Memandu masuk ke Singapura

Jan 25th, 2012 by Man in Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

Saya rasa, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk memandu masuk ke Singapura. Perlu ambil lesen antarabangsa ke? Kereta orang lain boleh bawa ke? Ok, ini jawapannya.

Untuk warga Malaysia, tiada halangan untuk anda memandu masuk ke dalam negara Singapura dan lesen Malaysia anda sekarang boleh digunakan disana. Kenderaan anda atau orang lain juga dibenarkan. Tetapi pastikan kenderaan tersebut tidaklah disenarai hitam untuk dipanu masuk ke Singapura. Kenderaan anda tersebut hendaklah mempunyai cukai jalan serta insuran yang masih sah. Untuk masuk ke Singapura, anda boleh menggunakan samada Woodlands yang lebih berdekatan dengan Johor Bahru ataupun Tuas yang berada berhampiran Nusajaya. Sebelum ke luar negara, pastikan paspot Malaysia anda masih lagi mempunyai tarikh luput tidak kurang 6 bulan. Setelah selesai urusan di imigresen Malaysia, teruskan perjalanan anda masuk ke Singapura.

Kaunter yang pertama sekali ialah kaunter imigresen Singapura, isi borang arrival sebelum diserahkan bersama-sama dengan paspot anda. Jika anda baru mengisi borang arrival tersebut, kemungkinan besar akan mendapat alunan hon kereta dari orang-orang yang berada di belakang anda.. hehehehe

Setelah selesai segala urusan di imigresen, untuk yang pertama kali ke Singapura, ini amat penting. Anda harus ke bangunan Kastam Singapura dengan mengikuti garisan merah. Cari kakitangan yang menggunakan baju ungu dan tanyakan yang anda ingin membeli VEP (Vehicle Entry Permit). Bayaran SGD10.00 dikenakan dimana SGD6.00 adalah untuk cas perkhidmatan dan SGD4.00 untuk cash card. Jumlah cas ini juga berlainan mengikut hari iaitu samada hari bekerja atau hujung minggu. Kad ini juga boleh digunakan sebagai pembayarang parking, tol dan sebagainya. Sewaktu saya masuk tempoh hari, kakitangan VEP hanya memeriksa cukai jalan kereta sahaja. Tetapi melalui website mereka, salinan insuran hendaklah disertakan. Oleh itu, untuk lebih selamat, pastikan anda bawa bersama-sama salinan insuran kenderaan anda juga yer.

VEP ini sangatlah penting, jika anda tidak mempunyai VEP dan memandu ke dalam Singapura, anda mungkin dikenakan denda yang sangat tinggi. Oleh itu, tidak berbaloi untuk anda dan anda harus ingat yang Singapura adalah antara sebuah negara yang mempunyai undang-undang paling ketat didunia yer. Jadi sebaik-baiknya, setelah anda membeli Net Cash VEP ini, singgahlah di mana-mana 7 Eleven dan top-uplah Net Cash VEP anda itu yer. Jika anda masuk ke kawasan bandar yang mempunyai ERP(Electronic Road Pricing), anda akan dikenakan tol. Ia boleh menangkap Nombor kenderaan anda dan cas tol tersebut akan dikenakan pada anda ketika anda keluar dari Singapura nanti. Jika anda keluar dari Singapura, di Imigresen Singapura, anda harus serahkan paspot serta departure card, dan swipekan kad Net Cash VEP anda tersebut. Segala charga tol akan ditolak dari kad Net Cash VEP anda tu. Jika jumlah bayaran yang dikenakan lebih dari baki kad anda, anda akan dikenakan cas tambahan SGD10.00. Jadi, penting untuk anda untuk mempunyai baki yang cukup sebelum keluar dari Singapura.

Dari segi proses untuk mendapatkan VEP ini sama sahaja samada untuk minggu bekerja atau hujung minggu. Cuma  jumlah bayaran sahaja yang berbeza samada mengikut waktu, hari bekerja, cuti am dan cuti hujung. Jadi sebaik-baiknya, sediakan wang yang mencukupi sebelum masuk ke Singapura yer.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

  • klu x keberatan,leh bgtau x web jbtn imigresen spore…tq

  • can you share we to get the white card? is it same with embarktion card? hehe to avoid kene hon kan..so nk tau awal2..tq

    • Yup.. sama dengan embarkation card. Dia sekali, boleh ceraikan kad tu nanti.. Kad tu boleh ambil dekat imigresen. Better sebelum nak masuk ke tempat imigresen tu, parking kereta sebelum nak masuk imigresen tu, pergi terus dekat kaunter imigresen, mintak kad tu. Dapat kad tu, terus isi.. baru drive ke kaunter imigresen Singapura.. kalau dekat kaunter sana baru nak isi, kompom dapat hadiah hon kereta.. hehehehehe

  • Salam, ada limit tak penumpang ?
    sy akan naik kete gen2..4 dewasa, 3 kanak2 umur 3thn kebwh

  • klu lori 5 tan nak masuk singapura ade step die x?
    bole abg explain utk lori sbb bwk brg2 sendiri jer,
    pindah rumah dr kl ke singapura.
    pertolongan abg amat perlu dan di dahulukan dgn terima kasih.

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: