Latif Ibrahim meninggal dunia

Feb 20th, 2012 by Man in Cik Abang

Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Abdul Latif Ibrahim atau lebih popular dengan nama Latif Ibrahim, 62, meninggal dunia kira-kira jam 6.06 petang di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini.

Allahyarham yang mencipta populariti menerusi filem “Hapuslah Air Matamu” dan “Dendang Perantau” dan lagu “Nora” dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sejak Sabtu lalu akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan masalah paru-paru.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hazriqk atau Eriq berkata, keadaan bapanya kritikal sepanjang hari dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan esok.

Sumber Hmetro.

 

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Antara lagu yang saya minati ialah Manis Kata Di Bibir Saja

 

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)
Man
View all posts by Man
Dunia Kami's website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. (Video) Osama Laden meninggal dunia?
  2. Pergi Tak Kembali…
  3. Sukun

2 Comments

 

CommentLuv badge

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.