Seharian di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Apr 25th, 2011 by Yanna in Cik Akak

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Putra World Trade Centre (PWTC) bersama along tercinta. heheheh. Siap ambil cuti lagi semata-mata nak pergi ke sini. Bertolak dari Ampang dalam pukul 10 pagi dan sampai di PWTC dalam pukul 11 pagi. Ingatkan hari Isnin ni tak ramai orang, tapi sampai sana MasyaAllah penuh tempat letak kereta. Naik ke atas, perasaan dah excited dah ni… tengok pintu masuk pun dah macam ada tarikan magnet.

PhotobucketMasuk sahaja ke dalam, memang penuh orang. Ada rombongan dari sekolah menengah dan rendah pun ada. Kalau tengok, memang rambang mata jadinya

 

PhotobucketTak sangka rupanya hari ini adalah hari perasmian Pesta Buku ni.. Sayang, tak sempat nak ambil gambar waktu perasmian.

 

PhotobucketIni baru sikit ni. Minta maaf yer encik yang belah kanan pakai baju biru ni, terinterframe pulak… heheeh

 

PhotobucketIni pameran dari syarikat Book Editions dari Singapura

 

PhotobucketYang ini dari syarikat Oxford University Press.. Kamus memang banyak..

 

PhotobucketNampak tak kamus tu. Tu baru sikit…

 

PhotobucketIni syarikat Mc Graw Hill.. Buku mereka ni memang popular untuk pelajar universiti.. heheeh

PhotobucketAna Muslim Distributors.. syarikat ni banyak jual baju serta benda yang berkaitan kanak-kanak serta cenderahati..

 

PhotobucketBuku kanak-kanak pun ada.. Nampak tak adik kat bawah tu, tak lepas dengan belon dia tu… heheheh

 

PhotobucketRamai juga tau, pengunjung dekat Ana Muslim ni..

 

PhotobucketSiap dapat tshirt percuma lagi nih..

 

PhotobucketComel banner diorang ni kan…

 

Photobucketyang ini pula syarikat PTS.. mereka ni memang popular lah.. memang tak dinafikan.

 

Photobucket“Penerbit Buku Melayu Tersohor Malaysia”… ehehehe

 

PhotobucketKarangkraf… Ni kalau tak kenal, memang tak tau nak kata apa lah..

 

PhotobucketBooth Karangkraf. Memang meriah betul..

 

PhotobucketKarangkraf lagi.. Yang baju kuning tu, sepupu saya.. Kerja dengan karangkraf.. Masih belum berpunya, siapa berkenan, sila letak komen dibawah. Manalah tau boleh dapat buku dari karangkraf secara percuma… hahahahaaha…

 

PhotobucketKarangkraf lagi.. Kawasan ni penuh dengan novel terbaru dari Karangkraf.. Kaki novel wajib datang ke sini..

 

PhotobucketPintu masuk ke booth Karangkraf..

 

PhotobucketEZ Math.. ramai betul orang dekat sini.. Disini anda akan belajar matematik secara mudah dan cepat.. wajib jenguk!!

 

PhotobucketTak berapa clear.. kamera Cap Katok.. hehehehe..

 

PhotobucketPustaka Darussalam.. ni along tengah kawtim dengan tuan punya kedai.. heheheeh…

 

PhotobucketBooth Pustaka Darussalam..

 

PhotobucketDisini banyak buku keagamaan serta motivasi.. Wajib jenguk..

 

PhotobucketRamai orang dekat sini…

 

PhotobucketNi nama dia Kedai Pink Ainmasara

 

PhotobucketBooth kedai Pink Ainmasara ni memang meriah…

 

PhotobucketMeriah dengan warna Pink.. sesuai dengan nama kedai pun..

 

PhotobucketMereka menjual cenderahati yang bertemakan pink serta buku-buku remaja.. memang menarik..

 

PhotobucketTelaga Biru.. Popular dengan buku ilmiah serta motivasi.. best!

 

PhotobucketMasih lagi dengan Telaga Biru..

 

PhotobucketMOY Publication… Popular dengan UJANG!!! hehehe

 

PhotobucketSiapa tak kenal UJANG.. Makang Budok, Makang Budok..

 

PhotobucketKaki Novel… Popular dengan novel juga.. ehehe

 

PhotobucketBooth Readnetwork ni popular dengan buku-buku serta aksesori yang berkaitan dengan pembelajaran kanak-kanak..

 

PhotobucketAlong tengah pilih cenderahati untuk dihadiahkan kepada anak-anak murid dia.. Cikgu lah katakan.. hehehe

 

PhotobucketPilih lagi Along.. jangan tak pilih… heheheh.. Booth ni memang best untuk buku pembelajaran untuk kanak-kanak seperti belajar sembahyang untuk kanak-kanak serta buku keagamaan..

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni dibuka pada pukul 10 pagi sampai malam tu saya tak berapa pasti. Ia akan berakhir pada 1 Mei 2011 bertempat di PWTC. Saya sarankan pergi ke Pesta Buku ni pada hari bekerja kerana pada Sabtu dan Ahad yang lepas, PENUH orang.. hehehehe.. Selamat Membaca!! 🙂

#Minta maaf yer sebab ada sesetengah gambar tu tak berapa clear.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: