Jalan-Jalan Cari Pasal di Terengganu

Feb 11th, 2011 by Man in Dunia Kami, Hot Topic

Fuhhh…Alahamdulillah percutian kami sefamily ke  Terengganu berjalan lancar semuanya. 🙂 Kami bertolak ke Terengganu pada 3hb febuari dan pulang pada 5hb febuari.. Kebetulan cuti raya cina kan,so bolehlah cuti-cuti malaysia.. Eehehehee… Cadangnya nak pergi rumah bebudak yang arwah mak pernah jaga dulu tu juga. 🙂 Kami bertolak dari KL around pukul 9pg dan sampai Kuala Terengganu dalam pukul 5lebih ptg camtu…dan terus menuju ke Masjid terapung serta sempatlah kami semua solat asar. :).. Lupa pula nak cerita,seperti biasalah kan nak masuk lebuhraya pantai timur tu jammed sikit. Yang kelakarnya,sepanjang perjalanan tu along,adik n khairul tak tidur tu…masing-masing excited gamaknya… Aahahaahaa Sewaktu drive di MRR2, perjalanan nampak agak biasa. Waktu tu, jam hampir 9.30pg ketika nak masuk ke Lebuh Raya Karak. Dari jauh dah nampak keadaan yang tidak menyenangkan. Ingatkan ada kemalangan atau sekatan jalan.

Teruskan perjalanan dan terpandang sebelah kanan.

Tepuk dahilah gamaknya… hehehe

Takpalah, perjalanan diteruskan sehinggalah Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, kami terus ke Masjid Terapung atau juga dikenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah.


View Larger Map

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
sumber wikipedia

Nak dijadikan cerita,sampai sahaja di Masjid Terapung tu,adalah sepasang pengantin baru tengah akad nikah… Teringat pula time kitaorg nikah 11bulan lebihyang lalu.. Eehehee.. Selesai menunaikan solat asar,kami pun snap-snaplah gambar dan round-round sekitar Masjid Terapung… Banyak juga terdapat kedai yang menjual cenderahati dan sempatlah kami berposing sakan.. 😉 .. Pusing punya pusing dekat nak maghrib dah…so kami pun cari dan call lah homestay or hotel untuk menginap.. Alahaiii semuanya penuh/full house dah.. Eeheheee.. Al-maklumlah public holiday kan dan last minute pula tu cari.. Yang abah dah sampai sana barulah sibuk suruh cari hotel or homestay..kitaorang ingatkan abah nak tumpang bermalam dekat rumah bebudak yang arwah mak pernah jaga dulu tu.. Abah2..nasiblah abah kan.. Eehehehee… Bebudak tu dah sibuk dan asyik sms,call Cik Akak tanya kitaorang semua dekat mana dah…diaorang takut kitaorang sesat agaknya.. Eehehhee.. Bila bagitahu jer yang kami semua dekat Masjid Terapung, abah bebudak tu pun sibuk nak datang ambik..So kensel lah nak cari homestay or hotel untuk menginap dan kami semua tumpang bermalam di rumah mereka jer.. Eehehhee Layanan yang mereka berikan memang tip top lah… Vvip nya layanan tu.. ;).. Malam tu relax dekat rumah jer dan esoknya barulah agenda bermula.. Aahahhaa.. Masing-masing tak sabar tunggu hari esok… :D.. Nak tahu cerita hari kedua…Tunggu entri akan datang yer.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: