Nasi Ayam Penyet Wong Solo

Dec 12th, 2010 by admin in Dunia Kami, Hot Topic

Fuh… korang jangan memain dengan sambal ni.. kalau dari rate 10 tahap kepedasan, aku bagi 7…. huhuhuh… Aku dengan wife aku belilah tapau Nasi Ayam Penyet Wong Solo ni kat Bangi. Kalau yang nak carik restoran ni kat Bangi, cari RHB Islamic Bank, Wong Solo ni bebetul dekat belakang RHB Islamic Bank ni..

Kalau yang beli bungkus atau makan dekat sana, inilah apa yang korang akan dapat.. Nasi putih (sedap nasi dia), ayam goreng penyet, tempey, tauhu goreng, kicap pedas manis, sambal cili, sambal terung, salad dan timun.. kalau yang tapau siap dapat tisu, sudu dan pencungkil gigi lagi.. hehehehehe

Opppssss… lupa gak, korang akan dapat air RO ni… hehehe

Rupanya diorang dapat superbrand tu… ni antara cawangan yang ada kat Malaysia ni, jadi tempat yang aku pegi tu kat Bandar Baru Bangi punya cawangan yer.. alamat dia kepada mereka yang kurang nampak;

Wong Solo, No. 8-G-1 & 9-G-1 Seksyen 9, Jalan Medan Pusar Bandar 4A, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor.

ni lak gambar-gambar yang lain, jadi selamat menjamu selera dan menahan kepedasan.. hehehehe… opsss.. lupa, harga dia ialah RM10.90 satu set… hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: