Gambar & Video – Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012

Mar 18th, 2012 by Man in Dunia Kami, Hot Topic

Assalamualaikum semua..

Bersambung cerita semalam. Setelah penat mengemas rumah, saya dan isteri terus ke Putrajaya Presint 2 untuk melihat Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012. Pesta Belon Udara Panas ini diadakan di Monumen Alaf Baru Presint 2 Putrajaya. Dengan bantuan Guna Pun Sesat (GPS), sampai juga kami di Presint 2 tapak berlangsungnya Pesta Belon Udara Panas tu. Keadaannya, astarfirghullah, memang ramai manusia. Parking jangan cakaplah, memang tak boleh nak control. Pusing-pusing, akhirnya dapat parking di kawasan yang sememangnya khas untuk parking kereta. Tak jauh dari tempat berlangsungnya pesta tersebut.

Macam-macam benda ada dijual disana dan tidak lupa berbagai-bagai aktiviti diadakan. Rock Climbing, paintball, mini motosikal dan sebagainya. Food Court juga disediakan serta khemah untuk makan juga ada. Berbagai-bagai restoran-restoran besar mengambil bahagian seperti KFC, Kenny Rogers Roaster, Pizza Hut, Kebab Melawati dsbnya.

Belon Udara Panas Putrajaya

Sewaktu kami berdua sampai, aktiviti belon udara panas masih belum dimulakan. Oleh itu aktiviti sampingan diadakan seperti Helikopter RC, Kapal Terbang RC dan sebagainya.


Kapal Udara Mini pun ada..


Posing-posing, jangan tak posing.. heheeheh

Selain daripada itu, aktiviti paragliding juga ada disediakan..

Lepas sahaja solat asar, lori-lori yang membawa masuk Belon Udara panas ni sudah mula masuk ke kawasan yang disediakannya. Ada banyak juga, lebih dari sepuluh pun ada kalau tak silap saya. Selain daripada itu, ada satu lagi kawasan yang disediakan untuk sesiapa sahaja yang ingin naik belon udara panas ni dengan harga tiket RM10.00 seorang. Belon udara ini akan naik dalam beberapa meter untuk beberapa minit sebelum turun semula.

Tengok keadaan langit, macam nak hujan. Sebabnya, dengar-dengar dari yang datang tadi, hari Jumaat petang, aktiviti belon panas ni terpaksa dibatalkan sebab hujan. Harap-harap hari ini tak hujan lah.. huhuh

Alhamdulillah, nampaknya aktiviti belon udara panas ini diteruskan setelah mereka lihat dan ukur kelajuan angin serta hujan tidak akan turun. Jadi dengan pantas persiapan dilakukan oleh mereka. Almaklumlah, orang pun dah ramai.

Oklah, layanlah gambar-gambar kat bawah ni yer. Saya sempat juga ambil gambar dan video untuk main event malam tersebut. 18 Mac adalah hari terakhir Pesta Belon Udara panas ni, jadi untuk belon panas ni naik, ada dua sesi pagi dan petang bermula 7 pagi sehingga 8 malam. Jadi saya sarankan, datang awal dan parkinglah kenderaan anda ditempat yang disediakan. Janganlah parking sesuka hati. Yang bawa anak tu, jagalah anak anda dan tolong berhati-hati dengan dompet anda juga. Sebabnya tadi ramai yang tercicir anak, tercicir dompet dan juga kereta mereka ditunda kerana menghalang lalu lintas. Tidak kurang juga yang mendapat surat cinta dari Polis Trafik… hehehehehe

Jangan lupa tengok video di paling bawah sekali yer. Video tu memang khas untuk main event malam tu.. heheehehe.. Ada beberapa negara yang menyertai, antaranya ialah Belgium, USA, New Zealand, Thailand, India, UAE, Vietnam, Malaysia dll.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: