Lelaki – Bujang vs dah kahwin

Jan 26th, 2011 by admin in Cik Abang, Yang Lain

gambar hiasan – kredit kepada http://aciklananeveralone02.blogspot.com

Haaaa.. almaklumlah, setelah menjadi suami orang semenjak Mac 2010, saya dapati banyak perbezaan semenjak mengakhiri zaman bujang.. hehehehe.. Cuma pada pandangan saya sahaja..

Bujang

Sewaktu jadi student, makanan kegemaran ada mee segera (jangan nak nafikan yer). Takda mee segera, boleh terbalik dunia. Kalau balik dari kampung, entah berapa stok mee segera dalam beg baju. Kalau makan di luar pula dengan kawan-kawan, ‘makan ramai-ramai, bayar sorang-sorang’. Standard lah ni, datang makan beramai-ramai siap gabung 3 hingga 4 biji meja. Sembang dan gelak pecah perut tak sedar orang keliling. Bila nak bayar, beratur kat kaunter bayar sorang-sorang. Ada yang minum jer pun tetap kena beratur bayar. hehehehe.. Keluar malam-malam jangan cakaplah, balik kadang-kadang pukul 3 pagi, 4 pagi. Lepas tu balik rumah, sambung sembang. Yang mana pandai main gitar, jadi seniman jalanan tanpa upah kat bawah lampu depan rumah. Tak tau ke jiran sebelah tengah geram nak tembak senapang gajah rasanya. Kalau ada awek sebelah rumah, tiap-tiap hari basuh kereta/motor pada yang ada. Sidai pakaian lepas basuh, saja tak pakai baju nak tunjuk body yang sekeping/boroi tough tu.. Pergi pasar malam, jumpa awek cun sedikit, dah jual minyak senyonyong. Renyih sana, renyih sini.. hehhe.. Rumah bujang pula, macam tongkang pecah. Seluar jeans sampai hapak pun tetap pakai, sebabnya jeans kesayangan. Tuala sampai hitam, sebulan sekali baru basuh (saya seminggu sekali yer). Dekat ruang tamu, semua tersadai depan tv bawa tilam/toto/kusyen/bantal busuk tengok tv reramai sampailah semua berdengkur.. ehehhe

sekadar hiasan – kredit http://sarralegend.blogspot.com

Dah Kahwin

Tidak dinafikan, masa bersama kawan agak terbatas. Ini kerana tanggungjawab menjadi semakin besar. Dah takda masa dah nak keluar malam-malam 3/4 pagi ni semua. Masa akan lebih bersama isteri tercinta. Kalau makan luar, mestilah makan bayar sekali. Takkan suami bayar sendiri, isteri bayar sendiri, anak pun bayar sendiri.. melampau lah tu.. hehehe. Dekat rumah, mee segera tetap ada stok, tapi kuantiti sedikit jer. Sekadar melepas gian. Tapi dalam peti sejuk, lauk basah penuh lah. Dapur pun asyik ‘berasap’ jer. Makan minum terjaga, pakaian apa semua. Kira rumah terurus lah. Biasalah, saya bersepah sedikit, isteri dah bagi siren amaran.. hehehehe.. Alhamdulillah..  Oleh itu, syukur kerana saya sudah bergelar suami. Ia lebih mematangkan saya dari dalam dan luar. Tapi rakan-rakan walaupun tak serapat dahulu, tapi perhubungan tidak akan terputus. Dunia Siber ni kan tanpa sempadan. 🙂 Oleh itu, kepada yang mampu, kahwinlah cepat yer, bina masjid, moga diberkati Allah… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: