Pengapitku kena angkat?

Nov 19th, 2011 by Man in Dunia Kami

Mungkin pelik tajuk entry kali ini. Tapi sebenarnya ia benar-benar berlaku dan bukan mitos, khayalan atau rekaan semata-mata.

Hehehehehe.. Tahniah kepada pengapit saya dahulu iaitu Ansarullah, kerana sudah menjadi suami orang. Persandingan diadakan di Teluk Intan, Perak. Mohd Fuad dan Fareez, iaitu rakan saya juga serta pengantin telah berjanji untuk berkumpul di Masjid di tengah-tengah Teluk Intan. Saya sendiri pun bukannya pernah pergi Teluk Intan, cuba guna GPS dan keluar melalui Bidor dan sampailah Teluk Intan.. hehehe

Ini Cik Akak jadi paparazi tak berbayar… hehehehe.. Pengantin lelaki sempoi jer, pakai selipar.. hehehee

Sabar An…. belum lagi sampai waktunyaaa….

Dalam tengah tunggu tuan rumah panggil masuk, nampak mangga… fuh.. besar betul…

Bila dah sampai waktunya.. baru lah boleh dia kami semua masuk.. hehehe.. An pulak siap kena angkat! fuh.. kuat jugak pakcik tu.. respek..

siap peace peace lak yerrrr…

ni pula gambar ‘orang-orang kuat’.. hehehehee

dan sudah tentu gambar yang dinanti-nantikan.. Pengantin Baru dan Pengantin taklah lama sangat pun.. heheehh

Oklah An, selamat pengantin baru.. walaupun dah dekat nak sebulan… hehehe.. semoga bahagia hingga ke anak cucu.. InsyaAllah jumpa di Klang pulak… hehehehe

#Pengantin kena angkat ni adat mana yer? siapa tahu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: