Proton Persona Campro IAFM tukar ke IAFM Proton Iriz?

Nov 27th, 2016 by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak update blog.. Minta maaf sangat-sangat sebab profesion yang agak mengurangkan masa saya untuk berblog kebelakangan ini. Cuma ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai masalah Proton Persona Campro IAFM yang sangat popular iaitu masalah IAFM yang akan berbunyi (tak tak tak tak tak) bila tiba masanya. Kalau berbunyi tak tak tak yang sekata, insyaAllah ia boleh diperbaiki lagi.. Tapi kalau sudah berbunyi macam skru dalam tin yang digoncangkan, itu bermakna ia tidak dapat diperbaiki lagi dan harus ditukar.

Proton Persona saya ni adalah kereta pertama saya dan alhamdulillah telah berkhidmat dengan jayanya selama 7 tahun serta dah selesai hutang. Jadi ada sentimental value disitu sebenarnya, sebab tu saya akan cuba pastikan ia sentiasa mampu berkhidmat. hehehehe… Berkenaan dengan masalah IAFM ni, sebelum ni bunyinya tidak lah kuat sangat, tapi setelah saya guna sehingga tahun ke 4, IAFM dah mula berbunyi tapi perlahan… Jadi saya terus ke bengkel berdekatan dan alhamdulillah ia diperbaiki dan bunyi dah hilang. Selepas tu, setelah 2 tahun masalah sama berulang dan kali ni bunyi yang dikeluarkan tidak sekata. Jadi sememangnya saya dapat rasakan yang butterfly didalam IAFM saya tu mungkin dah patah dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Setelah saya tengok-tengok di internet termasuk facebook, saya terjumpa laman facebook Zordaq Motorsport beralamat di Subang (serta Bangi). Setelah berbalas mesej dengan bos Zordaq Motorsport, saya terus ke sana pada  18 November 2016 selepas solat Jumaat untuk menyelesaikan masalah saya ni.

Sebelum dibaiki..

Setelah berbincang pendek, akhirnya saya terus menukarkan IAFM saya yang sudah rosak teruk (seperti video diatas) dengan digantikan IAFM Proton Iriz. Selain daripada itu servis lain jugak saya lakukan di Zorday Motorsport. Saya sempat juga bersembang dengan bos Zordaq Motorsport, sememangnya beliau sangat sporting dan tidak kedekut ilmu. Alhamdulillah hampir 2 jam diperlukan untuk menggantikan IAFM saya ni ke IAFM Proton Iriz. Antara perbezaan yang dapat saya rasakan ialah kereta lebih pickup berbanding sebelumnya. Tetapi di sekitar RPM 2000 ke 3000 agak mendatar sedikit, tapi bagi saya yang lebih mementingkan untuk sampai ke destinasi dari point A ke point B, ia bukanlah suatu masalah yang besar. Oleh itu, saya sarankan kepada pengguna Proton Persona Campro yang mempunyai masalah ini, silalah baiki dahulu sebelum melarat. Untuk pengetahuan anda semua, IAFM Campro yang original berharga sekita RM500 tidak termasuk pemasangan. Berapa pula yang saya bayar setelah menggantikan IAFM Iriz ni?? RM350 termasuk pemasangan.

Bagaimana pula dengan Fuel Consumption, kebetulan saya sempat membuat pengiraan dari keluar logo kuning, isi minyak dan keluar logo kuning semula.. Saya isikan penuh 39 Liter dan sampailah keluar logo kuning semula, jumlah mileage yang dicatatkan adalah 400KM. Penggunakan biasa tanpa lebih 110KM/J, dalam kawasan bandar dan sedikit long distance, itupun sampai Shah Alam sahaja dari Kajang. Untuk permulaan menurut bos Zordaq Motorsport mungkin ada lebih sedikit minyaknya. Mungkin dengan melakukan body throttle, earthing dan sebagainya sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi penggunaan minyak kot. Oklah, itu sahaja dari saya.. jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah hantar komen dibawah yer. Terima kasih..

Setelah dibaiki (IAFM Proton Iriz)

img_20161118_172143_hdrPenukaran IAFM sedang dilakukan…

img_20161118_172226_hdrPenukaran IAFM sedang dilakukan…

img_20161118_172209_hdrIAFM yang sudah rosak…

img_20161118_141033Zordaq Motorsport

 

Sesiapa yang ingin mencari Zordaq Motorsport ni, bolehlah tengok map disini.. atau laman facebook mereka disini https://www.facebook.com/zordaqmotorsports

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: