Offshore Miri

Aug 4th, 2011 by Man in Cik Abang

Salam semua..

Waktu entry ni posted, mungkin saya dah berada di tengah laut sekarang ni. Pagi tadi dalam pukul 6.30pagi 4 Ogos 2011, saya bertolak ke pelantar minyak F23 milik Sarawah Shell. Mengikut perancangan, saya akan ke F23 pada 3 Ogos 2011 menaik helikopter. Entah kenapa tiba-tiba perancangan tersebut tidak menjadi.

Akhirnya saya terpaksa ke F23 pada 4 Ogos 2011 menaiki bot. Tidak berapa pasti berapa jam untuk ek F23, mungkin 4 jam atau 6 jam. Kena lihat pada jadual kerana ada kemungkinan bot ni akan singgah di pelantar yang lain dahulu. Dah lama tak naik bot sebenarnya, jadi waktu sahur tadi sempat telan sebiji pil mabuk laut. hehehe.. Patutlah tergerak hati nak beli pil mabuk laut sebelum ke Miri ni.

Jadi, insyaAllah jika dipanjangkan umur dan tidak ada aral melintang, kita jumpa pada entry berikutnya melalui auto-post schedule. InsyaAllah saya akan balik kedarat pada 11 Ogos 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: