bebudak bulu nie dah jadi kawan baik yer.. Ala2 BFF gitu… Aahahhaaa

Dunia Kami
Read the rest of this entry »

9
Sep

Aidilfitri 2011 Di Pulau Pangkor, Perak

by Yanna in Cik Akak

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua… 😉

Alahamdulillah..bertemu kita lagi. Dan seperti yang di janjikan pada entri yang lalu dimana saya akan berkongsi cerita selama saya berhari  raya di Pangkor kan… Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan balik dan semua pogram di sana berjalan dengan lancarnya.. 😉 Sejak-sejak arwah opah & atok dah takdr nie,setiap kali hari raya aidilfitri jer dah jadi macam satu pogram untuk kami sanak saudara berkumpul & bercuti.

Saya sekeluarga bergerak ke Perak pada hari raya ke-2 kerana ada majlis tahlil buat arwah opah & atok di rumah pak sedara di Kampung Gajah sana. Malamnya seperti biasa kami berkumpul di teratak arwah opah & atok. Kami semua bertolak dari teratak arwah opah lebih kurang pukul 9..00am dan berkumpul di Jeti Lumut. Disebabkan sampai di Jeti Lumut dah tengahari,kami pun lunch lah dulu dan solat zuhur dahulu. Selesai semua kami masih menunggu 2 family dari Kedah dan juga Terengganu yang masih belum tiba, akibat kesesakan jalan raya. Jam menunjukkan angka 2pm.. Memandangkan ada pak sedara yang tak berapa sihat,so kami terpaksa bertolak dulu ke Pangkor. Emmm ingatkan kalau time raya2 nie tak ramailah kan yang pergi bercuti,tapi tu semua salah.. Sebabnya ramai sungguh yang sesama kami turut bercuti & berhari raya ke Pangkor nie.. Eehehheee


Read the rest of this entry »

29
Aug

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

by Man in Dunia Kami

Di kesempatan ini, saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

 

10 jari disusun memohon keampunan jika ada tersalah dan tersilap bahasa sepanjang kami berblog dari 2007.  Akhir kata berhati-hati di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. 🙂

1
Aug

Selamat Berpuasa

by Man in Dunia Kami

Salam semua…

Hari ini (pagi sebenarnya), saya dan isteri bangun sahur untuk puasa hari pertama pada tahun 2011. Lauk sahur pada kali ini ialah Ayam Masak Kicap dan telur rebus sos dan salad. Bangun-bangun jer, isteri dah kejutkan.. hehee.. tengok jam pun baru pukul 5.15pagi. Biasalah sahur, waktu sahur ni memang nafsu makan masih berada pada tahap low.. hehhee.. makan setengah pun rasa macam nak tak nak jer.. tapi nasib baik ada ayam.. heheeh..

Jam pukul 5.35pagi, minum air bebanyak.. baru teringat semalam ada air sunquick mangga.. balun sampai habis.. Jadi untuk berbuka puasa pula, tak tau lagi nak makan apa.. tak sabar lak nak singgah Bazar Ramadhan  Bukit Indah Ampang kali ini. Oklah, untuk hari pertama ni, waktu berbuka puasa ialah 7.30 malam.. heheheh

22
Nov

Hari Raya Aidilfitri 2010

by admin in Dunia Kami, Hot Topic

Walaupun Hari Raya Aidilfitri 2010 dah berlalu, tapi amat bermakna bagi kami kerana ia adalah Hari Raya Aidilfitri pertama kami setelah bergelar suami isteri. Memang ‘feeling’ dia agak berlainan memandangkan biasanya berhari raya berseorang bersama keluarga, tapi kali ni berteman. 🙂 Tapi apa-apa pun, bersyukur kerana Allah telah memanjangkan jodoh kami sehingga sah bergelar suami isteri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: