Jalan-Jalan Cari Makan – Laksa Ikan Sekoq Alor Setar

Dec 9th, 2016 by Man in Cik Abang, Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

Semalam kebetulan ada meeting di Perlis, jadi dengan gigihnya saya drive bertemankan Cik Akak dari Kajang ke Perlis. Dah selesai meeting keesokkannya harinya, terus balik ke Kajang. Dalam perjalanan tu (masih dalam kawasan negeri Perlis), perut lapar pulak. Akhirnya teringat satu episod Taste Selebriti yang selebriti terpilih waktu tu adalah Ayu Raudhah. Dia tunjukkan tempat makan yang best iaitu Laksa Ikan Sekoq.

Apa lagi dengan bantuan En. Waze, sampai lah di destinasi yang dicari tu.

Waktu tu takdalah ramai orang, kami berdua pilih duduk didalam. Menu utama yang dipilih, sudah tentu Laksa Ikan Sekoq. Untuk minum pula, saya pilih Cendol Pulut Durian dan Cik Akan pula Cendol biasa. Memang sangat menarik laksa ikan sekoq ni sebabnya memang ada ikan seekor kat atas laksa tu. Cendol Pulut Durian pula menggunakan pulut merah dan dua ulas durian.. Memang terbaik..

Mula-mula untuk cendol pulut durian tu saya ingatkan cuma ada cebisan isi durian yang dihancurkan kat dalam tu, tak sangkat rupa-rupanya 2 ulas durian dalam tu. Puas hati.. Memang licin habis saya balun.. hehehehehe.. sebelum balik, sempat lagi order satu untuk bungkus bawa balik ke Kajang. Memang saya puas hati sangat-sangat, cuma kalau boleh telur rebus tu sebaik-baiknya biarlah setengah daripada potong empat. Tu jer komen saya, yang lain sangat-sangat puas hati. Saya bagi 4.5/5 bintang.. 🙂

Mungkin ada yang bertanya berapa harga Laksa Ikan Sekoq ni ya? Ok, satu pinggan RM4.50. Untuk cendol pula kalau saya tak silap RM8.00, manakala cendol biasa RM2.50.

Jadi untuk sesiapa yang ingin nak merasa Laksa Ikan Sekoq ni, bolehlah melawat laman Facebook mereka disini – https://www.facebook.com/pages/Laksa-Ikan-Sekoq/196351733737807

Untuk yang nak dapatkan lokasi/peta, boleh tengok di bawah ni.. Selamat memburu makanan… 😀

Koordinat –

6°08’27.1″N 100°21’47.6″E

6.140876, 100.363210

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: