Mee Udang Sungai Petani

Jul 20th, 2014 by Man in Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

dah lama tak update blog, kesian betul blog ni. Komitmen kerja + mood berblogging mengatasi segala-galanya sekarang. Tapi insyaAllah saya cuba update sedikit demi sedikit..

Sebelum bulan Puasa yang lepas, saya berkesempatan untuk ke Petronas Chemical Fertilizer di Gurun, Kedah atas urusan kerja. Memandangkan di Gurun tiada hotel yang berdekatan, jadi saya tinggal di Sungai Petani, El Zahraa Hotel.. Hotel ni ala-ala Arab gitu.. menarik.. harga pun berpatutan.. Memandangkan saya bawa isteri saya sekali, bilik Deluxe cuma RM99 semalam.. Oklah tu untuk urusan sehari sahaja, bukannya nak buat apa pun.

20140620_132447Nak cari hotel ni, cukup senang.. cari sahaja Al-Rajhi Bank Sungai Petani, gerenti jumpa hotel ni sebabnya bersebelahan jer pun.

Setelah urusan kerja saya selesai, malam nya pula saya jalan-jalan cari makan dengan isteri. Akhirnya terpadang signboard Restoran Mee Udang, restoran ni pun tak jaduh dari hotel yang kami duduk. Saya order Mee Udang Special manakala isteri saya pula order Kuew Teaw Goreng..

Duniakami_Mee_Udang_01Udang dia memang mantap dan menurut kata tuan punya kedai, udang yang digunakan adalah udang fresh laut.. Tengok gambar atas ni memang nampak kosong, tapi sebenarnya kerusi banyak diluar dan khemah tepi tu untuk siapa-siapa yang nak order tomyam.

Gambar bawah ni menu saya yer..

Duniakami_Mee_Udang_02 Duniakami_Mee_Udang_03Duniakami_Mee_Udang_04Jumlah kecederaan untuk Mee Udang Special ini.. RM15.00.. Bezanya dengan Mee Udang biasa adalah jumlah udangnya sahaja. Jadi siapa yang nak ke Sungai Petani, boleh mencuba yer..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: