Novel – Aku Bukan Mistress

Mar 15th, 2012 by Yanna in Cik Akak, Novel & Buku


Photobucket
Photobucket

 

Tajuk Novel : Aku Bukan Mistress

Penulis : Acik Lana

Sinopsis : Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa. Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sini membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang… Mikail mendera hati dan perasaanya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi. Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukuhkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: