Kelebihan bulan Syaaban

Jun 20th, 2012 by Yanna in Cik Akak

Assalamualaikum semua..

wahh.. lama betul dah blog ni tak berupdate yer. Komen/soalan untuk Cik Abang pun dah bertimbun-timbun. Minta maaf yer, cik abang agak bz sekarang ni. InsyaAllah, nanti dia balas lah komen-komen tu semua…

Ok, mengenai Bulan Syaaban, persoalannya, apa yang boleh dilakukan di Bulan Syaaban ni?

Aisyah r.aha menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud,

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

 

Marilah kita bersama-sama berpuasa di Bulan Syaaban ni. Sesungguh Rasullah S.A.W. sangat menggemari bulan Syaaban dan berpuasa sepenuhnya di Bulan Syaaban..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: