Pergi Tak Kembali…

Apr 15th, 2011 by Yanna in Cik Akak

As Salam Semua…

Macam tajuk lagu lah pula entry saya kali nie kan… :).. Al-Fatihah buat bonda tercinta Rosnah Binti Hj Sulaiman.. Atas permergian beliau untuk bertemu sang pencipta yang maha agung.. Dan arinie genaplah 6 tahun permergian beliau.. Perginya tak akan kembali lagi dan semoga kita bertemu di syurgaMU Ya ALLAH nanti.

6 tahun yang lalu..Tepat pukul 10pagi,hari jumaat.. Arwah mak telah kembali ke sang penciptanya buat selamanya.. πŸ™ .. Tiada kata2 yang dapat di ungkapkan masa itu….hanya redha dengan permergian nya dan doa dari kami tidak pernah putus2 untuk arwah. Semoga arwah mak tenang disana dan tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan solehah…

Arwah mak telah di sahkan menghidap kanser paru2 peringkat 3. Hanya ALLAH jer tahu bertapa terkejutnya dan sedihnya hati kami sekeluarga bila mengetahui penyakit arwah mak masa tu.. Tapi yang empunya diri lagi berat nak memikulnya kan.. Tapi arwah mak sangat2 tabah hadapi nie semua.. Arwah mak bertahan dan berlawan dengan penyakitnya ini dalam masa 2tahun lebih juga sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. πŸ™ ..

Arwah mak memang seorang yang kuat dan tabah.. Arwah juga adalah seorang mak yang memahami anak2 nya,yang sentiasa menjadi orang tengah apabila kami adik beradik hendak meminta duit lebih untuk belanja sekolah dekat abah.. πŸ™‚Β  Arwah jugalah tempat kami mengadu itu dan ini serta menjadi tempat kami merintih.Β  Kini,semuanya hanya tinggal kenangan yang pastinya tidak akan luput walaupun seketika. Saya bangga menjadi anak kepada (Rosnah Binti Hj Sulaiman)… Teramat2 rindunya dengan arwah mak.. πŸ™

Ya ALLAH…Engkau ampunkan lah dosa2 mak ku ini, Kau cucuri lah rahmat ke atas roh nya, Kau tempatkan lah arwah mak di tempat orang2 yang beriman, Kau lapangkan lah kuburnya dan Kau masuk kan lah arwah ke dalam SYURGA wahai Ya ALLAH…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: