Kisah pasal Streamyx

Apr 27th, 2015 by Man in Cik Abang

streamyx-gst[1]

Ok, kisahnya pada Jumaat lepas, saya perasan ada ramai kontraktor/pasukan teknikal TM di kotak (nama tak pasti). Jadi mungkin maintenance biasa kot. Selepas tu internet saya tiba-tiba terputus, ‘connected’ balik dan jadi perlahan, boleh rasa perbezaannya. Untuk pengetahuan, saya melanggan pakej 4Mbps memandangkan kawasan saya tiada Unifi dan 8Mbps.  4Mbps tu lah yang paling laju.

IMG-20150424-WA0014

Malam tu saya tergerak hati nak check speedtest dan dari modem. Hasilnya..

streamyx

speedtest2

speedtest

Ternyata mereka mungkin secara tidak sengaja ‘downgrade’ pakej streamyx saya dari 4Mbps ke 2Mbps. Setelah saya hubungi pihak TM, mereka akan cuba mengatasi masalah saya pada hari kerja berikutnya jadi bermakna hari ini. Tapi setelah saya periksa, masih tiada perubahan. Sempat juga saya hubungi Twitter TM iaitu TMConnect dan meminta rebat untuk kecuaian mereka dan mereka berjanji akan menguruskan hal mengenai rebat setelah masalah saya ini selesai.. Oh Streamyx.. Sabor jer lah.. 3 hari day weiiii…

# 28/4/2015 – masih tiada perubahan. Dah telefon TM, masih dalam proses.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: