Feri Pulau Pinang

Mar 28th, 2011 by Man in Dunia Kami, Hot Topic

Oklah.. kita sambung balik cerita Cuti-cuti Malaysia saya. Setelah sampai di Hotel, mandi dan sebagainya, saya bercadang untuk terus ke Kulim, Kedah atau lebih tepatnya ke Junjong untuk bertemu rakan karib saya yang dah lama saya tak jumpa. Tolak, tambah, bahagi, darab, punca kuasa dua ada lebih kurang 12 tahun saya tidak jumpa rakan saya ini. Kali ini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan feri. Yerlah, tidak sah kalau tidak menaiki feri Pulau Pinang kalau datang ke sini. Untuk keluar dari Pulau Pinang, tiada bayaran dikenakan. Sama sahaja seperti menggunakan jambatan Pulau Pinang, tiada tol dikenakan kalau keluar dari Pulau Pinang.

Dengan bantuan GPS (heheheeh), sampailah kami berdua di jeti feri. Nasib baiklah cuaca agak baik dan bukan waktu puncak, perjalanan tadi agak lancar selancarnya. Kenderaan di jeti pun tak berapa banyak.

 

tengah que nak masuk ke dalam feri

 

Pangkalan Raja Tun Uda

 

Kereta naik ke atas yer…

 

Dah dekat nak masuk feri dah ni..

 

Pulau Payar – nama feri yang kami berdua naik.

dah dalam feri dah

 

feri ni tengah repair kot.

 

masa untuk berposing la, apa lagi..

 

secara kebetulan, ada sebuah feri baru sampai dari Tanah Besar.

 

‘Pulau Rawa’  dah ‘landed’..

 

Jambatan Pulau Pinang dari jauh

 

Pulau Pinang, sebelah kanan tu KOMTAR

 

keadaan di dalam feri.

 

Termenung jauh nampak..

 

sampai sahaja di Tanah Besar, sekali lagi dengan bantuan GPS, saya menuju ke Junjong. Sampai sahaja di Junjong, saya dapat tidak banyak perubahan berlaku di Junjong. Yang terbaru ada sebuah stesen minyak Caltex. Balai Polis Junjong tempat saya tinggal dahulu pun masih begitu. Pekan Junjong serta tapak Pasar Malam masih berkeadaan sama seperti dahulu. Akhirnya, saya menelefon rakan lama saya iaitu Mat Jan..

 

inilah dia Mat Jan dan anak sulong dia..

 

Banyak kenangan saya dengan Mat Jan ni, pergi sekolah dahulu naik moto sama-sama. Masuk hutan pancing ikan dekat kolam terbiar sampaikan dapat ikan talapia 9 ekor seorang. Buat design helmet dan paling aktif pergi Bukit Mertajam main video game 2 kupang. hehehehe… banyak betul kenangan dengan Mat Jan ni. InsyaAllah, nanti saya akan kesana lagi. Oklah, dah senja. Kita sambung entry berikutnya ya..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: