Kisah si Hero, kucing yang dipotong kakinya.

Jan 30th, 2012 by Man in Dunia Kami, Uteh the Cat

Assalamualaikum semua..

Kisah si Hero ini sebenarnya sudah lama berlegar di internet, cuma kebelakangan ini barulah media masa mengetengahkan berita ini di dada akhbar, media elektronik dan sebagainya.

Alhamdulillah, masih ramai lagi hamba Allah yang berhati mulia seperti Papa Hero. Saya dan Cik Akak, sebagai seorang pencinta haiwan amat bangga dan bersyukur kerana Hero diketemukan dengan saudara Mohd Hairey Yahya yang sangat mulia hatinya. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya beliau.


Photobucket
credit http://kakimotong.blogspot.com
Sudah tiba masanya pihak berwajib bertindak lebih tegas terhadap pendera binatang, bukan sahaja kucing, malahan anjing, burung, ular sekalipun. Perkara ini jangan dipandang remeh apa lagi kita sebagai umat Islam. Saya masih ingat lagi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Kamus mengenai kucing;

Sewaktu Nabi Muhammad SAW ingin menunaikan solat, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasullah. Oleh kerana sayangnya dan hormatnya Rasullah terhadap binatang seperti kucing ini, Rasullah sanggup memotong serban tersebut semata-mata untuk tidak mengganggu kucing tersebut tidur. Subhanallah, betapa sayangnya Rasullah terhadap kucing.

Pernah dengan mengenai Abu Hurairah r.a.? Abu Hurairah r.a. adalah salah seorang sahabat nabi dan Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. atau dikenali sebagai Bapa Kucing.

Seharusnya kita jadikanlah kisah-kisah Rasullah serta sahabat sebagai satu contoh dan dorongan kepada kita untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan diredhai. Dari  Hadith riwayat Bukhari-Ibn Umar r.a., ” Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia membiarkan kucing tersebut kelaparan sehingga mati.”

Berkenaan dengan kisah Hero, jika sesiapa yang ingin mengetahui cerita yang lebih lanjut, silalah kunjungi Kaki Motong. Anda juga boleh lihat video-video mengenai kisah Si Hero dan juga Papa Hero.

 

Kepada Papa Hero, sekali lagi, 10 kali tabik saya berikan. Moga Allah limpahkan rezeki kepada saudara dan memberi pahala yang setimpal diatas keikhlasan saudara menjaga Hero serta yang lain.

Kepada yang menyeksa Hero, semoga Allah memberikan anda hukuman yang setimpal diakhirat kelak. Di dunia mungkin anda boleh terlepas, tetapi tidak di akhirat.

Ikhlas dari Duniakami.com serta Uteh.. 🙂

 Uteh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: