Jeruk Buah-Buahan di Bazar Chowrasta Pulau Pinang

Apr 19th, 2011 by Man in Dunia Kami

Sewaktu bercuti di Pulau Pinang tempoh hari, kami dapat banyak ‘tempahan’ buah jeruk dari sanak saudara dan sahabat handai. Hehehehe.. Mula-mula tanya orang sekeliling, Bazar Chowrasta katanya. Pusing punya pusing, tak jumpa juga. Cari dekat Encik Google pun tak jumpa. Akhirnya jumpa juga melalui GPS lagi.. Setelah parking kereta, kami berjalan menuju ke Bazar Chowrasta tu. Sebelum sampai disana, kami lalu lah tempat jual magnet peti sejuk.

Bazar ChowrastaHaaaa.. kalau wife saya ni dah berhenti siap tenung semacam, maknanya lepas beli jeruk, kena singgah beli lah lepas ni.. hehehehe..

Sampai di sana kami terus masuk ke Bazar Chowrasta, cari punya cari punya cari tak jumpa kedai yang disebut-sebut oleh rakan kami.

 

Bazar Chowrasta

Bazar ChowrastaAkhirnya kami mengambil keputusan untuk keluar dan melihat disebelah Bazar Chowrasta ni. Akhirnya kami disapa oleh seseorang dan menunjukkan lokasi kedai tersebut. Kedai yang kami cari ialah Nasir Jeruk!

Bazar ChowrastaMasuk sahaja ke dalam kedai Nasir Jeruk ni, ternampak begitu banyak buah jeruk.

 

Bazar ChowrastaKakak kedai tu pun ramah orangnya. Dialah yang sarankan saya untuk ambil gambar sebanyak yang mungkin. 🙂

 

Bazar ChowrastaBuah Ceri Jeruk

 

Bazar Chowrastamacam guli.. heheh

 

Bazar ChowrastaBuah Pala Jeruk

 

Bazar ChowrastaBuah Mangga Jeruk

 

Bazar ChowrastaBuah Betik Jeruk

 

Bazar ChowrastaBuah apa entah lupa.. 😛

 

Bazar ChowrastaBuah Kedondong Cili.. sedap betul ni.. ada kata buah amra atau ambra. Tapi saya biasa dengan kedondong jer.. heeh

 

Bazar ChowrastaGeram betul tengok jeruk-jeruk yang ada.

 

Bazar ChowrastaPintu masuk kedai

 

Bazar ChowrastaLagi buah-buah jeruk

 

Bazar Chowrastadan lagi.. 🙂

 

Bazar ChowrastaJajan/makanan ringan pun ada jual..

 

Bazar ChowrastaAir Zam-Zam, madu, Air ECPI pun ada.. heheh

 

Bazar ChowrastaSebelah Bazar Chowrasta, anda akan dapat lihat papan tanda biru ni. Jangan ragu-ragu untuk pergi ke Nasir Jeruk yer. Apa yang bagusnya ialah mereka tidak menggunakan cuka untuk membuat jeruk buah-buahan ni. Memang saya rasa tiada rasa ‘gas’ waktu makan buah-buahan jeruk ni. Cuka sememangnya tidak elok untuk kesihatan yer..

 

Bazar Chowrastadi sekitar Bazar Chowrasta

 

Bazar ChowrastaKalau nak cari Bazar Chowrasta ni, cari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Berdepan jer.

 

Bazar ChowrastaHotel Cititel dan Mydin pun dekat jer. Jadi siapa yang duduk dekat Hotel Cititel, boleh lah beli jeruk buah ni dekat Bazar Chowrasta.

 

Bazar ChowrastaNasir Jeruk boleh nampak papan tanda dari jauh lagi.

 

Bazar ChowrastaKawasan ni agak sesak waktu puncak. Kalau nak pergi, pergi pagi-pagi yer..

 

Bazar ChowrastaJalan Chowrasta

Bazar ChowrastaModel Jeruk Buah-Buahan. Merah macam ceri jeruk.. heheheheeh

 

Bazar Chowrasta

Seperti yang saya nyatakan tadi, kami berdua ‘tersangkut’ di tempat jual magnet petisejuk ni. Gambar isteri saya tengah pilih saya tak ambil sebabnya saya sendiri pun sibuk pilih magnet.. heheehe

 

Bazar Chowrasta

Gelap mata tengok magnet peti sejuk yang ada. Harga pun ok lah, RM10 untuk 3.

 

Bazar Chowrasta

Laju berjalan jer isteri saya ni. Dah dapat jeruk laju jer berjalan yer.. tunggu lah… hehehee.. Untuk entri berikutnya, saya akan share satu tempat makan menarik. Tunggu yer..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: