Kisah ‘Supermodel Kuning’ dan hampir dihambat..
Hari ini saya dan isteri pergi ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur untuk membeli sedikit barangan elektronik. Waktu di jam tangan lebih kurang pukul 2.00ptg. Lagipun isteri saya pun belum pernah sampai di Jalan Pasar cuma pernah lalu sahaja. Hampir 3 kali pusing keliling kawasan Jalan Pasar, barulah dapat satu parking space tapi di belakang berdekatan dengan SK(L) Jalan Pasar 2. Setelah berjalan menuju ke kedai elektronik di jalan utama, saya terpandang satu ‘supermodel kuning’ yang saya cari selama ini.
Tapi saya biarkan dahulu ‘supermodel kuning’ tersebut dan saya berjanji akan bertemunya kembali setelah saya selesai membeli komponen elektronik. Hampir satu jam kemudian saya kembali menuju ke kereta dan juga menunaikan janji saya untuk bertemu semula ‘supermodel kuning’ idaman Malaya ini iaitu pili bomba. Apa yang saya ingin katakan ialah ada sebuah kereta yang diletakkan berhampiran dengan pili bomba tersebut dan juga saya/kita boleh nampak turapan telah dilakukan dari hadapan sebuah kedai hingga memasuki jalan utama termasuk kawasan rizab untuk pili bomba ini.
Kalau diperhatikan betul-betul, penutup besi bersebelahan dengan pili bomba ini juga hilang sebenarnya. Penutup besi itu digunakan untuk menutup pili yang berada didalamnya. Pili ini akan dibuka untuk menyalurkan air dari pili bomba ini jika berlaku kebakaran dikawasan tersebut. Bayangkan jika ada benda asing didalam ruang pili tersebut, mungkin ini akan menyukarkan pihak bomba untuk membuka pili tersebut. Nasib baik juga tiada benda asing didalam ruang pili tersebut, tapi tidak tahulah bagaimana esok atau lusa pula. Tetapi apa yang menyebabkan saya terkilan ialah saya hampir dihambat oleh pemilik kedai berkenaan dan mereka tidak memberi kerjasama yang sewajarnya. Niat saya untuk mengambil gambar dari dekat juga tidak disenangi oleh mereka dan saya dihalau, Terpaksalah saya mengambil gambar dari jauh secara curi-curi dan zoom sebaik yang mungkin.
Mentaliti dan kesedaran sivik sesetengah rakyat Malaysia masih lagi berada di tahap yang sangat tidak memuaskan. Bukan sahaja berkaitan dengan pili bomba ini malahan sikap pengguna jalanraya yang saya nyatakan di entry Sikap Pengguna Jalanraya Di Malaysia. Orang lain tidak akan dapat mengubah sikap kita, tetapi HANYA kita sendiri yang dapat mengubah sikap kita sendiri. Anda mampu mengubahnya.
Related posts:
8 Comments
This entry is filed under Hot Topic, Yang Lain and tagged with ondscene, ondscene.my, pili bomba.
You can also follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
Or perhaps you're just looking for the trackback and/or the permalink.





Salam,
SAngat setuju dengan anda, sikap orang malaysia memang pelik. Suka ubah orang lain dan nampak kesilapan orang, tapi lupa nak tengok silap sendiri. bila jadi sesuatu, orang lain yang salah…kita tak salah.
Saya juga kerap perhatikan kemudahan untuk oku selalu sahaja disalahgunakan. kawasan laluan oku selalu dihadang dengan macam-macam benda termasuk pasu bunga ataupun parking kereta. setiap hari kereta yang berbeza parking di tempat yang sama…bererti bukan hanya seorang sahaja yang kurang kesedaran
Anyss post cerita Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia, jom tengok!
memang betul.. kemudahan OKU antara kemudahan yang sering disalahguna oleh mereka yang ‘cacat otak’. Paling mudah di pasaraya besar, parking untuk OKU selalu disalahgunakan.. Berubahlah rakyat Malaysia..
Sikap pentingkan diri sendiri terserlah hingga mengabaikan keselamatan awam. tindakan tegas perlu diambil!
Saiful..
tindakan tegas serta ubah sifat diri tu penting.. Tanpa perubahan dari diri sendiri, masalah ni tetap berlaku dan akan tiada penghujungnya..
salam..
semua ni berpunca dari sikap… jika masih tak ubah sikap.. hingga bila-bila pun masyarakat kita tak akan berubah dan berdisiplin..
sekadar pendapat saya..
Hasmizal post cerita SERVICE ER6N 22984KM, jom tengok!
memang betul.. segalanya bermula dari sikap kita sendiri.. orang lain takkan dapat ubah sikap kita melainkan kita sendiri. Kita cuma boleh bagi pandangan dan nasihat atau tunjuk ajar jer..
[...] boleh lawat blognya di sini : duniakami.com dan beliau menggelarkan pili bomba sebagai ‘supermodel!!! 3 petang, 22 jan 2011 – Jalan [...]
[...] mendapat banyak penyertaan dari rakyat Malaysia, saya sendiri telah menghantar 3 penyertaan iaitu Kisah ‘Supermodel Kuning’ dan hampir dihambat, ‘Supermodel’ yang bersedih dan juga Supermodel [...]