Kidzania Malaysia di Mutiara Damansara

Assalamualaikum semua..

Pernah dengar Kidzania tak? Yang pernah dengar tu, takpalah. Tapi yang tak pernah dengar tu, Kidzania adalah sebuah bandar kecil yang mempunyai perkhidmatan yang khas ditujukan kepada kanak-kanak. Merekalah yang akan menjadi pengusaha, polis, bomba, juruterbang dan sebagainya. Kidzania berasal dari Mexico dan ditubuhkan pada tahun 1996 oleh  Xavier Lopez. Kini ia mempunyai 6 cawangan yang lain di seluruh dunia. Tujuan Kidzania diwujudkan oleh Xavier Lopez adalah bertujuan supaya anak-anak boleh berseronok sambil menikmati pengalaman sebenar.

Di Malaysia, Kidzania Malaysia terletak di Curve NX di Mutiara Damansara. Berkeluasan 80,000 kaki persegi, ia boleh memuatkan 1700 pengunjung dalam satu-satu masa. KidZania menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman hiburan untuk kanak-kanak di bandar tetapi bersaiz kanak-kanak. KidZania  memberi inspirasi kepada anak-anak untuk mengejar impian hidup mereka dengan meneroka serta merasai untuk tinggal dan bekerja di bandar seolah-olah berfungsi dalam dunia sebenar.

KidZania menyasarkan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 14 tahun di mana mereka boleh memilih antara 90 aktiviti daripada 60 syarikat. Secara ringkasnya, KidZania membolehkan anak-anak untuk membesar di bandar mini mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kecil dan bayi yang berumur 0 hingga 3 tahun, terdapat satu bahagian khusus yang terletak di tingkat Mezzanine yang dipanggil ‘Urbano, House’.

Kidzania juga telah mata wang sendiri yang dipanggil KidZos, dan kanak-kanak boleh mendapatkan KidZos untuk membayar barangan dan perkhidmatan dan juga ia boleh disimpan di dalam kad ATM (hanya laku di Kidzania sahaja yer.. )! KidZania bekerjasama dengan syarikat sebenar yang turut sama membantu dalam memberikan pengalama sebenar seperti; perkhidmatan perbankan dan kad ATM disediakan oleh CIMB Bank, AirAsia untuk rakan kongsi syarikat penerbangan, KPJ Healthcare untuk hospital, Dell untuk komputer dan sebagainya.

Kidzania memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menentukan minat mereka sendiri seperti ingin menjadi peguam, polis, ahli bomba, doktor dan sebagainya. Setiap aktiviti boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan. Ibu-bapa tidak dibenarkan bersama-sama mengikuti aktiviti mereka kecuali teater dan studio tv. Ini bertujuan untuk memastikan kanak-kanak ini lebih bersifat independence serta segala kemahuan dan keputusan adalah di atas tangan mereka sendiri. Tetapi anda jangan risau, kerana setiap kanak-kanak akan disertakan satu gelang khas kawalan radio untuk memastikan lokasi mereka, seperti GPS lah katakan..

 

 

KidZania dibuka dari hari Isnin pukul 10.00 pagi -  hinggat hari  Jumaat pukul 5:00 petang  dan kanak-kanak boleh bermain di sana sepanjang hari. Untuk hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sesi, iaitu pukul 10.00 pagi – sehingga 3.00 petang dan 4.00 petang  sehingga 9.00 malam.

 

 

Yuran masuk adalah seperti berikut:

Kanak-kanak kecil (3 tahun dan ke bawah) – RM35 (MyKad & Bukan-MyKad)

Kanak-kanak (4-14 tahun) – RM55 (MyKad) / RM75 (Bukan-MyKad)

Adult – RM35 (MyKad) / RM55 (Bukan-MyKad)

Warga Emas – RM30 (MyKad & Bukan-MyKad)

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari laman web Kidzania Malaysia dia http://www.kidzania.com.my/ atau boleh menghubungi mereka di 1 300 88 Kidz (5439) – 9.00 pagi hingga 8.00 malam (Isnin hingga Ahad).

info dan gambar di petik dari Kidzania.com.my dan Venusbuzz.com

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)
Man
View all posts by Man
Dunia Kami's website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Dunia Kami and tagged , , by Man. Bookmark the permalink.

About Man

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)

8 thoughts on “Kidzania Malaysia di Mutiara Damansara

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge