Offshore di Bintulu, Sarawak

Mar 10th, 2011 by Man in Cik Abang, Hot Topic

3 minggu yang lepas saya berada nun jauh dia Bintulu, Sarawak. Saya berada disana kerana tugasan selama hampir 2 minggu memandangkan ‘Major Shutdown’ oleh Murphy Oil Corporation Sarawak. Ketika  berada disana, saya berkesempatan melawat kawasan rekreasi di Bintulu dan yang paling popular ialah Pantai Tanjung Batu. Pada hujung minggu, kawasan ini penuh dengan penduduk Bintulu. Ada yang bermandi manda di pantai dan tidak kurang juga yang mengadakan barbeque bersama keluarga. Kawasan untuk barbeque sememangnya telah disediakan dan konsep ini sememangnya sangat menarik.

Kembali ke topik asalnya, saya sememangnya bekerja di sektor ‘oil and gas’. Kerja seperti ini sememangnya perlu keluar dan berjauhan dari keluarga agak kerap. Buat masa ni, agak kurang ‘outstation’ berbanding 2009 dahulu dimana hampir setiap bulan saya akan keluar merata tempat terutamanya Asia Pasifik. Mujurlah bidang tugas saya tidaklah memerlukan saya berada lama di ‘offshore’ berbanding rakan-rakan yang lain kadang-kadang perlu berada di platform berbulan-bulan. Untuk ke platform, ada platform memerlukan helikopter untuk ke sana dan ada yang hanya menaiki bot. Safety induction diwajibkan seperti BOSIET/Transfer by boat dan lain-lain lagi serta kesihatan anda mestilah ‘fit’ untuk bekerja di platform.

Di Bintulu tempoh hari, cuaca agak kurang baik. Ombak agak tinggi serta laut  bergelora, anda boleh tengok gambar diatas sewaktu bot menuju ke platform tempat saya bekerja. Yang mana tidak tahan, memang boleh muntah kerana mabuk laut. Jadi, sebaiknya anda jangan biarkan perut kosong sebelum kelaut. Kalau nak makan ubat mabuk laut juga digalakkan. Kalau cuaca buruk, yang dah ada pengalaman pun boleh muntah. 🙂

Jika cuaca sebegini, untuk berpindah dari crew boat ke platform/FPSO/FSO sememangnya sangat sukar. Oleh itu kaedah Basket Transfer digunakan atau ada juga platform menggunakan Frog. Sewaktu di Bintulu juga saya terpaksa menggunakan Basket memandangkan cuaca kurang baik. Disini saya sempat mengambil video bagaimana transfer by basket digunakan untuk pekerja offshore. Video ini diambil sebelum saya sendiriang kena t

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  • abu taib bin abu seman

    assalamualaikum tuan . tujuan saya ingin menanyakan kekosongan jawatan di onshore ataupun offshore . saye budak lepasan ilp miri . saya takder exp ataupun safety course . saya ingin betul2 berkerja dalam bidang mekanikal tersebut . mana2 kerja yang hendak di bagi dalam bidang tersebut pun saye mahu lakukan . sebab saya mahukan exp dan belajar daripada perkerjaan yang saya miliki

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: