Jom ke Meletop Steamboat & GRILL

Aug 22nd, 2015 by Man in Dunia Kami

Baru-baru ini kami berkesempatan untuk merasa penangan Meletop Steamboat & Grill ni yang agak popular di Johor. Al maklumlah, balik kampung sebelah isteri, lepas tu Along bermurah hari nak belanja Steamboat katanya. Jadi Meletop Steamboat ni lah menjadi pilihan. Perjalanan lebih kurang setengah jam juga nak ke sana. Alhamdulillah sempat buat tempahan sebelum nak kesana, selepas Isyak insyaAllah sampai.

Sampai ke sana dalam pukul 9.30 malam, dah penuh orang. Yang menunggu meja kosong pun dah que panjang..

Pilihan memang banyak, cuma sayang hari tu nasi beriani takda pula. Memang ramai yang datang, berebut nak ambil pinggan, sudu, senduk. Habis semuanya… huhuhuh.. cuma kawasan tempat letak kereta agak terhad dengan keadaan agak sempit. Alhamdulillah, dengarnya tuan kedai nak pindah ke kawasan berdekatan yang lebih selesa dan mudah untuk letak kenderaan. Alhamdulillah.. Boleh saya katakan, antara steamboat yang terbaik di Johor dari segi pilihan makanan dan harga. Wajib pergi.. 😀

Boleh guna map dibawah ni kalau nak ke sana..

Untuk pautan ke page Facebook diorang, boleh tekan link ni.. Meletop Steamboat & Grill

100% Restoran Buffet – Konsep ‘All You Can Eat’Lebih 100 menu termasuk Makanan, Minuman & desset menanti anda !Harga…

Posted by Meletop Steamboat & GRILL on Monday, 27 July 2015

11754755_1626608857592852_7083442569584488374_o[1]

Selamat mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: