Novel – Puncak Kasih Kita
Tajuk Buku : Puncak Kasih Kita
Penulis : Intan Arnida
Sinopsis : Hati perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagian? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di VIla Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana.
Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya.
Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga.
Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!
Related posts:
5 Comments
This entry is filed under Novel & Buku and tagged with alaf 21, Intan Arnida, novel, puncak kasih kita.
You can also follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
Or perhaps you're just looking for the trackback and/or the permalink.




best ke citer ni? slalu synopsis mcm best skali baca boring jer…
best wooo.. nak pinjam ke? hehe
best la novel ni………….
A.ah memang best..
best btul la…