Novel – Baju Pengantin Mak Andam

Jan 29th, 2012 by Man in Novel & Buku

Tajuk Buku : Baju Pengantin Mak Andam
Penulis : Areila Sahimi
Sinopsis : Aleeya dan Zain berjumpa di Majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yang pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelematkan hubungan ini? Biar yang simpul dileraikan, biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut dirapikan. Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: