Seribu Kenangan

Jan 5th, 2012 by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Hari ini bermula sesi persekolahan di majoriti negeri di Malaysia. Kalau waktu macam ni, saya teringat zaman saya dahulu. Dahulu pada tahun 1986, saya masuk sekolah tadika Cina di kampung saya di Bau, Sarawak. Ketika itu, arwah atuk saya iaitu Hamdan Bin Taba sering menghantar saya ke sekolah tadika tersebut. Siap bawa bekal lagi dari rumah tiap-tiap pagi dengan menunggang basikal tuanya. Di situ juga saya mampu menguasai bahasa Mandarin kerana saya seorang sahaja pelajar Melayu disana. Tetapi yang paling saya tidak boleh lupakan ialah pada hari pertama bersekolah tadika, saya menangis dan menyorok di bawah meja. Hampir seminggu juga saya menangis, terpaksalah arwah atuk dan juga ibu bapa saya bergilir-gilir melihat disekolah ketika itu. hehehehe

Setelah setahun di sekolah tadika, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah Kerajaan Bau di darjah satu. Sekolah Rendah Kerajaan Bau ni betul-betul berdepan dengan Tasik Biru, Bau.

sekadar gambar hiasan

Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Bau dari darjah satu 1987 sehinggalah darjah 3. Ketika berada di sekolah rendah inilah banyak juga kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Antara kenangan tersebut sudah tentu sewaktu minggu pertama, Antara yang masih lagi dalam ingatkan ingat saya menjadi pelakon tambahan dalam sebuah filem iaitu  Farewell to the King. Pengambaran di lakukan di sebuah kem askar di Bau, tapi saya lupa nama kem askar tersebut. Dari sekolah saya tersebut, agak ramai jugak murid-murid yang dipanggil menjadi pelakon tambahan. Ada satu babak, ada kelihatan saya bermain sepak raga dan upah yang saya dapat untuk sehari pengambaran ialah RM10.00. Makan dan minum serta pengangkutan disedia. hehehhehe…

Darjah 4 saya telah berpindah ke Batu Kawa di Kuching. Saya tinggal di Batallion 17 PPH Batu Kawa, almaklumlah anak polis. Tiap-tiap pagi, naik trak sekolah atau ada yang panggil feri sekolah. Sekolah rendah kedua saya ialah Sekolah Rendah Kerajaan Stapok. Disini saya telah dilantik menjadi pengawas sekolah dan membaca ikrar tiap-tiap Isnin. heheheeh.. Selain daripada itu, saya juga mewakili sekolah dalam sukan lontar peluru. Selepas sahaja sekolah rendah, saya meneruskan pelajaran menengah saya di MRSM PDRM Kulim, Kedah pada tahun 1993.

Kalau dikenangkan cerita zaman kanak-kanak memang sukar nak dilupakan dan saya ingat sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah, saya ingin kembali ke kampung halaman saya dan melawati tempat-tempat yang banyak menyimpan kenangan dahulu. InsyaAllah.. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: