Kerja sendiri atau makan gaji?

Apr 13th, 2011 by Yanna in Cik Akak, Hot Topic

As Salam semua… 🙂

Di sini ada satu persoalan yang saya nak lontarkan.. Jika kita diberi pilihan samada berkerja sendiri atau makan gaji dengan kerajaan or swasta,mana satu pilihan anda??? Dan kenapa anda pilih jawapan itu??? Uuhuuhuhu

Dan kalau saya dalam situasi ini dan memang pun sekarang berada dalam dilema ini… Dan saya lebih suka memilih berkerja sendiri. Kenapa?? Banyak sebabnya..

Antara sebab2 nya ialah :-

1. Saya tak perlu lagi tadah telinga untuk mendengar bebelan dari boss saya. 😉

2. Lebih bersemangat dan bermotivasi untuk berkerja. Sebabnya kalau kita takdr nie semua…mana kita nak dapat duit kan untuk bayar macam2.

3. Banyak masa boleh diperuntukan untuk family

4. Tak perlu pening2 lagi untuk pikir soalan apa yang akan di tanya masa interview nanti.. 😉

5. Takdr lah lagi sakit hati nak hadap politik pejabat..

Ini antara sebab2 nya saya lebih suka berkerja sendiri,tapi buat masa sekarang…saya masih lagi makan gaji.. Jadi terpaksalah lagi dengar itu dan ini dari boss.. “Yes boss!!” 😀

Tapi apapun kerja yang dipilih,kerja sendiri ataupun makan gaji ker..Yang pentingnya kita mesti memastikan kerja kita tu halal dan berkat.. Makan gaji perlulah ada rasa tanggungjawab,jangan menyeleweng,curi tulang dan macam2 lagilah.

Kerja sendiri pula, Kita mestilah rajin berkerja,Dan yang paling mustahak jangan cepat putus asa.. Ini kerana semuanya ditanggung oleh diri sendiri kan.. Eehehee .. Ingatlah rezeki lebih untuk mereka2 yang berkerja sendiri iaitu dengan berniaga.. 9/10 kan.. Tapi apa2pun bersyukurlah dengan rezeki yang ALLAH berikan ini…

Akhir kata,Kepada sesiapa yang masih belum berkerja atau tengah berkerja or berkerja sendiri.. Apa kata kongsi pendapat anda di sini.. Sharing is Caring kan… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  • kerja sndiri mmg lg byk kelebihan, tp modal xda, terpaksa keja makan gaji dulu

    • Saya memang berminat untuk kerja sendiri.. Tapi betul kata saudara, modal takda, tak kemana.. kena kumpul modal dulu.. tapi dalam masa sama boleh buat pinjaman dekat badan2 kerajaan yang telah diberi mandat untuk memberi bantuan macam PUNB, Tekun.. ok juga kan? heheh

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: