Jawatan yang ada di pelantar minyak offshore

Assalamualaikum semua..

Oklah, sambungan dari entry saya sebelum ini iaitu di sini. Tapi sebelum tu, saya ingin minta maaf sebab lama dah tak update. Maklumlah, agak sibuk. Pekerjaan apa yang ada di pelantar minyak yer?

Ok, pekerjaan atau jawatan di pelantar minyak sebenarnya ada banyak, bahkan berlainan dari pelantar-pelantar lain mengikut syarikat. Bahkan berbeza juga mengikut negara.

Pelantar minyak selalunya akan dikepalai oleh OIM atau Offshore Installation Manager. OIM adalah jawatan paling tinggi di dalam pelantar minyak, nama pun dah manager kan. Gaji dia paham-paham jer lah yer, puluhan ribu ringgit hhehehe. Nak jadi OIM ni bukan senang, kena tahu selok belok pelantar dari bawah sampai lah atas. Selalunya OIM ini adalah dari bawahan sekali, contoh nya ialah dulu dia Technician, lepas tu Senior Technician, naik lagi jadi Team Leader, Supervisor dan naik ke OIM. Tapi sebelum tu kena ada kursus dulu, bukannya naik OIM macam tu jer. Tapi seperti saya katakan, jawatan yang lompat-lompat tu berbeza daripada pelantar-pelantar minyak yang lain. Kebanyakan pelantar minyak akan ada seorang OIM sahaja, tetapi ada yang dua seperti di FPSO Ngujima Yin di Australia. Saya pernah ke FPSO ni beberapa kali dan mereka ada dua OIM iaitu seorang daripada Woodside dan seorang daripada Maersk. Maknanya setiap shareholder ada OIM masing-masing, dan sudah tentu tugas mereka berdua adalah berbeza supaya tak berlaku overlap antara satu sama lain.

Selepas OIM, dibawahnya ialah Team Leader atau Supervisor. Saya ambil Supervisor sebagai contoh, Supervisor juga ada bahagian masing-masing seperti Operation Supervisor, Maintenance Supervisor, Process Supervisor, Electrical & Instrument Supervisor, Mechanical Supervisor. Mereka ini boleh dikatakan antara yang paling senior dalam pelantar minyak tersebut.

Selepas itu adalah Senior Technician dan juga Technician. Tidak lupa antara jawatan yang penting adalah Medic, Medic bolehlah dikategorikan sebagai Radio Operator dan juga doktor. Ada juga pelantar minyak mengasingkan antara Medic dan juga Radio Operator. Jawatan yang lain jugak adalah Camp Boss iaitu ketua kepada keperluan kita ketika berada di pelantar minyak. Mereka inilah yang menjaga keperluan lain seperti makan, tempat tinggal, basuh pakaian dan sebagainya. Di bawah mereka inilah chef, pembantu tukang masak, tukang basuh baju dan sebagainya. Berbeza dengan pelantar minyak, ada yang membezakan Camp Boss dengan Ketua Chef, ada jugak yang sekalikan. Oklah, insyaAllah nanti saya sambung lagi untuk entry berikutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

284 thoughts on “Jawatan yang ada di pelantar minyak offshore

  1. bang sy nk tny mcm mne jika pelajar yg bru lepasan spm untuk memasuki plantar minyk….n jika sy memilih bidng juuteknik elektrik dtmpt mne yg membolehkn sy untuk smbng blajar n slps tu blh msuk plantar minyak….

  2. bang sy nk tny ag ek kebiasaanny borang permohonan untuk memsuki plantar minyak ble ek…ag2 sy nie msh sek menengah tp sy minat sgt2 untuk memasuki plantar minyak…sbgi contoh borang akn mlu dibuka bagi sesi 2013 ble ek…sbb thn sy akn menduduki spm n klau blh lepas spm sy trus nk aply mohon…

  3. ok bang sy akn sntise rjin2 bkak blog nie sbb sy mmng nk sgt2…agpn rmi kwn2 sy pn nk jgk krja yg cm sy nk nie…

  4. salam cik abang…
    saya berminat nak bekerja offshore dan oil rig…
    bagaimana cara untuk bekerja disana?
    saya seorang tentera laut dan tahun depan saya akan tamat perkhidmatan tentera.
    dlam tentera saya sebagai radio operator..
    saya ada BST dan FTA

    • Wassalam…

      Kebanyakan platform dekat Malaysia ni memang ada Radio Operator. Satu shift ada seorang Radio Operator. Jadi selalunya ada 2 Radio Operator untuk satu platform sebabnya 2 shift. InsyaAllah, ada info pasal Radio Operator, saya akan inform di sini..

      • saya pun radio operator gak bang,,minat la ngan kaje pelantar2 ni,tp nak dapat kaje ni apa yg perlu saya buat..tp saya masih berkhidmat dlm TLDM 2014 akan tamat perkhidmatan..boleh x abang terangkan mcm mane cara2 utk saya mohon pekerjaan ni,terutama sebagai radio operator..n just nak tanye bpa gaji sbg radio operator,,tq

  5. salam., sy mngambil kos sains komputer di ump.. n sy berhasrat utk menyambung ke dgree dlm software.. boleh x sy keje di offshore akan dtg??????????????

    • Wassalam… Kalau berkaitan perkomputeran, jawatan yang paling popular ialah DCS Engineer (Distributed control system). DCS Engineer tugasnya ialah implement process control, SCADA, PC Network dan sebagainya. Ia juga lebih kepada programming. Sebagai contoh, di platform ada banyak jenis instrument, meter, proses dan sebagainya. Jadi tugas DCS Engineer ini adalah untuk masukkan segala jenis instrument, meter tu tadi kedalam satu system supaya ia boleh dimonitor oleh client. DCS Engineer ni perlu mahir dalam bidang programming. Antara syarikat yang popular ialah, http://www.yokogawa.com/my/, http://www.ap.emersonprocess.com/Malaysia/, http://www.abb.com.my/, http://hpsweb.honeywell.com/Cultures/zh-SG/AboutUs/Contacts/Malaysia/default.htm dan banyak lagi..

        • DCS Engineer ni jenis kerjanya duduk lama. Dari dekat fabrication yard, sampai lah platform hantar ke offshore, kerja diorang ni takkan pernah habis. Ada yang sampai 5 tahun operation pun masih belum handover sepenuhnya kepada client. Jadi anda boleh expect gaji mereka agak lah lumayan. Lumayan bukan kerana basic, tapi kerana offshore allowance. Kalau gaji RM4000, elaun offshore satu hari RM300, duduk offshore ada yang 3 minggu.. dah berapa dah dapat… heehehe.. tapi tengok company DCS tu jugak.. ada company dcs basic kecik, tapi allowance besar.. ada company dcs basic gaji besar, tapi allowance kecik.. huhuhuhu

    • Kalau luar negara, memang lagi mahal… tak dinafikan… ada yang allowance sehari USD500 pun ada, tu biasa jer tu… belum lagi yang specialist..huhuhuh..

  6. A’kum bang, nak tanya nak jadi radio operator apa syaratnya, dan umur maksimum brape dan gajinya brape

    • Wassalam..

      Sorry lambat reply, agak busy dengan kerja baru nih… Nak jadi radio operator, dah tentu kena ada sijil radio operator. Setahu saya, antara sijil yang acceptable ialah GLOBAL MARITIME DISTRESS AND SAFETY SYSTEM. Boleh refer dekat link ni. . Sepanjang saya kerja offshore, saya tengok radio operator kebanyakannya dah senior. Jadi saya rasa job ini long lasting. Tapi dah tentu ada umur maksimum dan sesuai untuk pencen dah.. tapi saya tak pasti berapa tahun. Gaji pulak, tengok pada pengalaman dan juga sijil yang ada.. setakat yang saya jumpa dan korek-korek tanya, kebanyakkan daripada mereka gaji RM7K ke atas..

      Antara job Radio Operator ialah handling helicopter schedule, boat schedule, material boat schedule, crew change schedule, bahkan ada juga yang akan jadi weather forecast monitoring dalam masa yang sama.. Tapi confirm, radio operator sangat-sangat penting..

      • oh..best best…nak mohon mcm mne bang?sijil dari tentera laut laku x bang..sbb sya pun sbg radio operator gak skg ni dlm tentera laut..

  7. salam.sy brkerja dilmbungn kapal.sbagai pkrja mhir dlm bidang mkenikal.jika sy nk mnceburi kje di off shore,bhagian ap yg ssuai untk sy?

    • Wassalam..

      Itu kena lihat pada sijil apa yang ada.. Apa yang ada di limbungan/fabrication yard, ada juga dekat offshore. Cuma extranya dah tentu offshore perlu ada BOSIET etc. Jika saudara ada sijil/diploma mekanikal, boleh mohon jadi juruteknik. Welder pun ada, rigger, fitter dan sebagainya. Boleh cuba apply melalui syarikat manpower dulu macam Petra, Dayang..

  8. Saya ni ada pengalaman belayar kapal tangki petroleum selama 6 tahun.. di bahagian teknikal.. ada ke peluang untuk kerja di offshore.. kos untuk ambil BOSIET mahal ke.. ataupun ada tak mana2 company yang boleh support untuk ambil BOSIET ni..

    • Peluang kerja offshore tu memang ada, apa lagi kalau ada pengalaman. Cuma kena peka dengan iklan-iklan kekosongan jawatan syarikat-syarikat tersebut. Lagipun, kadang-kadang diorang ni tak iklankan dekat surat khabar, Jobsdb, jobstreet, kebanyakannya diorang iklankan dekat website diorang sendiri.. Saya sarankan cuba apply melalui syarikat manpower dulu.. BOSIET ni kalau duit sendiri memang mahal. hehehee.. Untuk BOSIET + Boat Transfer dengan OPITO Approved dalam RM2500 untuk kursus 3 hari. Tak termasuk hotel/transport… tapi selalunya syarikat yang hantar.. Tapi kalau ada duit lebih, nak buat sendiri pun boleh… hehehe

  9. saya lepasan sijil kejuruteraan awam tetapi berminat nak kerja kt pelantar minyak ni..apa pendapat abang??ada ke jawatan yg sesuai dgn sy??

  10. slm cik abang sy nk tahu lg jika sy dh ada BOSIET dgn opito approved,bgaimanakah cara sy nk memohon bekerja di pelantar minyak sbagai oprtr crane..

  11. salam bang nk tanya cikit.saya ada diploma electrical engineering instumentatin…bleh nk apply kat INSTEP?..ada x kursus electrical engineering kat instep…??bleh x keje kat offshore?

    • Wassalam..

      Boleh.. takda masalah.. kerja offshore tu memang boleh, tp kena tengok requirement juga.. heheeheh.. Electrical mmg ada, dont worry..

      • bleh x apply instep kalau saya belum dapat diploma lg…tapi saya dah habis bln4….dapat diploma dalam bulan 7..tapi permohonan dah bukak bulan4..?bleh komen…

  12. salam bang..sy insylah hujung tahun ni praktikal ..camne na mhon bkrja di offshore..skrang jrsan dip.mek.gas ikm johor..n bru ni de bwat NDT penetration n bru mhon ngn jkkp boilerman gred tu..ape mgkin n mtak nshat utk bkerja di pelantar bang..basic piping n psal ntural gas ade,cume downsrteam jla
    helmi post cerita BEKERJA OFFSHORE ATAU PELANTAR MINYAK, jom tengok!

      • alhamdulillah bang sy da lulus NDT penetration gred 2..n insyaAllah hjung tahun ni interview untuk boilerman gred 2 dan gas fitter 1 dgan JKKP dan ST..klu llus mtak abg Man guide sy..kabel petronas besa gak ni bang Man ..dkat kerteh n Filipina..guide sy bang

        • em ag stu bang Man insylah blan 9 ni na amek NDT ultrasonic testing plak..tq bang guide sy ok..bab sy ade plan na kerja di laut dlu target 5 tahun pastu bru turun darat dan pakai sjil boiler plak di darat..

  13. salam bang-sy ada sijil skm level 1,2 electrical&senior electrical technichian level 3. disini sy ingin bertnya kursus apakah yg wajib diambil utk memudhkn sy bkrja di pelantar minyak.ada rkn yg syorkn kursus sea surrve di SEQU OFF SHORE.
    Sy juga ingin tahu company ape yg menawarkn pluang krja dlm kmahiran sy,tqvm.

    • Salam.

      Sea survivor atau singkatna mudahnya BOSIET, satu kursus wajib kalau nak naik offshore di Malaysia bahkan di dunia..

      Kalau electrical, boleh cuba Carimin..

  14. assalamualaikum..

    abg saya nak tanya kalo…saya ada pengalam dalam bidang sever and system…tp saya just ade spm jew…boleh mohon kew..?

  15. salam bag..tpang tnya sy ny lepasan bljr sijil thap 2 dlm bdang istrument…sy brminat sngat untk krja ats kapal,sy xad cos kapal..blh ke abg tlng sy cri kn krja untk sy…..

    • salam..

      bagi saya, upgrade diri sendiri lebih kehadapan.. sijil instrument tu dah ok, tapi tambah lagi. Kalau minat kapal, cuba mohon ALAM, ada rezeki dapat jadi fifth engineer kapal untuk permulaan. lepas tu pergi forth sampailah chief engineer..

  16. salam, saya nk tanya bg pihak abg sy,kalau dia ada spm tp tak credit BM, ada peluang ke dia nak apply keje kat pelantar myk ni? tp pas2 spm dia byk dok keja jadi technician la..tq

    • Wassalam..

      Untuk ni saya tak berapa pasti.. tapi kebanyakan requirement orang bekerja offshore (enduser), dia cuba tanya kelayakan tertinggi yang ada.. Tapi memandangkan ada pengalaman, mungkin boleh mohon sebagai manpower dahulu sebagai permulaan.

  17. salam,sy bekas anggota tentera dan pernah berkhidmat dalam angkatan tentera darat selama 16tahun,sekarang sy ingin bekerja di pelantar minyak tak kisah lah dalam apa jua bahagian,terima kasih,salam.

  18. Assalamualikum Man,

    Anak akak akan mengikuti program kelasi kapal dan pelantar minyak bulan depan. Sebagai ibu, akak risau tentang kekosongan pekerjaan anak akak nanti…senang ke nanti dsbnya. Nampaknya Man mempunyai banyak maklumat dan pengetahuan bidang kelasi dan pelantar minyak.

    Tidak keberatan ke untuk bertanya tentang peluang pekerjaan dan bagaimana untuk membuat persediaan tersebut agar anak akak nanti tidak menganggur…

    Terima kasih.

    • Wassalam Kak..

      Kekosongan untuk sektor Marin dan jugal Oil & Gas memang sentiasa ada. Marin dan juga Oil & Gas saling kait mengait dan Malaysia antara pengeksport LNG terbesar dunia.. Jadi peluang tu memang ada, tetapi dapat atau tak dapat kerja kak, itu bergantung pada rezeki juga. Cuba perbanyakkan lagi kursus.. seperti kursus asas elektrik ker, kursus asas piping ke, serba sedikit ia akan membantu..

      Kalau Marin, cuba mohon ALAM.. Manalah tau boleh jadi Chief Engineer (naik secara berperingkat) yang gajinya ada yang RM40k sebulan.. huhuhuhu

  19. bleh tau x kelebihan masuk instep nih??boleh bagi pendapat antara masuk degree electrical engineering or INSTEP?

    • kelebihan Instep, ia boleh memberi sedikit exposure bagaimana bekerja di sektor Oil and gas… Sebagai contoh.. jika ada diploma elektrik, anda masok Instep, ada akan dapat pendedahan bagaimana tata kerja elektrik di bidang oil and gas.. lebih kurang begitu..

      Kalau degree electrical or instep, saya sarankan secara peribadinya ambil degree electrical.. :)

  20. bleh tau mengapa abg sarankan amik degree electricel?kalau saya amik degree electrical peluang dalam oil n gas cerah x?tq

  21. trima ksh en man sbb bg pndapat,ade tak compny yg mnwarkn kpd pkrja,kite bkrja dhulu kmudian mreka akn hntar ke kursus bioset?kmudian kita akn byr smula mlalui potongan gaji.mklumlah byrn kursus tu dkt 3ribu…

    • selalunya company akan bayar untuk buat kursus ni. Rasanya takdalah potong gaji pun sebabnya itu adalah tanggungjawab syarikat sebenarnya, tapi mungkin kiter kena ikat kontrak setahun ke, 2 tahun ke.. tengok juga pada syarikat..

  22. asalamualaikum bang… entry abg nh sgt bermakne buat saya.. saya pelajar lepasan diploma culinary art, saya amat berminat dalam bidang masakan untuk offshore.. abg boley x berikan sedikit laluan utk saya apply dalam bidang nh.. nasiahat atau guideline yg sy bagi sgt sy hargai… wat ms skarang saya br shj anatar resume utk company gourmet offshore sdn bhd.. sbg cook utk permulaan sy

    • pastikan kesihatan fit.. itu yang penting kalau nak kerja offshore ni.. peraturan Petronas skrg, BMI tak boleh lebih 33.. jgn mudah mengalah, cuba dan cuba dan cuba.. insyaAllah peluang tu ada.. platfrom kat Malaysia ni bukan 1 atau dua jer, melambak.. insyaAllah peluang tu ada.. :)

  23. Assalamualaikum Abg,

    Saya skrng berada di akhir semester pengajian saya dalam bidang pengurusan minyak dan gas, majoring saya adalah dalam bidang pentadbiran perniagaan (BBA oil and Gas management)

    setahu saya di pelantar minyak terdiri drpd engineer atau org yg ade technical background dan juga org2 operation, medic dll.

    saya cuma nk tanya adakah saya ada peluang bekerja di pelantar minyak? jika ada apakah position yg biasanya diberi kepada graduan sprti saya?maklumla ramai yang ke pelantar minyak terdiri drpd engineer tpi sy xprnh dgr org dri bidang pengurusan pergi keja kt sana mne tau kot2 ada dptla sy ke pelantar minyak dptla capai impian sy dri skolah menengah lagi

    • memang benar.. sebenarnya majoriti orang bekerja offshore tu adalah background technical. untuk bekerja sebagai operation team, mungkin agak sukar bg pendapat saya..mungkin boleh bermula sebagai vendor atau manpower..

  24. SALAM..BOS..NAK TANYA..SY UMUR 22..MASIH MNUNTUT DI POLITEKNIK,KOS DIPLOMA KEJ MEKANIKAL (AUTOMOTIF)…ADA TAK JAWATAN YG SESUAI DGN KLAYAKAN SY UNTUK KERJA DI PELANTAR MINYAK?

  25. salam bang cht kew??
    Bleh tak abg snraikan stu dua name company yg nk pkai pkerje..
    Helper pun jd lah…
    Sy da ade M-BOSET,medical,smart card sume..
    Tp susah nak apply kje sbab xde pnglaman kje kt offshore..so rase mule dari helper pun okey la kot..

    • salam.. Alhamdulillah sihat..

      kalau tak silap saya sekarang, Petra Energy nak pakai orang.. cuba apply sana.. rasanya dpt mega job tu kot diorang..

  26. SALAM…CIK ABG..

    SEKARANG SAYA BERTUGAS DI TELEKOM MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN…SEBENARNYA SAYA BERMINAT UNTUK BEKERJA DI DI PALNTAR MINYAK SEJAK LEPAS SPM DULU..SEKARANG UMUR SUDAH 29 TAHUN..APAKAH SAYA MASIH LAYAK UNTUK BEKERJA DI OFFSHORE…DAN APAKAH WEBSITE YANG PATUT SAYA RUJUK..

    • wassalam..

      kerja offshore tak kira umor.. ada yang umor 55 tahun pun g offshore lagi.. cuba rujuk syarikat2 yang supply manpower.. mcm Carimin, brunel, dll…

    • wassalam..

      carimin tu syarikat kontraktor.. saya pernah bekerja dengan juruteknik diorang di Kerteh.. selain daripada tu, mereka juga supply manpower untuk shutdown.. bg saya terima jer, insyaAllah ada peluang diorang antar ke offshore.. :)

  27. ..salam, bang nk tye nih.. kalu nk g opshore. tubuh badan nk sihat ke? kalau kurus boleh ke? sebab aritu ayah sdara sy dpt gi dubai. dia kne turunkan berat badan. alhamdulillah dpt. tp kalu rabun jauh/dekat cmne ? boleh? hehe.. boleh abg terangkn x mcm mana cara kerja2 elektronik @ elektrik kat sna? adakh sma kat darat. atau berlainan?

    • salam..

      sudah tentu wajib sihat.. sebabnya medical kena lepas dahulu baru boleh pergi offshore.. syarat2 Petronas sekarang.. BMI mesti tak boleh lebih 33… rabu tu rasa saya takda masalah pun.. kerja2 elektrik, memang banyak di platform.. elektronik pulak kebanyakan lebih kepada instrumentation dan jugak system..

  28. ..bang ade se agi soalan. ayh sy dulu kerja bahgian storekeper. (xthu la betul ke x eja ni..) kerja tuh mcm mna yer? dn apa kelulusan?

    • storekeeper ni menjaga stock di dalam store.. macam gak sparepart dsbnya.. setiap sparpart ada stock list.. jadi perlu jaga stock agar mencukupi, nnt takdalah technician nakkan gasket, dekat store takda stock lak.. jd tugas store keeper, pastikan benda tu ada.. kebanyakan platform & refinery yg saya pergi, mmg itu tugas mereka..

  29. salam,, saya bkrja sbgai penolong pegawai perubatan @ medical assistant. berminat tuk bekerja di tempat tuan,, masih ad kekosongan?

  30. abang2 nak tanyer kalau amek kat maner2 jer diploma elektrik kan ,, boleyh tak nanti degree sambg kat instep ,, adakah sambg kat instep lebih berbaloi ,,
    abang tolong bagi cadangan , orang tua saya nak sangat saya kerja dengan petroleum ni …

  31. salam
    abg sy nak tanya,jika kita ad kelulusan senibina,pengurusan pembinaan kita ad pluang tuk kerja x..?
    kat sana ada nak guna pekerja yang buat critical path method(CPM) x?

  32. salam bang..sy nk tanya..sy ada diploma penolong pegawai perubatan..boleh apply ke kt offshore?? apa peluang pekerjaan yg ada untuk pemegang diploma mcm sy?? itu shj bang…terima kasih.

  33. SAYA NAK TANYA ADA KERJA KOSONG LAGI TAK DI PELANTAR MINYAK…DULU SAYA SCAFFOLDER DI PELANTAR MINYAK TERENGGANU..
    BOLEH BAGITAHU SAYA TAK MACAM MANA NAK HUBUNGI PIHAK2 BERKAITAN

    • Ada banyak company scaffolder ni.. selalunya diorang akan bukak kalau ada major job mcm shutdown etc. Mintak maaf sebab saya tak berapa familiar dengan syarikat scaffolding nih..

  34. Assalam, bang nak tanya…

    Saya ada diploma mekanikal. Saya juga pernah mengikuti kursus NDT (MT/PT). Pengalaman bekerja dalam 10 tahun. Teringin jugak nak joint bidang ni…boleh bagi nasihat/saranan…

    • Wassalam..

      Kalau NDT inspector ni lebih kepada welding etc..kalau waktu shutdown memang ramai nak guna orang.. bahkan dekat fabrication yard pun mmg nak guna.. Cuba apply dkt MMHE, Ramunia, Kencana..

  35. assalamualaikum bang. saya hendak bertanya serba sedikit tentang kerja dekat off show ni. saya ambil diploma in product design & manufacturing dekat german malaysia institute di bangi. dan saya ada sijil CNC skm level2. dan saya masih teragak agak hendak sambung digree ataupun tidak kerana saya rasa macam hendak nikmat duit pula. hehe selepas tamat pengajian adakah saya berpeluang bekerja di offshow , dan jikalau ada peluang. apakah jawatan yang layak untuk saya pegang dengan ada nyer certificate saya itu? dan pointer untuk masuk offshow berapa yer minimum? terima kasih.

    • Wassalam..

      Pointer bukan jadi penghalang untuk kerja offshore. Melainkan kalau ingin bekerja dengan end-user/client. Kalau saya tidak silap, requirement untuk menjadi staff petronas sekarang pointer mestilah tidak kurang 3.00.

      Kelayakan tu pulak sebenarnya ada pentingnya juga, tetapi mungkin saudara boleh mencuba mencari kerja yang dengan syarikat manpower supply..

  36. salam abg man,
    saya berminat untuk kerja dalam bidang oil n gas.saya sekarang kerja sebagai tecnician aircraft di klia.boleh ke bidang kerja saya ni lari ke oil and gas?ada kaitan x?saya cuma ada sijil basic aircraft engineering.dalam basic tu ada belajar basic engine gas air turbine.kalau saya masuk dalam bidang oil and gas apa kerja yg saya boleh buat?saya dah kerja 5 tahun dengan aircraft.TQ….

  37. Salam tuan, tuan saya tiada pengalaman kerja di planta minyak,tetapi saya amat berminat utk bkerja disana,blh tak tuan btahu kerja2 yg saya blh apply disana,saya seorg unit manager di salah satu syarikat insuran bank di kl,tq

    • Assalamu’alaikum bang rohaizat..kalau mcm tu gamaknye abg leh cari syarikat insurans yang deal dgn company2 oil and gas..masa saya keje survey vessel offshore dl..ade rep company insurans yg keje kat offshore yg akan monitor time pipe replace dan rejuv atau pipelaying…xsilap hr tu kt job street ada vacant utk tu..tp dlm 3-4bulan lepas la..s

    • Salam…

      untuk bekerja offshore, sebaik-baiknya mereka yang mempunyai background technical.. Tetapi ada juga syarikat insurance yang deal dengan syarikat oil and gas direct. Contoh waktu hookup, commissioning.. syarikat insuran akan survey.. jadi kena pergi offshore juga.. :)

  38. salam abg? saya ingin bertanya cm mne nk masuk kapal bahgian offshore sedangkan sy ad sijil spm saja..kne msuk kursus dulu kew.. saya amat berminat bekerja kt offshore..i hope u can help me..

    • Salam..

      carik syarikat yang berkaitan dengan oil n gas. Apply sebagai helper dan dalam masa sama, apply sijil tambahan seperti welder ke, fitter ke, rigger ker, electrician ke. Benda ni semua kalau boleh ambiklah, biar ada extra sedikit.

      • Salam sejahtera bang. Sy berumur 27 tahun skrg dan cuma berkelulusan SPM dan boleh dikatakan keputusan Spm agaik baik. Sy berminat utk bekerja dlm bidang offshore ni. Boleh bg panduan bagaimana utk mendapatkan kerja di bidang ni?

        • Salam Sejahtera..

          Kalau SPM, mungkin boleh sebagai Helper, atau general worker. General worker ni macam yang kemas katil, cuci baju, mop lantai etc. Saya cadangkan ambik sijil-sijil yang ada untuk upgrade lebih sedikit seperti welder ke, electrician ke.. saya rasa lebih baik..

  39. sy sgt berminat untuk pergi offshore.. dan sy ingin memohon jawatan medic b’coz sy seorg male nurse yg bekerja di industri.. sy bercadang untuk ambil kursus BOSET.. tapi adakah peluang pekerjaan untuk pergi offshore tu tinggi?? dan bagaimana cara untuk memohonnyer??

    • boleh..tp sblm tu male nurse ni dah register dgn board korg ke blum..contoh mcm doktor dgn kesatuan die,farmasis dgn kesatuan die…if dah officially practise dan register as an officially nurse..leh dah g offshore

    • untuk jadi medic, saudara mestilah berdaftar dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan dahulu. Untuk kursus BOSIET, takda masalah. mungkin itu satu advantage kepada saudara. Peluang tu wallahualam saya tak berani cakap. Kerana di platform, satu shif cuma ada seorang medic.

  40. bgmana cara untuk memohon n syarat untuk memohon..adkah sijil eletronik petroleum boleh memohon juga….

  41. salam bg man.. sy nk tyer… kalo pelajar lepasan instep kalo dpt kerja petronas sbgi technician basic gaji brpe??elaun offshore masyuk ka??

  42. salam..abg man..saya masih bertugas sebagai anggota Bomba.Berpengalaman selama 13 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran dlm bidang Esekutif Degree Makanical..
    Apakah bidang/syarikat yg sesual untuk saya mohon..

    • Salam..

      Kalau dah ada degree, terus mohon jadi Engineer.. Tapi tak semua platform ada Engineer yang jadi core crew. Kebanyakannya datang offshore untuk tugas tertentu seperti maintenance, commissioning etc. lepas tu balik darat.. kebanyakannya office base untuk engineer ni. Tapi ada jugak platform yang ada engineer sebagai core crew 2 minggu offshore, 2 minggu off.. tapi tak banyak client buat camtu..

  43. bang,nk tya skit…sy xde ape2 pn,stakat spm jer ada…blh x sy mintak kje kat sini n brapa gaji klo sijil stakat spm jer?

    • Kalau sebagai helper or general worker, rasanya tak berapa besar sangat basic nya.. tapi yang akan membantu tu offshore allowance.. berapa tu saya tak tahu.

  44. assalamualaikum… saya teringin sangat ingin menjadi client di plantar minyak,apakah kursus yang perlu saya ambil..??abg boleh bagi saranan..??

    • Nak jadi client ni pun ikut rezeki juga. Persediaan tu penting, apa target.. nak jadi juruteknik, kenalah ada diploma.. nak jadi engineer, kenalah ada degree dengan result yang baik.. lepas tu lebih baik, tambahkan lagi sijil kompiten dari badan persijilan dari luar.. lepas tu cuba mohon.. InsyaAllah ada rezeki, dptlah.. tapi kalau nak jadi specialist, kena mohon syarikat vendor.

  45. Salam encik. Anak saya akan lapur pada 14/7/2012 di INSTEP. Keraguan sikit dalam tawaran tsbt mengatakan akan diberi ealaun RM250 sebulan. Setahu saya jumlah tsbt sudah belasan tahun…masa sudah berubah. Atau pun format surat tawaran masih yg asal tanpa di ubah2, hanya mengubah nama calun saja…pse reply

    • Salam..

      14/7? alamak.. dah terlepas.. minta maaf sebab saya sibuk nak balas soalan encik..

      Mintak maaf, untuk info dalaman instep ni saya memang tak tahu menahu. Tetapi peluang yang ada untuk masuk instep tu bagi saya satu peluang yang baik. Sebabnya nanti di instep, student akan diajar cara kerja di pelantar minyak atau di bidang oil and gas..

  46. salam..saya nak tanya bg pihak suami saya..dia terlampau bz..kerja selalu balik malam,sabtu ahad pun kerja gak..
    ade tak jawatan untuk welder..hasrat dia untuk kerja kt pelantar minyak..sekarang ni dia kerja banyak dekat site..
    tq

    • Salam..

      Pelantar minyak pun memang ada welder, tp bukannya sebagai core crew. Kebanyakan welder untuk pelantar minyak ni adalah dari syarikat kontraktor.. jika client perlukan welder di onboard, barulah syarikat kontraktor ni hantar welder ke pelantar minyak…

  47. assalamualaikum, izin saya bertanya.saya sedang menuntut di UNIKL MIMET coz Dip In Ship Construction & maintenance.bakal graduate pada tahun 2013.saya berminat untuk menyertai offshore tapi tertanya-tanya apakah pekerjaan yang sesuai untuk saya disana.antara yang sy pelajari dalam coz yg diambil sekarang ialah tentang material yg digunakan dalam shipping,hull,basic welding GMAW,MMAW,GTAW,pipeline n basic hydraulic & pneumatic.apakah pandangan abg tentang dipartment yang sesuai dan langkah yang sy perlu ambil selepas saya habis diploma untuk berkerja di offshore.

    • Salam..

      sudah tentu depatment hull.. kalau ship construction, rasanya lebih baik apply syarikat fabrication seperti MMHE, Kencana.. slowly build up career dekat fabrication yard, lepas tu boleh apply syarikat client. ship construction mungkin boleh involve dengan fabrication FPSO/FSO/FSU…

  48. Salam bang Man… Harap abg sihat selalu. :)

    saya nak tanya, saya mempunyai sijil SPM yg cukup2 mkn jer tapi berminat nak kerja offshore. Saya tahu agak sukar mintak kerja offshore kalau tak ada skills dr institut kemahiran. Saya bercadang nak ambik sijil kemahiran dlm bidang PIPE FITTER di ILP atau KIMPALAN(WELDER) di GIATMARA.

    Byk sumber yg mengatakan dua2 bidang ni byk kosong setiap tahun berbanding engineer. abg rasa mana 1 bidang yg lagi advance utk mintak kerja offshore. PIPE FITTER atau WELDER?

    saya ni tinggal di Miri Sarawak. saya tengok kat sini peluang kerja O&G memang byk, tu yg saya nak try mintak… hehe.

    • salam…

      dua2 tu sangat penting.. bagi saya masing-masing ada skill tersendiri.. ambil sahaja antara dua yang mana minat, bagi saya dua2 ni sangat bagus dan penting.. sebagai contoh, untuk welder, dah ada sijil nnt, upgrade slowly. mungkin boleh pergi sebagai underwater welder.. gaji fuhhh.. memang dasyat… :)

  49. Assalamualaikum abg Man..
    Sya nk bertanya,mcam mna cara2 nak apply untuk bekerja dipelantar minyak dengan menggunakan tiket Degree??
    dan satu lagi bahagian mnakah yg ssuai untuk sya mmohon,jika sya berkelulusan Degree in Electronic Engineering??

    • Salam..

      tak semua pelantar minyak ada residen engineer yang duduk disana sebagai core crew. Kebanyakan engineer ada office base.

      Tetapi untuk menjadi service engineer, mungkin akan selalu involve untuk pergi ke offshore… Electronic mungkin juga boleh apply untuk system engineer untuk DCS..

  50. salam abg man..saya ada kenal seorang tukang masak dekat pelantar minyak…dia pun bahagian ambil org…dan betul2 lepas raya dia nak ambil 10 orang operator lepasan spm…saya da ckap nak terima jawatan tu…tapi betul ke kena keluarkan modal rm2000 dahulu untuk buat passport n diorg akan hantar kita kursus dekat ALAM then lepas abis kursus kita masuk kerja baru diorg pulangkan duit rm2000 tu…kalau boleh abg man tlg beritahu kalau ad buka jawatan kosong…saya bru tamat diploma dalam manufacturing engineering..tapi saya xkisah jawatan apa pun yang ditawarkan walaupun utk spm..sbb saya da xmampu nak teruskan belajar lagi….

  51. Tq bang, info yg sangat berguna wlaupn saya still mencari kerja. lg satu bang, list company NDT ad? sy ad cert RT level satu.

  52. saya ada diploma kejururawatan tapi saya minat sangat nak keja offshore ni…apakah peluang pekrjaan yg layak untuk org yg mmegang diploma mcm sya ni?

  53. Salam bang nk Tanya cikit,sy lepasan diploma Elektrik kuasa bawah Mara..jawatan apa Yang sesuai dgn kelayakan sy n d mana sy perlu Mhon untuk menaiki plantar minyak ni…dan dia mana sy harus hadiri kursus offshore ni

  54. saya ada pengalaman bekerja di kapal.ada basic safety tankerfam.macam mana saya mahu berkerja di platform?tq salam

  55. salam abg man,
    saya berminat nak ikuti kursus instep, sy bkelayakan diploma in engineering mekatronik… brape pointer minimum nak masuk instep? pointer saye sekadar average 2.3 above… saya boleh diterima ke?

  56. Salam abg man. sy nak tanya. saya ada diploma in geomatic. rasa2 ada tak kerja surveyor kat offshore. diploma boleh pakai tk kerja offshore. klu ada nk tahu kerja surveyor macam mana dan nama company yg gunakn surveyor?

  57. salam,saya nak tanya ada x kerja kosong utk cook kat mana2 kapal skang ni..saya ada dip in cul arts,bst med check up..

  58. salam,bang…sy fresh gradute sbg male nurse..sy dgr dekat offshore ade kerje sbg pembntu perubatan,jadi bole ke sy apply offshore

  59. Salam abang Man..sy nk tye bg pihak abg sy..ada x jawatan untuk sijil kemahiran malaysia tahap 3 dalam bidang fabrikasi logam??berapa pula gji yang biasa di tawarkan dan ada x kekosongan pada waktu sekarang..?

  60. Assalam,saya nak tanya gaji paling tinggi berapa?
    Kalau abang tolong rekemen kan nama saya untuk bekerja di
    pelantar minyak boleh.kalau dapat abg bagi tau kat saya..Nama penuh saya MUHAMMAD SAIFUDDIN.saya Pmr gagal,Spm pun
    gagal,agak agak kerja apa yang saya boleh dapat.Saya pandai
    menyelam.Saya seorang yang berdisiplin.
    ABG TOLONG LAH SAYA.

  61. slm bkenalan smua..dsni sya nak tnya mcm mna nak mnta krja kat petra offshore nie….sya ada lh sikit pengelaman dlm bidang krja nie..tak lah bnyak…prtama sya krja offshore msuk rigger kat thailand..ikut kpal K2(NIPON STEEL SDH BHD)dri singapore…lps tu sya krja mechanical kat petronas…slma 1 thun…abiz projek sya krja kat samalaju..sbgai semiskil…abiz pula kat sna…sya dh xda kerja…dduk rumah….online2 trjmpa pula krja kosong kat petra offshore nie…itu lh sya nak cuba nasib…hehehe..jika abng ada mncari orng utk krja…bwa lh sya brkerja dngn abng…dsni sya beri nmbr telpon sya..(0137117930)….jika abng mcri orng utk brkrja…psl resume…sya dh siapkn smua….

  62. Salam,ada tak kerja nurse kt pelantar minyak?sy ingt nnte lepas habis kontrak dengan PPUM sy nk apply kerja kt pelantar minyak,klu kerja tu adalah kt pelantar minyak.

    • Salam..

      nurse takda.. yang ada cuba medic aka macam doktor atas pelantar.. boleh mohon kot jadi medic, tp ada pendaftaran pengamal perubatan tak? rasanya yang itu diperlukan..

    • Salam..

      pointer tu takda menjadi masalah.. yang penting ada skill.. btw, masok kerja ni bukan kerja yang mudah.. kena rajin n terus mencuba sebab kebanyakannya nakkan pengalaman..

  63. assalam..abg man
    sy nk bertanya mengenai kursus BOSIET tu dia terangkan mengenai apa jew? boleh terangkn serba sdkit..lg stu senarai company yg ambil pkerja utk offshore

    • wassalam..

      BOSIET terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya keselamatan bekerja di pelantar minyak, first aid, melawan api (fire fighting), evacuation dan paling mencabar HUET (Helicopter Underwater Escape Training). yang masok model helikopter masuk dalam air nak tunggang terbalik tu.. kerna lulus semua ni dulu, kursus 3 hari dan kosnya lebih kurang RM2k lebih.. valid 4 tahun saya ambik di MSTS Johor Port valid OPITO..

  64. Kami merupakan pusat latihan Marine yang menawarkan kursus DECK RATING. Sekarang sedang mencari kursus baru di pelantar untuk remaja LEPASAN SPM. Apakah jawatan yang sesuai untuk belia yang mempunyai SPM dan apakah sijil-sijil yang sebaiknya mereka ada. Maklumat ini diperlukan untuk kami menyediakan modul dalam latihan kami. Terima kasih.

  65. Salam…saya mahu tanya bg pihak adk saya,dia berkelulusan diploma pembantu perubatan…Ade tak kekosongan untuk pembantu perubatan..

    Saya harap jawapan abg secepat mungkin..

    • Salam.. pembantu perubatan takda.. sebabnya platform yang akan handle bahagian perubatan memang seorang jer dipanggil medic.. kelayakan dia kalau tak silap kena mendaftar sebagai pengamal perubatan kot.. nnt ada info lebih lanjut saya bgtau..

  66. slm bro sya berkerja offshore mmg best bab kite leh tgk negara org.cam sya.sya start keje dri bwh sbg rigger scafolder je.lau nak amik bosiet amik la opito bab opito leh bwa kite ke luar negara.

    • Saya dah ‘bersara’ dari dunia offshore sekarang. Skrg bekerja darat jer, tapi rindu jugak sebenarnya dengan kehidupan offshore ni.. hehehehe

  67. salam abg man, nak tanye saya bidang mechatronic .kirenye saye ni kategori mekanikal + electrik/eletronik la kan?ada tak peluang saye tuk ke offshore dengan bidang2 ni ? kalau tak keberatan,abg cakap detail skit.tq :)

    • Salam…Lain daripada lain soalan ni.. Saya tak pastilak, mungkin dia ada ejen sendiri rasanya.. Tp terus terang saya tak berapa pasti.. Kena tanya yang lebih tahu..

  68. Assalamualaikum,

    Saya nak tanya… Kompeni oil and gas ini, mereka terima tak pelajar praktikal?

    Kalau terima, pastu terus nak kerja dengan meka, mcm mana ek?

    Terima kasih bang sebab membantu insan yang kebingungan ini.

    • Wassalam..

      Terima, takda masalah pun.. cuma mungkin (almost impossible) untuk mereka hantar bekerja di pelantar.. dengan cost yang tinggi untuk hantar ke pelantar, bg saya mmg agak mustahil. Tapi untuk praktikal di onshore syarikat oil and gas, insyaAllah takda masalah.. syarikat saya bekerja pun ambik student praktikal..

  69. dlm bidang perkapaln ni la kn bang.. bidang ape agak2 nya menjanjikan pulangan yg lumayan? sng cite bidang tu,pling berbaloi laa klau msuk. sbb sy 19thun bru nk berjinak dlm bidang kapal ni.. ape langkah yg ptt sy mulakn untuk kje kt kapal ni eaa.?? reply .tq!

    • cuba apply dekat ALAM di Melaka.. samada nak jadi kadet ataupun engineer.. dua2 gaji lumayan especially kapal LNG carrier.. gaji Kapten boleh mencecah RM40k sebulan bahkan ada yang sampai 6ok… kalau Chief Engineer pun lebih kurang gaji dia mcm kapten, tp rendah sikit jer.. tapi nak jadi Kapten dan Chief Engineer bukan senang, kena start dari bawah.. dan belayar bukan benda nak main2.. kena hati kering.. kalau anak mak mmg payah lah.. hehehehe

  70. slm 1 malaysia…
    Bang man, saya merupakan ahli bomba dan penyelamat lapangan terbang.Adakah jawatan ini layak untuk memohon kerja di offshore dan jawatan apakah yang layak bila kerja d offshore… Saya duduk kat kuching.so,syarikat mana yang abg man sarankan di sini kepada saya. ..

    • Salam..

      Ahli bomba? first time dapat enquiry dari orang bomba ni.. Saya pun tak berani nak sarankan/cadangkan sebarang jawatan untuk saudara.. mungkin sebagai safety officer?

  71. salam,perempuan boleh mohon untuk technician tak???
    sbab sy bru nk daftar program tknlgi ptroleum nie.kalu xsesui untuk perempuan saya nk smbung bidang lain ja… mcm mna pndapat abg??

  72. salam bang,sy nk tnye..sy ambil diploma engineering in ship construction di UNIKL MIMET.
    Soalan saya,ade ke peluang bekerja di sektor offshore ni?

    • Salam..

      saya cadangkan involve dulu dengan pekerjaan yang berkaitan dengan marine, itu pun satu step stone untuk pergi bekerja di offshore..

  73. salam bang,
    sy ade dip dlm elektrikal& elektronik eng.
    so sy ade pnglman dlm building maintenance 2 thn..so sy nk tye la kalau abg ade tau2 sub cmpny yg servis inshore or offshore yg memerlukan technician ke ape ke…sy minta nk kje dlm oil and gas ni…da byk g da intervw tp xde yg dapat..kalau ade info mane2 subcon ke bg tau la ban..leh try..huhu =)

  74. Salam, bang nk tnye. sy plajar dr kolej kemahiran tinggi mara kemaman, skrg sy sedang blajar di dalam bidang. Dip.in process engineering technology((piping). bgaimne jika klau sy telah menamat pljaran nti hendak terus berkerja dengan syarikat petronas? adkah sy perlu mnjalani ujian di instep trlebih dahulu? harap respon dr abg, TQ.

    • Salam.. takda masalah nak apply Petronas pun. Cuma dapat or tak dapat jer, ataupun diorang panggil untuk interview/phone interview. Tapi just untuk tambahan skill, apply Instep.. Tapi tak semestinya keluar dari Instep 100% dapat masok Petronas ataupun syarikat oil and gas yang lain-lain. Cuma cubalah, ada rezeki insyaAllah..
      Man post cerita Bumi untuk dijual?, jom tengok!

  75. salam abg man…saya berminat sangat nak karja kat pelantar minyak dri dulu lg..cuma saya tidak tahu macam mana cara nak mohon.dimana nak mohon dan apa kelulusan diperlukan?saya cuma ada spm/stpm..mita tolong tunjuk ajar abg man….

    • Salam cik azlan.. Mohon buat training tambahan mcm electrician ke, ndt ke, scaffolder ke, vibration ke, welder ke.. Peluang mmg ada, cuma persaingan tu byk jugak.. At least be stepped ahead..

  76. Salam abg man,

    saya zul.. lepasan degree electronic engineering, major dalam elektronik industri.. bagi pandangan abang yang berpengalaman dalam bidang offshore, degree yang saya ada buat masa sekrang layak tak untuk menempatkan diri dalam mana2 position dekat pelantar?

    lagi satu apa yang saya perlu buat untuk dapatkan sebarang ‘value added’ untuk melayakkan diri ke dalam bidang offshore nie? sebab setahu saya walau degree pun kalau takde experience dan sijil2 yang sepatutnya mmg payah nak masuk bidang O&G nie especially berkaitan offshore

    kalau boleh saya nak minta guidance daripada abang step by step.. buat masa sekarang saya dah cuba apply mana2 course INSEP yg berkaitan dengan O&G. sebagai contoh saya register mana2 course berkaitan NDT inspection.. Ini pun atas suggesttion kwn.. sebab dia kata, adanya kelayakan NDT inspection lvl 2 so at least boleh kerja dlm bidang O&G.. dari situ boleh build networking untuk tahu selok belok O&G dengan lebih mendalam.. apa pandangan apa mengenai perkara nie?

    last sekali.. kalau degree yang saya ada nie.. elok saya buat sijil apa yg bersesuaian utk masuk bidang O&G? ada seorang lagi kawan suggest ambil program INSEP juga berkaitan Process & Instrumentation.. pandangan abang macam mana?

    kalau tak keberatan mohon berikan pencerahan melalui email saya bang.. ataupun terus melalui ruangan komen nie bang..

    saya perlukan sangat guide dari seseorang yang berpengalaman sebab sekarang masih blur lagi nak tentukan hala tuju hidup.. bidang O&G nie mmg jdi pilihan utama sejak dulu lagi.. tapi dah bnyk buat research mengenai O&G dekat internet.. source limit.. banyak yang saya tak tahu lagi..

    mungkin dalam masa terdekat nie saya nak ambil ujian BOSIET seperti yang abang pernah jelaskan dekat post2 sebelum nie..

    hope abg dapat contact saya melalui email untuk berikan tunjuk ajar.. saya sertakan email saya dekat komen nie..

    [email protected]

    *Harap2 sangat abang dapat bantu saya*

    • Salam.. Kalau ambik training dlm bahagian proses dan instrumentation bg saya memang sesuai dgn kelayakan tu.. Lepas tu tu cuba mohon syarikat yang berkaitan dgn programming DCS seperti emerson, honeywell, yokogawa, abb dll lg.. InsyaAllah ada rezeki ada.. Utk bosiet tu boleh teruskan, takda masalah.. Selain daripada itu, cuba apply company oil and gas yang lain terutama player2 besar dlm malaysia ni mcm sayang, petra, kencana, pfce, carimin, dialog dan byk lagi.. InsyaAllah..

  77. saya lepasan diploma jaminan kualiti di institut teknologi tinggi shah alam ( ADTEC )
    saya nk brtnya ada x kerja di pelantar minyak yang brsesuaian dgn kelulusan saya ni

    MOHON BANTUAN

    • Salam..

      Medic ada, selalunya medic ni pun kadang2 jadi radio operator, tapi tengok pada platform company.. tapi kebanyakannya nakkan pengalaman.. saya cadangkan carik pengalaman di darat dulu.. dah register dengan badan2 kerajaan yang berkaitan..

  78. Salam.. nak tanya.. kalau kita bekerja dgn company tertentu untuk projek shutdown, akan datang nanti untuk projek lain company tu akan panggil kita lagi tak..?

    • Salam…

      Soalan tu terlalu subjektif untuk saya nak jawab.. depends pada syarikat yang mendapat kontrak tu dulu. Kalau dia dapat kontrak untuk shutdown, mungkin dia akan panggil saudara balik, mungkin tidak pun ada. Kena tanya syarikat tu samada mereka dapat kontrak dan berminat untuk ambik saudara balik sebagai manpower supply..

  79. Assalam, bang saya hujung tahun ni habis dip mech eng pure dekat poli. jadi sementara tu saya nak amik kursus2 yg boleh buat duit dekat niosh. boleh abang cadangkan kursus apa yg saya boleh ambil ? kerja bahaya gaji mahal yg sy slalu survey.

    • wassalam..

      ambik kursus Health safety and environment (HSE) untuk jadi safety officer.. itupun antara jawatan yang hotcake sekarang..

  80. salam,

    sy nk tnye tempat kursus untuk mgambil bhagian turbine dkt mne ekh?? sy klow klow boleh nk jd specialist bhgian turbine dlm oil & gas… n company ap yg pkai turbine…

    kusuuttt….

  81. Salam.. kalau onshore, biasanya yang datang jauh2 tu ada sediakan tempat tinggal n pengangkutan ke..? Atau memang tinggal dalam tu.. Sory tanya, saya baru lagi n tak tau.. hehe..

  82. Asslamualaikum.

    Abang Man, saya ni lepasan Diploma Kejururawatan. Layakkah saya memohon pekerjaan di planta minyak dan apakah ‘position’ yang saya boleh dapat?
    Harap boleh tolong. Berminat sangat nak kerja di planta minyak.

    Terima Kasih.

    • Wassalam..

      boleh mohon jadi medic.. tapi kena berdaftar dengan badan kerajaan bahagian medic rasanya… saya yang ni saya tak berapa pasti.. harap yang ada info tolong bgtau..

  83. salam bang, lepasan degree mekanikal nak keja kat pelantar gak boleh ke? i mean keja yg mcm org cakap tu 3 bulan laut 3 bulan cuti. gajinye bape ye? kena amek lesen bosiet siap2 ke? TQ.

  84. Assalamualaikum, berkenaan menjadi medic offshore.

    1) berdaftar dgn kementerian kesihatan malaysia.
    hruslah, APC haruslah direnew sokmo.

    2) – bosiet
    – bls (basic life support)
    – frls (first responder life support)
    – acls (advance cardiac life support)
    – atls (advance trauma life support)
    – 5 tahun pnglaman kerja. xkira dimana
    3) InsyaAllah kalau ad ini, anda layak.

  85. Salam bang . Saya nak tanya sikit . Sy minat sangat nak keje kapal . Jika sy amik sijil kemahiran kejuruteraan maritim dekat IKM , ape kelebihan sijil tu ? Dan adekah sijil itu diterima jika sy nak mohon keje kapal ? Tolong saya bangg . Pening kepala saya mikirkan . Huuhuuuu

    • Salam..

      untuk sijil kemahiran tu, ia lebih kepada repair kapal dan sesuai untuk bekerja di shipyard macam Boustead dan MMHE.. tapi kalau nak berlayar, eloklah mohon kat ALAM atau Politeknik Ungku Omar bahagian Marine Engineering..

  86. Nak tanya ya abg,untuk E&I ada tak kerja kosong,dulu saya lepasan INSTEP (2009)..kerja dah 2 tahun lebih onshore and offshore..di Petra energy and LAK engineering..ada tak kerja kosong?

  87. macam mana kalau seseorang itu mempunyai kelayakan jurutera automasi? adakah kursus itu di terima dalam offshore? andaikata di terima, apakah jawatan yang akan di beri kepada seseorang itu?

    • Automasi aka Automation.. ia lebih kepada instrumentation/mechanical Valve etc.. insyaAllah peluang ada untuk bahagian ini bukannya sahaja di offshorep platform, di bahagian marine, refinery plant etc pun ada..

  88. anak bongsu saya akan mengambil pmr this year and dia minat bhg marine, boleh bg tips di mana dia boleh sambung belajar tahun depan…is it in kolej vokasional?
    If yes, mana yg boleh encik recomend

    • Kalau Marine, boleh mohon Akademi Laut Malaysia atau Politeknik Ungku Omar.. Sana memang ada tempat belajar dan latihan kepada sesiapa yang berminat dengan Marin.

  89. aslm..
    nk mtk nasihat…anak sya mohon untuk peringkat sijil pemasangan paip minyak dan gas melalui ILP..kalu berjya kursus di ILP Trengganu 2014…kepringkat mana advancekan lagi kerjya ini…future kerjaya ini?

    • Salam..

      Future kerjaya untuk pemasangan paip ni sentiasa ada.. insyaAllah especially bahagian Oil and Gas.. Fabrication yard, offshore, onshore refinery plant semuanya memerlukan skill worker dalam pemasangan paip.. yang penting, kena rajin upgrade sebabnya ia ada banyak peringkat.. setiap peringkat ada skill dan rate tersendiri..

    • Salam..

      Manpower tu adalah tenaga kerja yang diperlukan oleh sesetengah syarikat diluar sana. Terpulang pada syarikat yang mencari manpower tu. Anda kata syarikat tu perlukan manpower dari bahagian welder, welder jer yang boleh mohon. lebih kurang camtu.

  90. Asslkum bang, saya ada prtanyaan IKM sekarang di Bintulu ada latihan dalam bidang industri Minyak & Gas yang merangkumi 5 program:
    1. Sijil Teknologi kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan
    2.Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur
    3. Sijil Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
    4.Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji Proses
    5. Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyelanggaraan Loji Proses(instrumentasi& kawalan)

    Menurut pengalaman abang,adakah belajar di IKM ini boleh menjamin pekerjaan di Petronas? Program apa yang terbaik antara semua yang ada di atas bagi menjamin senang diambil bekerja sama ada di plantar atau di daratan saja?Minta maaf bang banyak tanya…

    • Salam..

      Belajar dekat mana sekali pun bukan 100% untuk jaminan masuk kerja di Petronas atau mana2 syarikat O&G.. Even budak Universiti Teknologi Petronas pun bukan 100% kena serap masuk Petronas.. Yang penting jgn cepat mengalah.. cuba dan cuba untuk memohon.. insyaAllah ada rezeki memang akan panggil.. kelima-kelima program kat atas tu memang sangat sesuai untuk bidang kerja O&G.. cuba dan cuba.. cuba start dari company kecik pun takda masalah..

  91. salam bang, saya bru abis degree course sains geomatik dan bermint sgt2 nk keje offshore sbb nk bantu family.. tp sy kurg boleh berinteraksi dalm english sgt.. abg ade suggetion or advised?? tq

    • Salam… English bagi saya sangat penting untuk berinteraksi.. tapi kalau offshore Malaysia, insyaAllah mungkin takda masalah tentang bahasa.. tapi kalau platform luar negara confirm kena tahu bahasa Inggeris.. Nak tak nak, kena asah English..

  92. 2Salam..abg nk tny klu saya bljar kt ikm bidang (teknologi maritim) atau(kejuruteraan maritim) jawatan apa yang boleh saya mohon kat offshore

  93. salam. saya nak tanya sikit. tahun depan saya habis belajar dlm diploma kulinari. jadi kalau nak jadi chef pelantar kene ada boset ke?

  94. Assalam bang man..
    Saya anggota TLDM.berminat keje kat ong.saya ade BST , TFA n bercadang nak ambil SHO.
    Ape lg yg diperlukan utk keje bidang OnG.
    Kemahiran dlm TLDM sbg radio operator.
    Ape jawatan lain yg boleh dipohon selain radio operator.

  95. Salam..tumpang tanya..sy ada diploma mekanikal..skrg keje kilang bidang SMT..sy ni ada masalah rabun warna..boleh x org yg rabun warna mcm sy ni keje dlm bidang oil and gas ni…terima kasih..

  96. assalam…cik sy nk tnye..sy buat keje freelance dlm NDT.. mslah skrg smart card sy valid lg.. cuma medical yg dh exp. cmne sy nk renew smart card? dan kompeni mn yg blh submit medical test utk buat smart card baru pasal sy freelance je xde kaitan ngan mn2 kompeni..kalo cik boleh suggest mn2 kompeni yg blh buat minta tlg emailkn ye.. tq.

    • Wassalam..

      Kalau saya tak silap, takda masalah nak renew smart card walaupun sebagai freelance.. Tapi nak kepastian call jer HSE petronas klcc sana..

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge