Restoran Satay Station Ampang Waterfront

Oct 5th, 2011 by Man in Dunia Kami

Assalamualaikum pembuka bicara.. chewahh.

Pada 2 haribulan yang lepas, saya berjalan-jalan dengan isteri saya di Alamanda Putrajaya. Saja jalan-jalan dan lagipun saya dah janji untuk belanja isteri saya 2 novel pilihan dia dekat MPH Bookstore sana.. huhuhuh.. Dah selesai segala urusan di sana, tiba masanya balik rumah ler.. Perut dah keroncong dah, jadi dalam kepala, terpikir Satay Station.. Memandangkan Satay Station Ampang Waterfront berdekatan dengan rumah saya jadi saya terus ke sana sahajalah.

Sampai disana, orang pun tak berapa ramai sangat. Satay Station Ampang ni berdekatan sangat dengan Carrefour Ampang.


View Larger Map

Siap ada drive thru lagi tau.. Sampai disana lebih kurang pukul 6.30 petang, saya order 18 cucuk ayam dan 2 hati. Air pulak Tembikau Laici dengan Teh O Ais. Satay Station cuma ada 3 jenis satay iaitu Ayam, Daging dan Hati. Manakala menu lain pula ialah Sup Daging Urat Keting (kalau tak silap sayalah, dah lupa.. hehehe), Nasi Putih, Telur Dadar dan Mee Rebus.

CUMA ada satu kekecewaan sedikit ialah, saya dan isteri terpaksa menunggu selama 45 minit untuk mendapat 20 puluh cucuk satey saya. Yang datang kemudian pun boleh dapat dulu, tetapi yang saya dan isteri yang datang awal terpaksa menunggu 45 minit. Entah dimana kesilapannya, saya dan isteri pun tak pasti. Tapi takpalah, nasib baik satey dia sedap jugak.

Satay Station, rasanya memang berlainan dari satay-satay yang lain. Itu adalah satu advantage kepada Satay Station.

 

Isteri saya sedang menikmati satay di Satay Station. Kalau perhatikan bebetul di belakang tu, sebelah kiri isteri saya. Ada seorang artis serta krew-krewnya pun makan disana. Lupa pulak nama artisnya, pernah berlakon dalam Slot Akasia Adamaya..

3 Cucuk yang terakhir.. Hati+pedal dia memang besar, dua cucuk pun dah kenyang..

 

Inilah jumlah kecederaan kekal.. hehehe.. RM30.10..

 

P/S: Saya ingin mencadangkan agar sistem penerimaan order dapat diperbaiki. Ini adalah untuk kebaikan Satay Station juga. Selain daripada itu, menu untuk satay juga harap dapat ditambahkan. Nasib baik rasa sataynya ada kelainan dan memang sedap. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: