Pekena di Asam Pedas Hajjah Mona Taman Kota Laksamana

Dec 12th, 2015 by Man in Dunia Kami

Asam_Pedah_Hajjah_Mona_01Salam semua…

Minggu lepas hari sabtu balik kampung kat Melaka.. teringin lak nak makan asam pedas.. tengok jam pun dah pukul 2.00pm.. Selesai solat Dzuhur, ajak keluarga semua keluar ke Bandar Melaka cari kedai Asam Pedas. Sebenarnya ada jer beberapa kedai Asam Pedas yang popular di Melaka, bak kata orang standard warong tepi kedai, tapi asam pedas dia memang meletup kaw. Cuma hari tu, saja nak tengok kedai-kedai asam pedas yang banyak di war-warkan di media maya.

Untuk hari tu, ada tiga kedai mengikut senarai nak pergi tengok. 1) Asam Pedas Malinja, 2) Asam Pedas Claypot dan 3) Asam Pedas Hajjah Mona.

  1. Asam Pedas Malinja. Sampai sana dalam pukul 4.00 petang, sayang sekali masih tutup rupanya. Jadi kami ke destinasi seterusnya..

2. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Jarak antara dua kedai makan ni lebih kurang 5KM. Sampai disana dalam 4.30 petang. Tapi sayang sekali, sampai sana tengok pekerja dia baru nak setting meja. Hehehehe.. Melepas lagi…

3. Jadi seterusnya kedai asam pedas terdekat disitu ialah Hajjah Mona, dalam 500 meter jer.. Dekat dengan hotel Casa Del Rio Melaka.. Sampai sana dalam pukul 4.45 petang. Waktu operasi tengok-tengok pukul 5.00 petang. Lagipun dah ada orang yang menunggu kat dalam. Perut pun dah lapar, terus jer lah duduk kat dalam booking tempat.

Ngam-ngam pukul 5.00 petang, orang kedai ambik order. Jadi menu yang saya pilih ialah Kembung Asam Pedas dua dan satu Tenggiri Asam Pedas.

Asam_Pedah_Hajjah_Mona_03

Tenggiri asam pedas dia siap dengan telur ikan lagi. Nasi putih pula kalau set siap dengan taugeh dan telur masin. Ikan tu kalau diperhatikan betul-betul sememangnya dimasak menggunakan air asam pedas dan bukan sesetengah kedai yang rebus ikan di dalam air biasa, lepas tu bila hidang, cuma tuangkan kuah asam pedas. Jadi rasa asam pedas tu tak meresap didalam ikan. Lain dengan Hajjah Mona ni, memang nampak resapan asam pedas tu masuk dalam ikan. Saya bagi 4 dari 5 bintang, tapi ikut selera masing-masing lah kan.. Harga saya lupa dah, tapi ikan tenggiri tu sudah tentu lagi mahal dari ikan kembung. Kalau tak silap semua sekali dari RM30++ untuk 2 set asam pedas ikan kembung, 1 set asam pedas ikan tenggiri, nasi tambah satu, teh o ais, laici, milo kosong, keropok ikan dan ubi pedas. Oklah, selamat mencuba..

Asam_Pedah_Hajjah_Mona_01

Asam_Pedah_Hajjah_Mona_02

Asam_Pedah_Hajjah_Mona_04

Asam_Pedah_Hajjah_Mona_05

851335870_28220

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: