Mee Segera penyebab demam segera?

Jan 19th, 2011 by admin in Cik Abang

Hari ahad yang lepas, saya tak boleh tidur. Pusing sana, pusing sini, tak boleh tidur. Lihat jam dah pukul 12.00tgh malam. Tapi masih tak boleh tidur. Jadi pergi kat depan buka TV dan Astro, tengoklah bola antara Hotspurs lawan Manchester United. Perut pun lapar sebabnya tak makan malam pun tadi. Jadi tengok ada mee segera, masak dan makan lah (2 bungkus.. heheheh).. Dah kenyang dan perlawanan pun abis, mata pun dah start ngantuk. Jadi tidur lah dengan nyenyaknya.

Esok pagi bangun nak pergi kerja, perut dah memulas. Dekat pejabat pun menahan sakit perut. Habis kerja, balik rumah lepas mandi apa semua terus baring dan tidur. Cik Akak kata badan panas, muka pucat, kepala pening dan dia kata macam demam. Tidurlah awal malam tu selepas makan 2 biji panadol. Esok pagi nya bangun alhamdulillah dah tak pening dah. Tapi perut masih sakit, tapi kurang sedikit.

Entah apalah penyebabnya? Memang pasal mee segera ke? ke badi tengok MU lawan semalam memandangkan saya ni kipas susah mati Liverpool.. 😛

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: